Monday, February 18, 2013

Semester akhir boleh jadi sawan


Assalammualaikum..

Alhamdulillah hari ni adalah hari pertama aku start kuliah untuk semester 4. Dan hari ini juga aku dapat baucer buku 1 Malaysia. Syukur pada Allah.

Jadual aku sem ni tak padat sangat tapi comel-comel je. Kelas aku pun paling lambat habis pukul 4pm. Best la juga. Ringan beban aku. Hati pun senang. 

macam kat bawah ni :



Tapi jadual tak padat tapi ada Projek Tahun Akhir (PTA) paling digeruni oleh student Sains komputer. Sebab kalau pass projek ni, bebaslah kau dari Diploma. 

Kebiasaannya kalau awal sem ni, mood aku malas-malas sikit sebab sebulan cuti rasa nak cuti lagi. Bangun pagi macam takde feeling nak pergi kelas. Tengok jam rasa nak sambung tidur balik. Kalaulah aku boleh lambatkan masa.

Bila hari pertama kuliah dah dapat assignments , aku rasa memang lecturer ni kejam betul !! Tapi nasib baik dia kata " Lepas ni susah nak buat kelas, saya selalu outstation". 

Terukir senyum lebar selebar macam dapat durian runtuh.  

Semalam hari paling bosan, asyik hadap laptop je ha. Macam takde aktiviti lainkan? Memang pun. Aku rasa macam nak je balik rumah kalau rumah sebelah U aku ni. Bosan gila sebab takde benda yang boleh dibuat melainkan layan Facebook sampai bengkak mata, lenguh bahu , senget leher dan dll. 

p/s: Dear PTPTN, i really need you right now. :')

No comments: