Saturday, February 4, 2017

Review JUSZ PLUS+ for cats

Assalammualaikum..

Sekadar untuk perkongsian saja kepada pencinta kucing. Aku ni pun pencinta kucing. Kat rumah ada dalam 8 ekor kucing. Tapi salah dari seekor tu, sekor je kucing paling sayang. Hehe. Saja nak kongsi produk apa aku guna untuk kucing kesayangan aku seekor tu. Aku guna JUSZ PLUS ni. Kira ini macam supplement untuk kucing.


Alhamdulillah nak dekat sebulan aku guna. Kucing aku nama "Dora" ini dulu hampir nak kena penyakit batu karang. Pernah dulu tetiba dia tak nak makan. Macam sakit tetiba. Aku ni pula jarang ada kat kampung. Sebab study kt Johor. Nak bawa g klinik, tak sempat. Aku minta adik bongsu lelaki tolong jagakan. Dugaan juga nak jaga si Dora masa tu sebab dia baru nak dekat setahun. Adik aku suapkan makan dan paksa minum susu. Lama-lama baru dia ada selera. Belikan ayam goreng RM1, berebut nak makan. Syukur Allah swt panjangkan umur Dora. Walaupun hampir nak pergi je aku rasa masa tu. 


Lepas tu, ayah aku cerita dulu si Dora ni kaki belakang dia pernah terhempap dengan benda berat. Aku tak perasan peristiwa masa tu sebab ayah aku yang perasan. So sejak peristiwa tu, kaki belakang Dora tak kuat sangat. Kalau nak lompat dari tempat tinggi, Dora tak boleh. Even nak lari laju pun, dia akan terbabas untuk berhenti. Tak lama tu, Dora pula start terkencing-kencing tetiba. Seolah dia tak boleh nak tahan kencing sendiri. Selalu kencing merata dalam rumah sampai semua orang risau. Bawa g vet, vet cakap petanda nak kena batu karang. Aku risau sebab seekor kucing dulu pun mati akibat penyakit yang sama. Belikan ubat kat Petshop kawan. Dia recommendkan ubat tu. Lepas Dora makan ubat tu, macam dah pulih sikit. Ubat ini akak aku belikan, so aku tak tahu nama apa. 


Bila aku start cuti awal Jan 2017, aku belikan JUSZ PLUS sebab tengok kebaikan produk ini macam bagus. Cuba kat Dora. Alhamdulillah hampir sebulan makan, dia makin gemuk dan sihat. Semalam test berlari laju, dia lari smooth je. Takde terbabas lagi. Selalunya, dia lari laju susah nak break. Mesti terlanggar dinding atau pintu. Hahaha.


Ini gambar ori yang aku beli.
(maaf terpaksa blurkan harga. hehe. Ini review ikhlas ye)


Aku dapat tahu produk ini dari Facebook MJ GARDEN petshop kawan aku. Dulu aku pernah cuba JUSZ SPRAY. JUSZ SPRAY bagus untuk bulu kucing. Kalau malas nak mandikan kucing, boleh guna. So far, aku guna JUSZ PLUS ni okay. Kucing makin gebu dan sihat. Harga dia berpatutan. Kalau dah sayangkan kucing, harga mahal pun aku sanggup beli. 


Ada banyak kebaikan JUSZ PLUS. Boleh baca kat bawah ni :


Dengan penggunaan minima hanya selama 2 minggu sahaja, akan ada perubahan pada kucing anda dari segi :
.
😻 bulu makin lebat dan gebu tanpa gugur
😻 tumbesaran semakin membesar
😻 selera makan akan bertambah
😻 berat bertambah dan makin gemuk
😻 kulit semakin sihat tanpa kurap/kutu
😻 antibodi kucing akan bertambah
😻 kucing semakin aktif dan sihat
😻 susah terkena penyakit

Sumber dari : MJ Garden Petshop



Inilah Dora. Dulu kurus sebab sakit. Sekarang gebu dan feloless uollls. Kerana JUSZ PLUS, Dora sihat alhamdulilah.


No comments: