Thursday, January 30, 2014

My Thursday.

Assalammualaikum.


Dah lebih seminggu lebih aku tamat praktikal. Buku report pun sudah pos ke UMP (Universiti Malaysia Pahang). Mungkin lepas CNY sampai la kot. Haha. Lega hatiku. Tenang je. Lagipun, minggu ni busy menguruskan hal aku sebelum aku terlupa. Macam-macam nak kena handlekan. Hmm.




By the way, aku rasa dah lama aku tak menulis disini. Fikiran aku selalu fikir idea bernas nak tulis kat blog, tapi hajat nak update selalu tak sampai sebab busy. Selalu idea tu hilang macam tu je. Aku pun macam malas nak online selalu sebab tolong nenek kat rumah membataskan diri aku utk online. Kalau ada masa, aku curi-curi sikit online kejap.


So sekarang aku dah officially habis DIPLOMA cumanya aku belum graduate lagi yer. Bulan 10 nanti baru grad. So rancangan aku lepas ni, insyaallah nak sambung ijazah. Ada kawan-kawan aku dapat tawaran sambung kat UMP, tapi syggnya aku tak dapat peluang tu. Mungkin mulut ni masin sangat cakap TAK NAK UMP dah. Hahaha. 


Tapi takpe, aku akan apply UPU nanti. Dah usha dari dulu nak universiti mana dan mana yg sesuai dengan kos aku. Semoga Allah swt permudahkan. Buat masa sekarang,aku duduk rumah je. Tengah mencari kerja kosong. Nak pula aku ni takde kelulusan Diploma yg sah, so susah pula nak cari kerja. Isk isk isk.


p/s : terima kasih Allah swt panjangkan umur hamba.


No comments: