Monday, March 25, 2013

PWTC.


Assalammualaikum w.b.t

Pada Rabu yang lepas jatuh pada 20/3/2013. Kelas ICT aku pergi buat lawatan di PWTC Kuala Lumpur. Pameran bernama Infosecurity World Exhibition & Conference 2013. Aku rasa macam malas nak pergi sebab pergi hari Rabu, esok Khamis ada kelas. Penat le.

Tanpa membuat persiapan apa-apa. 5.30am dah kena berkumpul. Orang lain sedang dibuai mimpi, aku dah terpacak kat bus stop UMP. Awesome.

Sepanjang dalam bus, aku tidur. Takde la sepanjang, orang lain boleh tidur tapi mata aku tak nak lelap. Bila pergi lawatan ni kan, teringat zaman sekolah dulu. Cikgu bawa dan setiap perhentian cikgu akan bagitahu berapa lama boleh rehat blabla TETAPI lawatan ni kami boleh turun sesuka hati. Lecturer pun macam kisah tak kisah nak turun pergi tandas ke?

Macam takde keselamatan kami ni. Kitaorg nak makan apa, kena cari sendiri. Sedih bukan? Tapi bestlah juga takde la macam kambing kena berkumpul satu tempat. Lecturer pun takde briefing pasal lawatan sebab dalam kelas dia dah terangkan segalanya.



Aku, Amirah Anuar , Pirasannah & Afifah.


Over lighting pula muka aku. *abaikan !


Ini pose mengada-ngada. HAHA! 

Tujuan kami datang sini adalah untuk survey company mana yang bersesuai untuk projek Seminar kitaorang. Tapi kebanyakan company kat sini semua hebat-hebat belaka. Bukan setakat dalam Malaysia je, tapi India dan Singapura pun ada.


Benda yang aku tak boleh lupakan adalah tandas PWTC memang hebat sampai aku tak nak masuk. Sebab apa yang boleh aku katakan adalah macam tandas kat Singapura. Aku tak biasa tandas macam ni. Aku terkejut bila sampai masuk dan tengok. "what the???" -_-

So orang kampung macam aku memang tak boleh terima tandas macam itu. Maaf sangat. Hahahahaha. 

Tapi aku sikit sedih sebab kawan aku ada praktikal kat PWTC aku lupa nak contact dia. Handphone lama aku hilang, dalam tu ada number dia. Bila dah balik aku bagitahu dia, rupanya dia still praktikal situ. Hahaha. Dia kata tempat dia praktikal dekat dengan tempat aku rehat petang tu. SEDIH.

Lama kot aku kat PWTC dari 10.30am hingga 4pm. Aku menganguk jela bila dah tengahari tu. Kan bagus aku jumpa kawan aku tu? Haiyaa, takpe takde rezeki. Nak buat macam mana. Redha je. 

p/s : tak sabar Jumaat depan. MELAKA.

2 comments:

dear anies said...

Terseksa yg ngadap toilet pwtc? Hah...tu la yg terpaksa kami hadapi saban thn... :-)

Mira Idora said...

hahaha. Saya 2nd time datang situ. Kali kedua datang lama pula berjalan. tak sangka tandas dia macam tu. hehehe. takpela, lama-lama biasa.