Wednesday, March 13, 2013

Realiti hidup.


Assalammualaikum..

Aku rasa macam tak sabar nak habiskan diploma. Aku sem akhir, tapi sayang ada PTA (Projek Tahun Akhir). Kesian, kena develop website. Uollss..


Takde apa nak dibanggakan sebab aku rasa macam nak semput sem ni. banyak tekanan fizikal dan mental. Ya Allah !


Aku bukan nak bangga dengan pengalaman aku berada di negeri orang. Banyak kisah duka aku tengah lalui. Aku ingin kongsi. Mana tahu ia boleh menyedarkan kita daripada melakukan kesilapan.


Aku pernah rasa sakit hati disebabkan orang lain.
Aku pernah menangis sebab orang berkata tentang aku. *sedih bukan?


kerana :
1. KAWAN
Kalau kita ada kawan baik. Please jangan baik sangat dengan depa. Kadang-kadang kawan baik boleh buat kita rasa sakit hati. Ye, dia bukan kawan yang baik. Bagi aku, takde istillah kawan baik dalam dunia. Sebab aku dah pernah rasa ditikam belakang.

Aku lebih selesa berkawan dengan orang secara sederhana, tak keterlaluan. Takde over macam kalau pergi mana-mana nak bersama je, nak group sama je. Ohoii bosan !!

Kalau buat satu projek or assignment, dapat group dengan Si Joyah ni. Si Joyah ni  pemalas dan suka menggantungkan diri kat orang lain. Semua benda dia tak tahu nak buat. Kau rasa sakit hati tak? Semua benda kau nak buat sedang Si Joyah ni cakap tak tahu nak buat. Last-last rasa menyesal segroup dengan Si Joyah.



2. PINJAM BARANG
Masa dalam kelas, waktu kuliah dah nak habis. tetiba kertas attendance sampai. Si Joyah nak sign tapi pencil box dalam beg sudah. Kau punya pen ada atas meja. Dengan selamba si Joyah ambil pen kau ,dia sign dulu. Rasa nak marah je kan? Pastu kalau jenis aku akan cakap "Memang pen tu untuk kau pun". Si Joyah terasa. 

Tak pun kadang-kadang kita tengah sedap buat latihan Calculus. Member depan kau ambil pemadam kau ,sambil ambil sambil cakap pinjam. Yang kau tetiba nak guna pemadam, tengok pemadam kau hilang. Kesabaran kau teruji masa tu. Kata pinjam, tak reti nak pulangkan secepat yang mungkin.

Lagi satu peel manusia suka pinjam barang orang contoh macam payung. Masa tu hujan, dia nak pergi kelas takde payung..pinjam orang punya. entah macam mana Allah nak uji hari tu, payung kau didapati rosak. Kau nampak payung kau kat rak kasut dia. Dia tak bagitahu hal sebenar. Pendek kata, haram tak ganti yang baru. 
Sabar jela dapat kawan macam tu.



3. MULUT TEMPAYAN
Kalau dapat kawan baik, memang best. Kawan bertahun-tahun, tapi tak serasi bila dah lama sangat berkawan. Kalau dapat kawan yang cakap lepas. Kutuk cara kau berpakaian dan tak pandai berhias.. Aku pernah rasa. Hm..sentaplah juga masa tu. Macam hina sangat baju aku masa tu. Asalkan aku selesa menutup aurat okaylah. 

Kawan baik aku pernah kutuk aku tak pandai nak bergaya. Okay aku sangat sentap masa tu.
Tak pun, kalau keluar dengan dia pakai kereta mak dia. Kau kena sponsor duit minyak dengan cara dia MINTA bukan rela hati kau nak bagi. Terkilan rasa hati ni ibarat menumpang kereta orang. 



4. AMBIL KESEMPATAN
Masa musim nak final exam, kau memang rajin gila study and buat soalan final lepas DAN DAN jumpa lecturer. Jumpa lecturer masa study week sangat afdal kerana manalah tahu rezeki kau dapat hint. Aku pernah !! Hahahaha.

Bila Si Polan ni dapat tahu kau buat soalan tu, dia pun nak tengok jawapan. Nak pula kau dah double check dengan lecturer tu. Sah dapat jalan kerja yang betul. Si Polan ambil kesempatan tiru jawapan kau. Sedangkan kau berposak selesaikan soalan tu sorang diri. Dia senang-senang minta jawapan kau. Rasa tidak adilkan?




5. PELAWA
Kalau waktu lapar, member kau mesej ajak turun teman pergi makan. Sebelum tu,dia ajak makan restoren yang agak jauh. Jalan kaki pun boleh berpeluh, mengalahkan kebulur gila masa tu. Bila kau dah turun, Si Polan mesej kawan dia yang lain try ajak dia restoren tu. Si Polan nak sangat pergi makan situ. Sedangkan kau tak nak sebab jauh. 

Tak lama lepas tu, Si Polan cakap tak jadi nak makan situ nak makan restoren. Tapi dia dah ajak orang lain sedangkan kau dah berdiri depan mata dia masa tu. Terkilan. Tapi apakan daya, tanpa Si Polan sedar dia dah sakitkan hati kawan dia. Masa tu dah tak guna nak minta maaf sebab tahap marah dah maximum.



konklusinya, bagi aku kawan baik adalah semua orang yang kita jumpa, berselisih, cakap dalam kelas. Memang kita tak boleh nak menilai seseorang tu dari cara dia layan kita, kepandaian dia dan macam-macamlah. Berkawan kawan juga jangan sampai diri sendiri merana. Berhati-hatiah dalam berkawan ni. 

Buat pilihan yang bijak dalam berkawan bukan dalam beli barang je okay?








p/s: aku mengambil masa yang lama untuk menaip. Fuyoihh !!




No comments: