Thursday, May 29, 2014

Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT)

Assalammualaikum..



Hari ni baru terdetik hati aku nak cerita pasal pengalaman menjadi Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT). Sebenarnya,aku tak tahu nak GSTT ini apa dulu. Masa lepas SPM pun tak didedahkan dengan benda ni. Bila dah habis praktikal diploma tak tahu nak buat apa sebab masuk ijazah intake bulan September 2014 (insyallah jika ada rezeki). 


Mohon GSTT ni. Borang GSTT kena ambil di Pejabat Daerah Pelajaran Alor Gajah. Depends pada PPD daerah negeri masing-masing. Macam aku daerah Alor Gajah,so rujuk Alor Gajah. Bawa balik borang isi apa yang patut,esoknya baru aku hantar ke PPD berserta salinan kad pengenalan dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Disebabkan aku tak konvo diploma,aku guna kelulusan aku SPM saja.


Bila settle hantar dekat kaunter PPD. Sepatutnya borang tu diserahkan Unit Persekolahan (tak silap aku) tapi aku tak tahu. Just hantar kat kaunter saja. Tapi rasanya baik serahkan kat kaunter je,sebab orang tu lagi arif tentang borang tu nak submit pada siapa.


Tunggu dua minggu lepas tu,aku dapat call dari pegawai PPD offer mengajar sekolah rendah. Tapi sebelum tu,dia tanya aku ni kelulusan SPM ke diploma? Disebabkan status aku sekarang Graduate Diploma. Cuma belum konvo.


Dia call pagi, petang tu kena ambil surat lantikan sebagai GSTT. Masa petang aku pergi dengan nenek. Nenek duduk dalam kereta,aku pergi jumpa Pegawai tu. Bila jumpa pegawai tu, dia terangkan serba sedikit tatacara jadi GSTT ni. Kemudian, bagi surat tawaran serta dokumen kena minta sekolah sign dan dikembalikan kepada PPD (ini sekolah akan serahkan balik).


Hari Isnin,aku lapor diri kat sekolah. Dan dokumen yang perlu aku dapatkan sign dan cop Pesuruhjaya Sumpah dekat Pejabat Tanah Alor Gajah. Aku settlekan dalam masa seminggu tu juga. Disebabkan aku first time kerja dengan kerajaan,aku kena buat KWSP. Mula-mula aku blur apa tu KWSP? Kena buat kat Alor Gajah juga. So dalam satu hari tu,aku minta sign & cop Pesuruhjaya Sumpah dan buat akaun KWSP.


Lepas settle semua tu,bagi kerani sekolah. Dia akan uruskan semuanya. Pada mulanya,agak leceh sikit sebab aku memang tak tahu. Nasib baik, mak dan abah bekerja sebagai guru. So mudah sikit kerja aku. Mereka lebih arif selok belok sistem sekolah.


Nak mohon GSTT ni, tak silap aku kelulusan SPM dan ke atas boleh mohon. Mengenai sekolah mana dan subjek apa kita akan dapat? PPD akan tentukan. Kita tak boleh nak memilih. Biasanya kita akan dapat sekolah dekat dengan rumah. Pasal subjek? Masa aku ditawarkan jadi GSTT nama cikgu tu mengajar Matematik. Tapi bila lapor diri kt sekolah, dapat mengajar cikgu Bahasa Inggeris.


Disebabkan cikgu Bahasa Inggeris sekolah tu dah pindah hingga sekarang tiada penganti. So aku ambil alih untuk TIGA bulan lebih macam tu. Aku pun study balik subjek Bahasa Inggeris sekolah rendah. Agak mencabarlah sebab zaman aku sekolah dengan sekarang dah lain. English aku pun dah tumpul sebab dah lama tinggalkan sekolah. Hihihi.


Aku rasa itu je kot yang aku boleh kongsikan mengenai cara nak jadi GSTT ni. Pasal pengalaman nanti aku update lain okay?





11 comments:

adlyna said...

Kalau mcm saya lepasan spm 14' nk mohon guru GSTT ni boleh la ye? Tak kira wlau berapa pun results spm sy ye?

Mira Idora said...

Boleh je,dia tak kisah pasal berapa result dapat. Janji ada kelulusan SPM.

Unknown said...

guru gstt ni wajib hadir ke aktiviti sekolah pd hari sabtu/ cuti sekolah?

Mira Idora said...

Wajib hadir atas arahan sekolah. Kalau ikutkan logik akal, kita (GSTT) tak perlu datang aktiviti waktu cuti..sebab kita guru sementara. Tapi bergantung pada pihak pengurusan sekolah, ada sekolah lain caranya. Semoga bermanfaat.

Anonymous said...

GURU SANDARAN GAJI DIORANG MCMNA..IKUT JAM KE?

Anonymous said...

SIS,GAJI CIKGU SANDARAN DIORANG BAYAR CMNE?

Mira Idora said...

Gaji dibayar ikut hari bekerja.

Anonymous said...

saya ada buat permohonan, dah hantar borang ke PPD alor gajah tapi selepas dua minggu tak ada apa2 jawapan. bermakna permohonan saya gagal ke? ada apa2 follow up selepas hantar borang ke? tq

Cahaya Amal said...

betul ke diaorang bayar gaji lambat untuk cikgu ganti? =)

Cahaya Amal said...

salam sis..betul ke gaji cikgu ganti diaorang bayar lambat? =)

Mira Idora said...

Gaji bergantung pada kerani yang uruskan proses tu. Kalau cepat dia buat,cepat dapat gaji.