Thursday, July 11, 2013

Ramadhan.

Assalammualaikum..

Alhamdulillah dah masuk hari kedua aku puasa. Tapi tahun ni,aku puasa dengan kawan-kawan sebab aku ada program kat kampus. So untuk beberapa aku puasa kat sini la. Minggu depan Jumaat,aku balik Melaka dah. 


Semalam nak berbuka,aku tak tahu nak beli apa? Sebab 1st time puasa kt sini rasa macam kekok sikit la. Kalau kat rumah,semua masak je takde nak beli pun. Semalam aku beli nasi lemak RM4.50. Mahal la bagi aku. Tapi terpaksa beli. Kat bazaar tu tak banyak gerai, beli pun tak tahu nak pilih apa?


Macam takde benda je pun ada. Semalam dalam kelas,aku rasa mengantuk teramat sangat. Kalau boleh nak je bentang toto, tidur. Apa Sir ajar,aku loading. Dugaan puasa tanpa family, semua benda aku kekok sikit semalam. Selalunya tak mengantuk sangat.


p/s : cepatlah Jumaat depan. 

No comments: