Thursday, March 28, 2013

Syukur ya Allah

Assalammualaikum..

Masa tengah sibuk-sibuk buat kerja. Tetiba handphone cikai aku berbunyi. Mata memandang paparan skrin handset nombor yang tidak dikenali call aku. Hati sudah pelik nombor dari Melaka. *berdebar.

Lalu aku angkat;

Aku : hello

Panggilan dari melaka: Hello Assammualaikum..boleh saya bercakap dengan Cik Amirah Husna binti Abu?

Aku: iye, saya bercakap.

Panggilan dari melaka: Kami dari Melaka %$#%^&* ingin menawarkan penempatan praktikal. Kami ingin tanya sama ada awak ada terima mana-mana tawaran ke sebelum ini?

Aku: *melompat-lompat suka ! Err..ini Melaka &$$%^*@$ kan? 

Panggilan dari Melaka: ye.

Aku: hmm..saya terima. sebab saya pun takde terima sebarangan feedback dari company lain.

Panggilan dari melaka: Okay, sure ? sure sure sure? 

Aku: yela..sure.. *pelik kejap? Ke aku salah cakap tadi?tapi betullah aku terima.

Panggilan dari melaka: kalau macam tu, kami perlu buat follow up dengan pihak Universiti Cik. 

Aku: okay.

Panggilan dari melaka: okay terima kasih. As'slm.


Aku masih ragu-ragu dengan pertanyaan dia "sure sure sure?" sedangkan aku dah jawab aku "Terima". Aduii..akak jangan buat saya risau la. Nasib baik suara akak yang call, takde la segan sangat. Hahaha.

Apa-apa pun aku bersyukur sebab resume aku diperkenankan oleh company tu. Alhamdulillah.. Terima kasih ya Allah kau permudahkan urusan aku. Semangat aku membara ! Hahahaha.

Moga-moga akak tu faham apa aku cakap tadi. Risau aku kalau-kalau dia salah dengar. :)


p/s : tak sabar tunggu Jumaat depan !