Saturday, September 21, 2013

Powerbank PINENG dari The Faiz Ibrahim

Assalammualaikum.

Hari ni penat sikit sebab aku kena kerja. Tapi takpe demi praktikal, kena dengar cakap bos. Hahaha. Eh, lari topik pula. Aku nak cerita sikit pasal POWERBANK yg nak dekat sebulan aku guna,baru nak update sini. Hahaha.

Aku dah lama usha powerbank yg best dan puas le hati nak pakai. Masa awal-awal perkembangan mengenai POWERBANK ni,aku macam blur apa itu POWERBANK? Bila orang duduk cakap pasal PB,aku rasa macam "eh benda macam kotak tu untuk apa?" , "macam ipongg baru je?". Orang kuno macam aku yg ketinggalan gajet terkini, memang selalu mcm tu.

Bila dah lama-lama, aku kaji selidik apa tu PB. Bila dah kaji, aku fikir berguna juga kalau aku ada PB ni kan? tapi harga dia "mak eihh mahai yee!!". 

Sehinggalah terjumpa The Faiz Ibrahim . Aku saja usha-usha baca dulu, nak beli tu masa tu memang takde bajet. 

Bila dah pakai smartphones cikai ni, hp aku cepat battery low kalau on Wifi. Takkan aku nak bawa plug charger pula kan? So kalau pagi tergesa-gesa nak pergi kerja, sampai dalam kereta battery dah low. Alahai hp ni, time aku perlu kau lah buat hal. 

Bila aku tengok instagram macam artis, blogger terkenal dll dorg dah update pasal PB dari The Faiz Ibrahim ni. Aku macam eh? Bila aku usha lagi sekali, nampak produk PB dia mmg superb ASLI. Tengok testimoni customer dia, mmg berbaloi kalau aku beli. Hahaha. Tak rugi la maksud aku.

Aku pun puas hati niat nak membeli makin membara. Waktu aku usha lagi sekali tu, The Faiz Ibrahim dah ada official laman web okay ??!! Iaitu TFI



Masa nak beli PB tu, memang susah sikit dan memerlukan kesabaran yg tinggi sebab stok dia cepat giler habis !! Aku kena alert kt facebook TFi juga,sambil-sambil nak order. Nasib tak menyebelahi aku masa tu, 2kali aku miss nak order sebab dah habis. Sob sob sob.

Kali ke berapa entah aku view TFI laman web, dah daftar jadi member dulu..terus aku booked order PB satu !. Happy gile sebab aku dapat akhirnya order. Hahaha. Masa tu, redha je kalau dapat lambat. Sebab aku order dalam hari Khamis. Proses email hari Jumaat baru direply, sebab aku bank in duit Jumaat pagi. Hari Selasa minggu depan tu,baru sampai PB kat rumah. Yeayyy !

Tapi serius gua cakap, servis dengan TFi ni bagus. Even macam kes aku,lambat bank in duit dorg still booked utk aku. Sebab ada sesetengah bisnes online ni, dorg tak kasi nak booked lama-lama. aku risau la,takut terlepas PB aku order tu. Bila ber-reply email dengan TFI, dorg friendly sangat. Even lambat, tapi puas hati dengan email dorg balas. Kata-kata yang menyakinkan customer. Ceewwahh !! Syabas TFi.



Inilah PB aku warna GOLD 11,200 mah. Sticker nama tu,aku punya sendiri okay. Dah guna cas hp 6 kali. Ni tengah cas PB sebab dah tinggal 1% je. Berbaloikan? 

Ada PB yang boleh tahan sekali je cas hp,then dah low battery PB dorg. Guna PB Pineng ni puas hati SANGAT sebab produk berkualiti dan asli. 

So kepada anda yg mencari PB yg bagus, bolehlah usha TFi yer. Ada banyak jenis PB kt TFi,pilihlah yg mana korg suka. Confirm puas hati.


No comments: