Friday, April 4, 2014

Siapalah kita?

Assalammualaikum wbt.


Agak tidak selesa dengan keadaan leher aku tetiba merajuk sakit pagi tadi. Memberi kesabaran yang tinggi kt aku nak bersabar dengan murid-murid. Hmm.


Hari ni rutin harian aku sebagai Guru (Guru Sandaran Tidak Terlatih) sahaja okay? Pergi buat kerja masing-masing seperti masuk kelas mengajar students, tulis buku ringkasan, selesai tugasan sebagai guru bertugas dan sebagainya. 


Aku teringat esok ada program sekolah. Dan aku tak dapat nak join sebab ada wedding cousin. Aku lebih utamakan family business rather than my job. Bukan apa, program tu untuk guru yang layak dan patut menyertai. Aku ni hanyalah guru sementara. Bagi aku,kalau aku tak datang program tu dan program tu tak boleh jalankan ke apa?


Lagipun, aku fikir juga dalam keadaan aku gaji lambat dapat. Nak menyertai program luar kawasan sekolah,mendatangkan masalah pada aku. Hmm. Nak harapkan duit parents hmm susah pula. Adik-beradik lain lebih memerlukan.


Bila aku tanya orang pentadbir mengenai program esok aku tak dapat hadir, dia memberi respons yg kurang memuaskan hati aku. Agak sedihlah juga. Seolah-olah aku ni macam kuli orang kena ikut je 100% cakap ketua. Sedangkan aku lagi sebulan je kt sekolah tu. Adakah dengan kehadiran aku ni,membantu mengunggulkan stail atau keprofessionalan aku mengajar?


Malah ada cikgu tetap, buat hal sendiri tidak menghadirkan diri dalam satu program penting tanpa memaklumkan pihak sekolah. Mengikut pengetahuan aku mengenai program esok, lebih kepada program yg dianjurkan oleh salah satu badan politik Malaysia. Mungkin input yg bakal disampaikan lebih kepada ceramah umum. Pendek kata, ceramah ilmu jela.


Makin lama, aku rasa sedih dengan sistem sekolah. Mewajibkan segala aktiviti kepada guru tidak kira guru sementara atau lain-lain. Pernah ke terdetik di benak fikiran derang masalah yg aku hadapi? Gaji lambat masuk terutamanya. Masalah lain yg aku hadapi,layanan derang. Hmm...Allah swt yg tahu bagaimana aku rasa. 


Aku sedar,aku ni bukanlah siapa-siapa. Jika tidak kerana aku bekas anak murid sekolah tu, mungkin derang pandang aku sebelah mata je. Hmm.



p/s: Ya Allah kau berilah aku kekuatan. 

No comments: