Saturday, May 5, 2012

Pahang Darul Makmur

Sampai je bulan 6 nanti,genaplah aku setahun berada di Pahang. aku asal Melaka okay? Belajar kat Pahang. Ramai cakap aku belajar jauh gila ! Tapi seronok dapat pengalaman baru. Even dah lama duduk sini,takdelah hari-hari aku dapat makan ikan patin. sebabnya aku sendiri tak tahu kat mana boleh aku dapatkan lauk itu.


Aku suka makan ikan keli. Dulu aku tak reti makan ikan keli sebabnya aku geli. Tapi sekarang aku dah pandai makan ikan keli. kalau beli lauk ikan keli dalam Rm4.00 lebih camtu. Mahalkan? Yerla,aku satu hari belanja Rm10.00. Habis cam gitu je. Rm5 makan tengahari,Rm5 makan malam. Kalau lauk ayam dalam Rm3.50.


Perubahan ketara aku kat sini berat badan aku. Seriusly,aku tak tahu kenapa? aku rasa aku makan 2kali sehari je. Mungkin tidur petang. Haha. Aku kalau penat sangat memang tidur sekejap kadang-kadang larut ke magrib. Terukkan? Abah selalu bising cakap aku ni gemuk. Aku macam fikir balik? Macam mana aku nak kurus? Kalau aku skip makan nanti aku sakit. Pernah buat sekali,menyesal gila. sebabnya aku rasa akan menyebabkan aku tak dapat melakukan aktiviti harian seperti biasa.


Dulu aku rajin berjoging petang-petang. tapi sejak sem 2 ni aku belum sempat nak joging,busy dengan assignment. Ada terasa nak joging tapi penat sangat. Kenapa lah kos aku ni jadual padat? Aku tengok kawan aku kos lain,relaks je jadual dorang.




rindu mereka. Dah besar dah sekarang.
Pandai berlari. Ouch,tak sabar nak balik Bulan 6 ni.

No comments: