Tuesday, December 27, 2011

Kuatkan hati aku.


Aku rasa macam tak percaya minggu depan nak final. Aku cuba berjinak-jinak dengan buku tapi ternyata aku lebih suka baca sekejap. Aku perlukan hint apa yang keluar untuk satu subjek ini. Sebab nak harapkan aku baca satu buku yang tebal gedabak tu !! Memang hampeh laa.. Setahun pun tak khatam.


Aku rasa macam nak jadi Dena Bahrin je. She's cool girl. But aku rasa diri aku banyak kekurangan lagi. Aku perlu isikan kekurangan itu. Kadang-kadang aku rasa perangai malas aku makin berleluasa. Aku makin liat nak bangun pagi sebab kelas dah takde. So aku rasa kalau malam tu aku tidur,esok tak de benda penting nak kejar? So tidur jela.


Dan pagi tadi,aku update gambar kat muka buku. Dan aku tak sangka,mak aku komen post aku kenapa aku letak gambar tersebut? Aku rasa terharu sangat sebab mak yang komen. Mak bagi kata-kata semangat walaupun berjauhan. Yeahh! Adik-beradik aku semua ada kat rumah kecuali aku sorang. Dan aku sedih tahun ni,sambut tahun baru sendirian.


Sepanjang life aku kat sini. Aku rasa bangga sebab boleh continued life without family aside. Family is everything to me. Aku bersyukur sebab parents aku still alive. Alhamdulillah. Even aku dengar cerita dari seorang sahabat aku,yang sahabat dia dah kehilangan bapa beberapa hari yang lalu.



Setiap kali aku nak ambil test,aku mesti mesej mak supaya doakan aku. Aku start buat sejak aku belajar kat sini. Bagi aku,ambil berkat. Kawan aku ada cakap, "kita tengok gambar parents kita pun dah dapat pahala". Setiap kali nak jawab test, aku ingat mak dan abah. Mereka adalah supporter saya paling hebat !


nota jiwa : Ya Allah,berikan aku kekuatan dan permudahkan urusanku.





2 comments:

sea_lavender said...

da mcm sye je jadi ble d ambang exam..bgus la ingt pd fmily.. gud luck exam..moga dpermudahkn sgalanya dan mendapat hasil yg terbaik =)
DUIT=doa,usaha,istiqamah, tawakal.. Insya-Allah Dia akn memberi kekuatan dan membantu, Hnya Dia Maha Pemberi..

Mira_Idora said...

terima kasih atas nasihat.
Ini pengalaman kali pertama dalam hidup berjauhan dengan family dlm tempoh masa yang panjang..
InsyaAllah saya akan lakukan yang terbaik utk parents. amin.. :D