Saturday, March 16, 2013

A short conversation

Assalammualaikum..

Tadi aku online lepas settle solat apa semua, barulah aku dapat online dengan tenang. Dari pagi hingga petang kelas Softskills. Oh sangat bosan !.

Slot pagi aku tidur. Slot kedua lepas tu best sikit. Hahaha. Hilang mengantuk.

Sangat penat aku rasa macam tak terdaya je. Lepas kelas aku gatal pergi joging. Penat bertambah penat.

Tetiba online Debab call guna Skype. Macam biasa dia suka tanya "Kaklang bila nak balik??" 
Aku rasa nak berjuta kali aku cakap awal bulan 4, aku balik le. Letih menjawab soalan dia. Bila berjauhan dia rindu, bila dekat bergaduh. 

Masa webcam, dapat aku melihat rumah aku yang aku rindui sejak bulan 2 aku tinggalkan. Termasuklah orang-orang yang tinggal dalam rumah tu aku rindu. Debab tunjuk lauk nenek masak sedangkan masa tu aku tak makan cuma makan roti je. Malas nak beli makanan berat.
Meneguk air liur jela aku masa tu.

Selalu webcam aku tanya kucing kesayangan hamba iaitu Gebu. Hihi. Rindu kat dia. Dan hasilnya aku dapat ni.



Gebu dicekik oleh Debab. Aku nak tengok Gebu je sebenarnya, tapi yang dua ekor tu menyibuk. Takpela, adik-adik kesayangan juga. :')

Aku harap Allah swt memudahkan urusan aku sebelum cuti mid sem tiba. Aku homesick aku perlukan masakan nenek. Ahaks ! Aku perlukan kenikmatan di rumah untuk seminggu itu. Itu saja aku pinta.

Sesungguhnya aku masih mampu bertahan , aku akan terus berjuang demi segulung Diploma.


p/s : letih + homesick + lagha.

No comments: