Tuesday, January 8, 2013

1 more left

Assalammualaikum..

Alhamdulillah, hari ni selesai paper Data Structure and Algorithm. Paper tu sangat awesome. Aku study soalan final sem dulu-dulu takde pun nak sebijik yang sama. Sedih je. Nak nangis je hadap soalan susah-susah. Tapi nak buat macam mana. Kenalah jawab juga.

Dalam banyak-banyak paper, paper kali ini aku keluar awal. Awal setengah jam je pun. Hahaha. Aku dah tak larat nak tunggu sampai habis masa. Perut sudah lapar dan mengantuk. Apa soalan yang aku harapkan keluar, tadi tak keluar. Lecturer pula tak bagi hint, macam tak bagi student lulus je. 

Tapi apa-apa pun aku bersyukur pada Allah dikurniakan kesihatan yang baik sepanjang minggu peperiksaan. Sabtu ni aku akan balik Melaka. Mak dan Abah datang jemput. Sangat gembira bila abah boleh datang jemput. Lagipun exam aku habis Jumaat,so boleh suruh dorang ambil. Hahaha. Jimat masa aku kalau duduk dalam bas, so bored. Dahlah sorang-sorang, tidur jela kerja aku.

Bila last paper ni,aku rasa malas gila nak STUDY. Nafsu malas dah datang dah !. Tapi mak pesan study untuk exam. Hihi. Tak sabar nak tunggu mak abah datang Sabtu ni. :')

p/s: terima kasih ya Allah.

1 comment:

sea_lavender said...

jelesnya~~ huhu paper kte ahad ni smpai sabtu mggu dpn..