Thursday, February 28, 2013

Sabar itu pukulan pertama

Assalamualaikum w.b.t..

Hari ini aku demam. Sedih je dapat demam sebab jauh dengan keluarga. Dulu aku demam, neneklah orang pertama aku mengadu. Macam biasa ayat dia akan suruh makan ubat. Bila kat sini aku rasa serba serbi susah.

Ubat demam aku ada 6biji saja. Aku lupa nak beli lagi masa cuti sem hari tu. Aku rasa macam takde kesan makan ubat tu. Demam aku bertambah worst adalah. Haip !

Sem lepas aku demam panas. Aku tak tahu kenapa aku demam macam tu teruk sekali? Badan aku rasa panas ya amat, tapi aku masih boleh bangun pergi jalan kaki pergi klinik. Aku tak nak susahkan siapa-siapa cuma aku perlukan someone teman aku pergi klinik kampus. 

Masa sampai klinik aku rasa badan aku lemah je, sementara menunggu giliran doktor panggil aku duduk kat kerusi disediakan. Tak lama tu nombor giliran aku tiba. Aku pun masuk bilik doktor. Doktor cek suhu aku menggunakan alat cucuk kat telinga aku. Doktor pelik.

Doktor : Panasnya badan awak. Awak datang naik apa?
Aku : jalan kaki. 
Doktor : Dengan siapa? Larat ke awak jalan kaki datang klinik?
Aku : roommate. Nak buat macam mana? Terpaksa jalan kaki. Lagipun dah biasa dah jalan kaki.
Doktor : Hmm. Habis balik awak jalan kaki juga? Nak saya hantarkan?
Aku : Ehh..takpela doktor saya boleh jalan kaki. *ayat baik, masa tu aku ingatkan dia hantar.
Doktor : Badan awak panas ni. Dah sudah ambil ubat nanti awak tunggu pintu belakang okay?
Aku : Em okay.

Bila dah sudah ambil ubat, aku pun pergi tunggu kat kerusi belakang. Lama juga menunggu sebab aku takut doktor tu nak habiskan waktu kerja dia je. Hati aku tak sedap. 

Tak lama tu, sorang lelaki berpangkat "ENCIK" la senang aku bahasakan dia. Tanya aku dengan kawan aku. "Awak duduk C13 ke?" 

Aku pun cakap " ye". Dia kata tunggu kejap ye. Masa tu aku meletakkan kepala kat sofa. Aku rasa lemah tak terdaya nak jalan. Kalau takde roommate aku masa tu, confirm mengalir air mata aku sorang-sorang pergi klinik. Sedih betul rasa hati aku nanti.

Masa balik tu ENCIK tu hantar naik ambulans seyhh !! Aku terkejut beruk kot. Tak pernah aku naik ambulans. Sedangkan aku demam panas je, ambulans yang hantar aku depan blok. Malu aku nak turun masa tu. Roommate aku dah gelakkan aku. Kurang hasam !

Itulah kenangan kelakar dalam sejarah hidup aku masa kat Universiti. Bila dah sampai bilik, cerita (mesej) kat mak. Mak gelakkan aku juga. Hampeh je.

Andai kata demam aku malam ni tak kebah, esok bertambah teruk aku kena pergi klinik la nampaknya. Nak buat macam manakan? Terpaksa. Hidup berdikari. 

p/s : suara dah mula sengau. Tekak mula sakit. Erghh !!

No comments: