Wednesday, April 3, 2013

Life is tough.

Assalammualaikum.

Alhamdulillah aku masih kuat untuk menjalani kehidupan di sini. Jumaat ni dah boleh pulang ke Melaka. Tak sabar rasanya.

Minggu ni agak busy. Aku pula menyibukkan diri untuk mengelakkan jadi stress. Aku tahu hidup ini ada manis dan pahit. Tapi sebagai hamba Allah, aku redha dan sentiasa tabah untuk menghadapinya. :D

Entahlah jadi STUDENT FINAL YEAR banyak benda kena buat. First,aku kena handle Projek Tahun Akhir dimana projek ini akan menyelamatkan aku untuk grad Diploma nanti. Second, aku kena handle cari tempat praktikal. Dan alhamdulillah dah hampir selesai. Dah dapat tawaran kt Melaka. Third, isu berkaitan assignment kelas..kerja bergroup dan macam-macam.

Aku rasa macam quite bit trouble bila buat kerja bergroup sebabnya ada members yang okay ada yang tak. Bila kita berhadapan yang tak tu susah nak katalah sebab kalau dorang tak punctual, tak bagi commitment bagus aku dah mula penat. Tapi kadang-kadang aku pun sama. Hahaha. Masing-masing ada kelemahan sendiri. Biasanya, aku akan cuba buat orang puas hati dengan kerja aku.

Walaupun aku banyak dugaan, aku cuba jadi positif. Aku anggap kerja yang aku sedang buat ini adalah seronok. Bila lagi aku nak rasa beban kerja masa belajarkan? Masa ini aku kena hadapi dengan senyuman. 

"We can go the extra mile, while carving a smile" - Ameen Misran


Peranan kawan rapat sangat membantu. Macam sekarang aku rapat dengan Ain. Sem sebelum ni aku tak rapat pun dengan dia. Tetiba sem ni jadi rapat. Bila aku ada masalah aku cerita kat dia, dia bagi pendapat. Dia sangat memahami perasaan aku tengah berkecamuk ke apa? 

Seriously, bila aku sedang dilanda masalah kawanlah tempat aku mengadu. Even dorang tak boleh nak selesaikan konflik aku, dorang dengar masalah aku pun dah cukup berbaloi. Bila masa susah ni, kawan yang sentiasa berdamping susah senang dengan kita adalah kawan yang baik. Jujur aku cakap. Ada je kawan masa kita susah, muka pun tak nampak. Biasalah tu manusia.

Lagi satu, aku dapat perkongsian dari seorang Lecturer perempuan muda yang dah ada PHD. Betapa hebatnya dia. Muda-muda dah ada PhD. Bangga aku dapat borak dengan dia semalam. 

Dia cakap "jangan stress, rileks je. Buat cara awak,jangan ikut orang. Nak pandai belajar sendiri. Masa zaman saya takde pun orang tolong, saya belajar guna Google je."

Dia dapat buat Phd kt United Kingdom sebab degree dia grad first class. Ya Allah bestnya. Aku nak jadi macam tu juga. Kalau Allah izinkan, aku nak sambung sampai PhD. Aku nak belajar puas-puas..nak bagi mak abah hidup senang lenang. Amin. 

p/s: yang baik itu dari Allah, yang buruk itu dari aku. 

1 comment:

Khai♥Rin : anies said...

uiii ke UK tu..best nyer..