Thursday, October 4, 2012

The story begin.


Assalammualaikum peeps !

Pagi yang indah ni baru aku dapat update blog. Actually tak tahu nak update apa? apa yang terlintas di fikiran hari tu,kini hilang. Haha. Adatlah aku ni mudah lupa perkara dah lepas & tak penting. But minggu ni akan menambah ke-busy-an aku,start Sabtu ni aku ada kelas MUET. Sem ni aku ambil MUET. Ambil sekarang bukan apa? Senang tak nak menyesal. 

Akak aku dah ambil MUET so tiba masa aku sekarang pula. Nasib baiklah kelas MUET tu dia buat dua kali je Sabtu. Tapi Sabtu ni pagi-petang. Penat woo. Nak patah tulang? Nasib baiklah Sabtu ni aku memang free. 

Nak katakan sebenarnya aku banyak assignment. Aku ni suka melengah-lengah. Kalau dah last minute,aku pantas melakukan apa sahaja. Hahaha. Tipulah aku tak risau. Aku risau la weh tapi nak buat macam mana? Mood tu tak sampai seru lagi. Haha. 

Nak ceritakan hidup sebagai student U ni,aku rasa macam aku perlu BELAJAR je..nak cari kedudukan yg selesa. It's pointer peeps ! Well,pointer aku sedang-sedang je. Aku sedang berusaha sedaya upaya untuk cemerlang. Cuba melawan penat,mengantok,lecture Pakistan bercakap? Even aku lambat loading nak tangkap sebutan dia.


p/s : bilalah nak 24hb ni. Melaka,I really miss you.

No comments: