Thursday, October 17, 2013

Ditipu oleh peniaga online.


Assalammualaikum.

Hari gua eksaited balik rumah tengok atas meja ada bungkusan POS. Herherher! Barang gua order dah sampai finally babeh ! Tak sabar nak guna. Tapikan ada sedih sikit aaa dengan servis peniaga online ni.

Aku dah lama dok (tukar bahasa AKU pula, haha! ) barang kecantikan ni. Memang dah dok berkenan kat mata nak boli dari dulu,tp akibat dulu takde duit. Sekarang ada duit lebih sikit, aku belilah. Usha-usha sambil tengok testimoni dari pelanggan lain yg dah try guna produk tu berkesan. okaylah,aku yakin nak beli.

Aku pun dengan berani order minggu lepas start hari Jumaat. Mula-mula aku tanya soalan, bila dah yakin aku order keesokan harinya. Kira Sabtu petang, aku bank in duit. Owner tu balas chat aku je, dia nyatakan setiap produk berapa ringgit dan harga postage. Dan benda yg aku order tu,dia tak tulis TOTAL kena bank in berapa? Aku dah pelik kat situ.

Aku kira-kira TOTAL kena bayar dalam RM55.00 sahaja, tapi disebabkan mesin CDM kt Maybank boleh telan RM10 dan RM50. Setahu aku la kan, duit RM5 tak boleh telan tapi tak tahu la mesin ATM lain boleh pula dok?

Aku bank in kan RM60, RM10-sekeping dan RM50-sekeping. Malam tu,aku snap picture resit bank in nak kasi owner tu percaya kat aku nanti la kan? Dan dia reply keesokan harinya. Dia balas seperti dibawah ni:



Aku print screen half je. Bila dah terima bayaran aku,dia tak cakap pun KAMI AKAN PROSES ORDER ke? senyap gitu je. Aku pula terpinga-pinga aku ni kena tipu ke apa?

Tahulah masa tu raya haji,mungkin busy tapi servis dia kurang baik la. Aku risau je kena tipu masa tu, aku pun tanya STATUS aku. Baru dia balas. Bila aku cakap barang dah sampai, dia takde pun tanya pasal BAKI aku macam mana nak pulangkan ke? 

Allah, patutlah dia tak nyatakan TOTAL kena bayar. Ada muslihat di situ. Aku pun malas nak minta sebab benda gini melecehkan aku sebab dulu pun aku kena tipu duit baki aku RM15.00 lesap gitu. Banyak kali reply email tanya baki duit tu, owner cakap akan proses HINGGALAH sekarang senyap. 

So aku kena berhati-hati nak beli barang online ni, kalau boleh bank in duit genap-genap je. Aku ni student lagi weii, bukan anak DATO ke TAN SRI? Kalau rasa nak untung sangat makan duit customer,ambillah. Silakan, semoga perniagaan anda terus maju lepas ni.


p/s : penat jadi org bawahan. rasa dihina.

4 comments:

Muhammad shazmel Hafiz said...

hng student ump kn?

Mira Idora said...

yup.

Anonymous said...

Engko yang bagi duit lebih .. apa hal, kira sedekah le.

Itu undang-undang online...

Mira Idora said...

lupa nak mention sebab kenapa aku bank TERLEBIH,masa tu aku takde duit rm10 sekeping. Hanya ada rm20. Aku terpaksa masukkan juga rm20 tu. Takpe,benda dah lepas aku redha je. terima kasih atas respons anda.