Wednesday, September 25, 2013

Pengalaman buat kerja.

Assalammualaikum..

Bila perut sudah kenyang,mari menulis di sini. Hari ni aku bawa bekal je, bekal nasi goreng nenek masak. Dari zaman sekolah, aku dah biasa bawa bekal cuma tak selalu jela. Depends pada nenek buat sarapan pagi, kalau dia masak lebih boleh buat bekal.

Tapi pagi tadi, nenek awal-awal dah siap bekalkan untuk aku. Selalu aku buat sendiri,tiba pagi ni nenek masukkan dalam bekas. Aku pun ambil jela, sebab aku malas nak beli makan kt luar. Kalau makan kt luar, harga mahal. Nak menangis aku keluarkan duit nak bayar. Hahaha.

Mahal bukan apa? Order nasi goreng tom yam RM 7.00. Bagi aku mahal sebab aku praktikal takde elaun. Tumpang duit abah & mak utk belanja.

Eh dah lari topik ni?? Aku nak cerita pasal dua hari lepas. Aku parking kereta depan office, letak kupon parking utk SEJAM saja. Dah kotak parking tu tulis besaq-besaq " SILA LETAK KUPON". Aku ingatkan nak parking kejap,memandangkan datang office org kan? Org minta tolong buat kerja je.

Sekali aku buat kerja sampai lewat petang. Masa aku nak solat zuhur, aku pergi ofis lagi satu sebab nk pinjam telekung kakak kat ofis tu. Dalam pkul 3.00 lebih aku solat sebab sibuk buat kerja. Terpaksa solat bergilir-gilir dengan kawan aku sorg.

Selesai solat,aku keluar ofis nak g naik ofis atas. Tetiba !!!!

Aku nampak pakcik memakai pakaian seragam naik motor. Dalam hati aku cakap "kenapa ada Polis kat sini??". Lepas tu,aku terus pandang arah kereta aku parking sebab aku tahu kenapa ada pakcik tu. Depan kereta aku, ada lagi ABANG handsome berpakaian seragam tengah keluarkan SAMAN. 

Aku dengan pantas, berlari pergi naik ofis atas nak ambil kunci kereta nak alihkan kereta. Semput aku lari dahlah kena naik tangga sikit. Huh!

Dapat je kunci,terus aku meluru ke kereta. ABANG handsome berkaca mata coklet tu, tunjuk jari ke arah kereta aku. Aku dengan selamba jawab " Aah, saya nak alihkan !!" sambil senyum sebab ABANG tu handsome. Bangga sebab dapat menumpaskan ABANG tu dari SAMAN aku. Haha.

Kalau kena SAMAN, kena bayar RM 30.00 woii ! Mana aku nak cekau duit. Tak naklah sebab kecuaian aku,nak minta abah duit bayarkan.

Aku ingatkan orang berpakaian seragam aka Majlis Perbandaran Melaka takde lalu tempat tu. Hahaha. Rupanya ada ! Belah petang sikit, dorg lalu. Memang aku tak pernah perasan masa tu, sebab selalu juga datang sini baru hari tu 1st time nampak muka dorang.

Nasib baik ABANG handsome yg hampir-hampir nak menyaman aku. Kalau tak, puas aku nak tackle usha jgn bagi SAMAN. Kalau dapat yg tua, confirmlah tak layan belas kasihan org perempuan. Kehkehkeh !

So the moral of my story, jangan ambil mudah dengan benda remeh-temeh macam kupon parking. Padahal aku paling malas nak pergi tambah kupon parking lagi sejam ke apa? Hihihi. Jangan sangka ABANG handsome tu tak lalu tempat macam tu, dorg lalu mungkin waktu kita tak nampak? Manalah tahukan? Dorg pun nak cari rezeki.


Okay this is my task for today. Kena update database, eh baru tulis data dalam Excel. Belum proceed into database. Hahaha.


P/s : Meja sebelah aku ni pangkat makcik, pakai TAB kau. Yela,makciks zaman sekarang dah pandai guna TAB ni. Aku je tak lagi. Insyallah one fine day,ber-TAB lah kita ! HAHAHA.

No comments: