Monday, February 11, 2013

Cuti yang bosan


Assalammualaikum.

Okay aku dah lama tak update. Since habis final untuk semester 3,aku layan cuti kt rumah. Sabtu ni dah nak balik Pahang balik. Rasa macam sekejap je nikmat Allah bagi kat aku. Aku busy duduk rumah sampai tak sempat nak update. Ada masa ingat nak update,tapi tetiba dah lupa lepas tu. Pelupa betul.

Aku rasa nikmat duduk rumah lebih seronok dari duduk kampus. Yelaa, duduk rumah nak makan apa aje,senang dapat. Kalau kampus, kena tunggu purse masyukk baru dapat beli. Hehehe. Lagipun, aku duduk rumah rasa macam bebas. Tak perlu nak berebut bilik air. Malam sebelum nak tidur boleh borak dengan nenek sambil peluk bantal kesayangan. Tapi lepas ni, aku takkan dapat rasa nikmat macam tu dah. Sedih bukan?


Since aku masuk universiti, aku sedar yang masa aku banyak habiskan di kampus berbanding kat rumah. Kalau dulu, masa cuti sekolah heaven duduk rumah tapi sekarang cuti sabtu ahad hadap muka roommate jela. Hahaha. Tapi aku rasa bersyukur sebab aku telah hampir setahun lebih belajar kat Pahang. Berjauhan dengan keluarga bukan perkara yang mudah untuk aku hadapi masa dulu.

Sedih gila bila masa makan aku,makan sorang-sorang. Masa tidur aku, peluk dan pandang bantal sendiri. Semuanya berubah sekelip mata. Bila dah lama-lama barulah aku sedar bahawa itu semua pengalaman. Walaupun aku bersedih,berdepan dengan masalah stress belajar, mak juga aku call mengadu masalah. 

Kalau cuti aku suka gosip dengan nenek lepas sarapan. Nenek pendengar setia aku. Apa-apa masalah aku, dia dengar. Kalau boleh nak je bawa nenek balik Pahang. Hahaha. Itu sebab cuti aku banyak spent masa kat rumah je. Sebab saat itulah aku akan rindu masa berjauhan.  Bila lagi aku dapat buat saat tu, makin lama aku berumur. Sekarang dah 20an. Sekejap jee aku dah 20an then 30an dan seterusnya.

Saat paling bermakna waktu aku tengah belajar ni. Sangat bahagia bila Allah bagi aku peluang ini. Aku bersyukur sebab nenek masih panjang umur hingga sekarang. Terima kasih ya Allah.


p/s: mood nak balik Pahang malas. erghhh !!!

2 comments:

Khairul Onggon said...

Saya nenek dua-dua dah xde. DUlu ms nenek ada rajin balik kampung.. sekarang dah malas.. :)

Mira Idora said...

oh. Saya rapat dengan nenek belah mak. Tapi atok dua-dua dah meninggal. Takpela, biarlah saya menghargai jasa nenek saya smentara dia masih hidup di dunia ni. :)