Monday, March 31, 2014

Rancang untuk masa depan.

Assalammualaikum wbt.

Malam ni takde mood nak buat kerja sekolah. Semenjak jadi cikgu, macam-macam idea kena fikir demi anak murid. Tapi tak semuanya berhasil. Aku masih belajar perlahan-lahan.



Tetiba waktu macam ni terdetik pasal kejayaan. Semua orang ada impian masing-masing. Bila dapat peluang sambung belajar di menara gading, mesti semua orang terbayang hari konvo atau hari Jubah. Mesti semua orang pasang niat,nak belajar sungguh-sungguh.



Masa waktu aku, aku tak terlintas pun nak dapat Universiti Malaysia Pahang (UMP) sebab masa isi UPU aku main bedal pilih 8 or 9 universiti (random choose). Aim nak UiTM,tapi takde rezeki. 



Bila aku dipilih menjadi mahasiswa UMP,aku terfikir betul ke aku ni sambung belajar? Macam tak percaya. Rezeki dari Allah swt,aku berjaya lalui dua tahun di bumi Pahang. Setengah tahun tu,aku praktikal.



Tapi dua tahun tu macam sekejap je bila dah habis,masa tengah Final Year Project sakit kepala menunggu detik habis segalanya + final exam masa tu. Alhamdulillah,banyak kenangan pahit manis aku lalui. Terima kasih Allah swt berikan aku peluang sambung belajar.



Aku ambil kos Diploma Sains Komputer dimana kos ni orang pandang sebelah mata aje. Yela,orang pun tak faham sebab kos ni umum sangat. Aku tak pernah fikir,ambil kos ni nak jadi Supercomputer or Steve Jobs. Cuma aku tahu belajar kos ni,memupuk minat aku terhadap komputer dan benda berkaitan dengannya.



Bila dah habis diploma status "bergraduat". Orang tak cakap aku ni bakal apa? Yela,lain la aku ambil kos medic ke or engineering? Mesti orang akan mention aku ni bakal doctor or engineer? 



Orang lebih ingat apa yg bakal kita jadi nanti ,bukannya kos kita. Orang tak faham tentang kos kita. Kadang-kadang terasa la juga. Macam tak laku pula kos aku ni. Tapi takpe,it's okay. Kalau aku jadi macam Steve Jobs, baru orang kenal kot. Hahaha.



Ada sebab mengapa Steve Jobs berhenti belajar dan hanya ambil kelas tertentu saja untuk mendalami ilmu komputer. Bermulanya ciptaan komputer berskrin hitam putih dan hinggalah sekarang jenama Apple diserata dunia. Dia ada cara dia tersendiri untuk bina masa depan dia. Meskipun,aku takde gadgets jenama Apple tapi cukuplah aku kagumi kejayaan dia. 




Apa kos kita, siapa kita tak penting. Yang paling penting, macam mana kita nak rancang masa depan kita. Masa depan yg bakal menentukan kita siapa, apa pekerjaan kita dan sebagainya. Mungkin kita tak sebijak macam orang lain, siapa tahu rezeki kita boleh jadi orang hebat suatu hari nanti?



Semuanya ada ditangan kita. Kita yakin bahawa Allah swt akan bantu kita utk merancang masa depan. Berusahalah selagi mampu. Mungkin usaha kita nanti,akan terbalas dengan rezeki yang melimpah ruah. Insyaallah.



p/s: datanglah wahai mood tulis ringkasan. hmm -_-



No comments: