Saturday, April 14, 2012

Bersyukur.




Ya Allah,aku bersyukur ke atas nikmat yang kau berikan. Aku bersyukur kerana kau telah mempermudahkan urusan aku. Minggu lepas laptop aku screen dia rosak. Tetiba je berlaku lepas balik cuti mid sem. Nasib baiklah abah memang ada plan nak beli laptop baru. Dan akhirnya, untuk menyesalkan masalah aku kt sini. Aku pakai laptop abah.


Laptop dia baru beli 4hari yang lalu. itu pun nasib baik Along nak hantar laptop ke Pahang. Aku boleh je balik Melaka,tapi nanti banyak masa terbuang. Laptop aku tu masalah screen,mungkin terhempap. Tapi aku redha je apa yang berlaku. nak salahkan orang lain,mungkin silap aku juga.


Lupakan pasal laptop. Minggu lepas aku balik cuti kena pula dengan birthday adik bongsu aku. Dapat ler aku merasa makan besar. Kalau tak,tak dapat langsung sebab apa-apa hari istimewa kt rumah..aku berada kt Pahang. Jeles gila kalau dorang makan besar aku tiada bersama. Nak buat macam mana? aku belajar jauh sangat. Hahaha. Pilihan aku juga.



Masa birthday dia,aku ada belikan pencil case Angry Bird untuk dia. tapi bila dia dah belek-belek ada gambar khinzir. Dia terus tak nak. Aku pula tak perasan gambar tu masa beli. Sakit hati aku bila dia cakap camtu. Lepas tu,dia tambah "harga murah sangat !". Lagi geram aku. sabar jela aku. Dulu aku belikan dia baju,dia tak muat pakai. Last-last bagi along.


nota jiwa : annoying much !

No comments: