Monday, October 7, 2013

MC demam

Assalammualaikum.

Hari ni, badan rasa tak sedap. Buat keputusan nak ambil MC. Kalau pergi kerja pun, bukan ada kerja aku menghabiskan masa dengan layan tonton cerita CINTA JANNAH. Aku suka tengok episod tengah-tengah. Kahkah! Sebab time cerita tu berlangsung, aku takde masa nak tengok TV.


Pagi hantar adik pergi sekolah. Balik rumah rehat kejap, nak gerak gi Melaka hantar mak pergi kursus. Perjalanan mengambil masa dalam sejam. Adeii.. Settle hantar mak, aku singgah klinik nak cek doctor dan minta MC sekali tapi syggg orang ramai..aku malas nak tunggu.


Lepas tu pergi pasar ambil ikan. Sampai rumah tolong nenek sikit dan rehat. Sampai tengah hari ,kepala dah mula sakit. Adui. Nak tunggu petang lambat beno aku rasa sebab boleh ambil adik aku kt sekolah terus nanti. 


Bila dah petang, baru aku gi klinik dengan nenek. Nenek pula tak berapa sihat sangat. Alhamdulillah petang klinik tak ramai org. Tapi aku tengok muka doctor kesian, macam penat je muka dia. Mungkin doctor tu ramai pesakit yg dtg hari ni.


Entahlah,aku rasa MC aku ni kena kerja kat rumah. Pergi sana sini. Malam aku tidur kejap sebab penat gila aku rasa even aktiviti aku hanya drive saja hari ni. Rasa bosan drive selalu gini, menghabiskan minyak. 


p/s: semoga hari esok lebih baik dari hari ni.

No comments: