Tuesday, May 28, 2013

Alhamdullillah akhirnya sempurna DIPLOMA aku.

Assalammualaikum..

Well hari ni aku rasa bersyukur sebab dah selesai present Projek Tahun Akhir (PTA), setelah sekian lama aku berposak menghadap coding-coding. Menangis-nangis semua kerana stress PTA. Akhirnya, hari ni selesai dengan sempurna. Rasa ringan beban kepala otak aku lepas habis present.


Berkat kesabaran aku selama ni,akhirnya selesai dengan sempurna. Ada kawan-kawan dapat senarai top 10. Tahniah kepada mereka. Sistem dorang lagi gempak dari aku. Hebat gila dorang. Sistem aku biasa-biasa je. Aku tak mampu nak buat advance gila tu sebab aku baru beginner. Hahaha.


Okay,sempena stress melampau. Jumaat ni aku balik Melaka. Mak pesan suruh balik. Btw,aku pun rindu rumah. Homesick kot. Rindu masakan nenek apa semua. Akak aku menghasut balik makan burger bakar. Gila tak gila? Sape tak nak kan? aku memang mengidam nak makan meatballs abang Burn. Orang duk sibuk dah makan,aku baru nak merasa nanti.


Lepas PTA, aku focuskan Final exam bulan 6 pula. Macam-macam benda aku kena lalui. Takpe, demi segulung diploma. Agi hidup,agi ngelaban !


m/s: pening kepala. 

2 comments:

Mardhiyatun Nisa Burhanuddin said...

Wuhuuu, tahniah mira :)

Mira Idora said...

Weeeeeee......thanks weh. :)