Friday, October 28, 2011

Today & Tomorrow.

Aku dah lama gila tak update blog. Kalau ada pun, jarang sama sekali. Blog aku dah bosan. Aku yang membuatkan blog ini jadi bosan. Takde apa aku nak ceritakan dan kongsi. Sebab aku rasa aku dah jauh dari semua orang. Kalau aku pergi mana-mana orang macam dah tak kenal aku. Aku tak kisah lagipun siapa aku dimata dorang kan?


Kawan-kawan pun dah lost contact. Kalau ajak jumpa mesti ada je alasan. Grrrr !! Aku pun tak kisah. Dapat sambung belajar jauh-jauh pun dah kira best bagi aku. hehe. *dah start merepek!


Sebenarnya,aku rindu sangat kat kawan-kawan sekolah aku. Rindu kawan baik aku. Tapi entahlah..kalau contact pun dalam Facebook je. Sekadar tengok kau update status cukuplah kan?.


Aku rindu mereka. Mereka pernah jadi sahabat baik aku. Ya Allah..sedihnya.. Mereka dah lupa kat aku ke? Aku selalu beria-ria mesej dorang tapi dah lama-lama mereka lupa. Maybe,mereka busy. Aku pun busy.


nota jiwa : aku tension hadap assignment again ! HAHA.

Tuesday, October 25, 2011

wordless Tuesday.

I don't know since when I love him?
I don't know how can I falling in love?
I don't know how this could be happen.

the reason is I liked him because he's always be with me.

nota jiwa : aku merapu again !

Monday, October 10, 2011

A Friend.

Kita tetap kawan walau apa pun terjadi.

Kawan untuk bersedih sukar dicari,kawan untuk gembira mudah dicari.

Saturday, October 1, 2011

wordless Saturday.


Cuti hari Sabtu,sekejap je.. Dilimpahi dengan assignments yang menimbun.. Ikut mood aku je kalau nak buat,buat kalau tak..tidak ler aku sentuh hingga hari ini.. Mentang-mentang aku ambil kos Sains Komputer..semuanya kena search itu ini..pinjam buku kat library dan else lah kan?


Dan aku dah lama tak update blog sebab busy. Busy dan busy ! Bila duduk berjauhan dengan keluarga aku rasa pagi aku tak bersarapan,tengah
hari makan sendiri. Kalau dulu ada nenek. Sekarang aku sendiri kena handle. Yeahh...itu namanya berdikari.. Walaupun aku duduk berjauhan..nenek sentiasa ingat kat aku. sweetnya nenek aku ! Apa-apa makanan or benda baru ada kat rumah,nenek confirm ingat kat aku.


Aku rasa bulan ni aku boros belanja. Banyak perb
elanjaan yang memerlukan wang. Tanpa wang tak gerak kerja aku dalam buat assignment. Ptptn pula lambat keluar. Aduss..!!



Bajet gila dapat pakai Apple. Haha. Dalam kelas boleh curi-curi online..sementara tunggu lecture laa katakan?? So untungkan jadi budak Sains Komp. Menghadap PC jela.


nota jiwa : Dia sangat sweet dengan saya. FULLSTOP !

Sunday, September 11, 2011

New Semester,New spirit !!



Setelah sekian lama aku dah tak update blog atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. Actually,aku sendiri malas nak update sebab blog aku ni gila. Tak boleh nak tambah followers lagi..ada limit laa. Aku lagi la tak faham apa benda tu. So langkah terbaik,aku biarkan blog aku berhabuk !! HAHA.


Now,aku ada kat Pahang. Tempat aku belajar untuk memulakan sem 1. Aku tahu aku macam lambat tapi bulan 6 & 7 aku menjalani short sem. Bulan 9 baru aku start sem 1. Biarlah orang nak cakap apa? Asalkan aku belajar. 


Seriusly,aku rindu debab. Gambar yang tertera diatas itu adalah adik bongsu aku. Hari tu dia call aku pakai handphone mak den la.. *dia baru Year 5. So sweet dia cakap dengan aku. Aku tahu dia rindu aku,tapi tak nak mengaku. HAHA..


Next week aku balik kampung sebab ada kenduri. Lagipun,sedara mara aku ramai balik. So rugi bagi aku kalau tak balik. Dorang balik sekali dalam setahun. Susah tahu nak lepak sama-sama dengan makcik,pakcik dan sepupu aku. Hanya hari rayalah dapat jumpa mereka sekeluarga. 


Apa-apa pun,sem 1 ini aku nak buat azam baru. Nak serius dalam study. Nak kurangkan cari masalah dan dapat masalah. Semoga Allah memberkati perjalanan hidup aku. Aminn.




nota jiwa : aku nak demam gara-gara minum air sejuk (water cooler).

Monday, August 15, 2011

Pagi Yang Indah



Tetiba pagi ini aku rajin nak meng-online. Sejak dah ada laptop sendiri,bangga?? Maka lepas ini lagi rajin aku nak update blog.


Pagi ini tetiba aku tergerak hati nak blogwalking kat blog yang aku tak pernah singgah dan blog yang aku suka singgah. *perlu ke aku bagitahu ?


Aku ini suka baca blog orang. Bagi aku dengan baca blog dorang aku dapatlah improvekan skills aku dalam menulis dalam blog. Dan kalau blogger yang feymes-feymes ini aku suka juga baca sebab dorang cantik,lawa dan handsome blablabla. Jeles woo..dorang banyak followers. Tapi kadang-kadang aku terfikir dorang follow balik tak orang yang telah follow blog dorang?


Dulu aku memang tak pandai nak guna blog. Aku start ada blog tak silap form 3 or form 4? Tapi sejak aku terbaca satu blog ini,aku rasa aku perlu buat berubah pada blog aku. Yerla,zaman budak-budak tulis pun short form je. Tulis ikut sedap tekak je. Yeah,aku rasa kalau aku tengok older post mesti membosankan post-post aku yang tahun lalu.


Bila aku baca blog sorang Hamba ini,rasa macam menarik pula apa yang dia tulis. Tapi aku puas scroll atas ke bawah..dia ini lelaki ke perempuan?? Kalau perempuan aku interested nak kenal. Kalau lelaki aku kurang minat. HAHA.


Keputusannya,aku tak dapat cari jantina blogger tersebut. Tengok nama samaran macam perempuan tapi dia guna nama pelik pula? Susah betul laa..


Masalah yang sering aku hadapi bila view blog orang baru aku kenal or kenalan rapat :
  • Suka sangat letak lagu. Kalau lagu tu boleh pause takpelah juga. Tapi kalau lagu tak sedap,nak pause macam mana??
  • Suka tulis guna short form. Bagi aku,tu budak sekolah punya taste menulis.
  • Suka letak nama samaran tanpa meletakkan gambar sendiri. Kadang-kadang susah aku nak mengenal pasti siapakah tuan tanah blog tersebut.
  • Suka letak macam-macam perhiasan dalam blog or iklan. So lambat GILA nak loading. Aku geram je. Jalan paling mudah..aku klik "X" kat hujung screen tu.

Aku pernah buat dulu tapi sekarang aku dah berubah. Maklum la,manusia makin lama berubah. Berubah ke arah kebaikan. Dan aku dalam proses berubah ke arah kebaikan. Insyaallah..


p/s : Untunglah ada orang sayang. Merepek !




Sunday, August 14, 2011

Letih.




Ini je aku mampu edit.. Nak edit lawa-lawa pun bukan aku pro dalam blogger ini.
Maaf dan SEKIAN.

Friday, August 12, 2011

Happy Birthday to Me..


entry pendek.
semalam 11Ogos 2011,hari lahir aku yang ke-18tahun. Yess!! Aku makin tua tapi still nampak muda. HAHA. Because i'm teens. Ramai orang wish kat aku. Terima kasih banyak2. Aku rasa terharu bila orang wish kat aku. Ternyata mereka memang cool !! Ingat birthday aku. Paling tak boleh blaahhh..Ustaz sekolah aku masa form5 dulu..wish kat aku. Kata-kata dia membuat aku tergelak je. Terima kasih semua.


nota jiwa : sedih kawan baik lupakan aku.

Wednesday, August 10, 2011

wordless Wednesday.


Okay,pagi-pagi aku dah kena pergi pasar untuk beli barang mentah. Actually,aku tak suka pergi pasar kerana perasaan takut untuk berhadapan dengan orang sekeliling. Tak tahu mengapa tapi itu adalah kelemahan pada diri aku. So masuk pagi tadi dah dua kali aku merempit pergi Pasar. Pasar yang agak jauh dari rumah. Walaupun aku masa itu dalam MOOD tidur,aku merempit juga lah..

Sampai je kedai sayur yang biasa aku pergi,aku pilih barang aku mahu beli. Bila nak bayar,makcik kedai tu kirakan. Masa 1st time aku datang anak perempuan dia kirakan. Bila makcik tu sebut harga rm19.80. Aku hulurkan rm20.00. Dia pulangkan rm0.50. Aku macam pelik? Grrr..makcik ini salah kira ke apa? Rupa-rupanya dia bagi aku diskaun. Hoho..aku rasa bersyukur sebab makcik tu baik hati dengan aku.


Even aku baru lagi jadi pelanggan dia,dia dah beramah mesra. Mula-mula aku datang,aku macam takut nak cakap. Tapi bila makcik tu senyum,aku pun okayy aku pun balas la senyuman dia. Tengok !! dengan senyuman je aku dah ber
asa yakin nak beli kat kedai tu. Dan kerana senyumanlah makcik tu berjaya tarik pelanggan. Senyum itu kan sedekah.


Malam ini aku rasa happy dan terharu sebab ada orang wish birthday kat aku. Sebenarnya esok birthday aku tapi dia wish awal-awal dan siap nyanyi lagi. Sweet wehh!!macam couple je.. Ouchh!!!touching ini.. Bersyukur sebab dapat orang tu.. Haha.. Walaupun awal lagi dia wish,aku tetap hargainya..



nota jiwa : tetiba malam ini happy nak tunggu pukul 12pm. Tapi untuk hari istimewa aku takde sambut pun. : (

Monday, August 8, 2011

08.08.11


Semakin hari aku semakin malas nak update sebab aku tak ada idea yang bernas nak dituliskan.Sebab aku rasa aku makin blur. HAHA. Lepas sahur pagi tadi,aku dapat mesej dari kawan aku. Dalam mesej tu,berbunyi "happy birthday !!!". Aku macam "errrr..bukan hari ini 8hb ke???" Birthday aku 11hb laa.. 11.08.11. Oh,yaa..maybe dia excited nak wish awal.. HAHA.


Okaylah,birthday aku tak lama je lagi..4hari.. Aku tak harapkan hadiah apa-apa dari kawan-kawan sebab aku sudah kehilangan jejak dengan kawan-kawan sekolah aku. Masing-masing dah sambung belajar,busy! Tapi aku tak tahu kenapa aku kemaruk nak sangat kek SECRET RECIPE. Sepotong jadilah ! Asalkan aku dapat mencapai impian aku nak makan kek tu !!..



Kalaulah orang bagi aku kek ini. Memang bertuahlah hidup aku. HAHA. Penat aku pujuk kawan aku minta kek ini. Tapi dia layan permintaan 1st aku je..Takpelah. Aku minta mengalahkan aku makwe dia pula. Okay,we re friends only.


Tahun ini birthday aku jatuh pada puasa yang ke-11. tahun lepas 1st puasa. Aku rasa bersyukur sebab jatuh pada 1st puasa.



nota jiwa : aku nak kasut baru untuk Raya sebab kasut aku dah rosak. Mana nak korek duit wehh??!! arrghhh!!

Wednesday, August 3, 2011

Bilalah aku BOLEH kahwin?


bila aku tengok video FARAH & JOHAN kahwin..aku excited rasa MACAM nak kahwin.



*sangat cute bila dia pakai baju pengantin.



*sangat lawa pelamin mereka. jeles gilerr..!!



Aku memang pernah perasan nak KAHWIN tapi..?? I'm still young wehh... Belajar itu lagi penting dari segala-galanya. Ayat-ayat poyo aku..! Kalau ada jodoh,adalah kahwin. Tengok gambar orang bertunang pun dah rasa macam nak juga. Nafsu ! Subhannallah.. Hehe..


nota jiwa : aku tak faham kenapa mesti aku dapat susah? Kenapa suka menyusahkan aku? Aku ni patung ke? Aku ada perasaan lah wehhh!! sabar..


Thursday, July 21, 2011

homesick +++


Dah lama tak update. Busy. Lagipun,aku takde laptop. Pinjam kawan punya jela. Now aku sedang berposak nak siapkan assignment. Walaupun TIGA subjek je untuk aku short sem. Tapi assesment memeningkan kepala aku. Haha.


And now,aku rindukan rumah.. Huh,dapat balik bulan puasa. Okey la tuh.. Duit PTPTN entah bila nak masuk entah? Aku dah risau..Takpelah,tunggu sampai lebam..


Nota jiwa : err...soul-stirring??



Saturday, July 2, 2011

Santau.

Malam tadi bosan so kawan aku buka movie pakai lappy dia. Cerita SANTAU. Yeah,cerita hantu senang katalah kan?. Aku ni sangat takut kalau cerita hantu. So kalau tengok jelmaan hantu tu dalam movie ke cerita kat TV aku akan terjerit. So malam tadi ada lah babak aku terjerit. Normal lah kan? Aku memang camtu. Penakut!


Then,bila nak tidur malam aku rasa tak boleh nak tidur. So aku dah gelisah. Bila dah dapat lelapkan mata..subuh pown aku langgar je. Maksudnya,aku tinggalkan. Hehe. Sebab aku tersedar pukul 5 lebih pagi. Aku dengar azan subuh. Tapi aku rasa perasaan takut aku ada dalam jiwa aku. So aku bantai tidur balik. Last-last aku tersedar pukul 7.30am. Aku takut sebab nak pergi tandas. Dah lah,tandas level aku banyak pintu. Room mate still tidur masa tu,aku tak nak la ganggu dorang. So I continued my sleep jela.


Lepas ni,aku tak nak tengok cerita menyeramkan time malam. Nanti susah nak tidur. HAHA. Aku pernah trauma masa kecik-kecik sebab takut. So aku tak nak benda tu berulang lagi. Sekian.



nota jiwa : aku rasa lapar. Dah sebulan aku skip sarapan pagi sebab nak berjimat berbelanja.

Sunday, June 26, 2011

wordless day.


seriusly
aku bosan duduk dalam bilik ni. Ini pon laptop kawan aku. Nasib baiklah kawan aku baik hati bagi pinjam. Aku belum makan lagi. Rasa macam takut nak makan,duit nak dekat habis. HAHA. Aku bukan boros belanja tapi itulah hakikat kalau tengok orang makan itu,kita mesti nak juga kann??


Takkan aku tak nak beli,nanti ingat aku nak saving sangat. Tapi aku pantang tengok sayur KANGKUNG & KAILAN. Mesti nak beli untuk makan dengan nasi. Seriusly,aku budak kangkung & kailan.*mak gelarkan aku camtu.


Aku kalau update tak boleh nak upload gambar. Yerla,ini laptop kawan aku bukan aku punya. Kang rosak tak pasal-pasal kena marah. So kalau entry aku membosankan..JANGAN BACA..tengok je... *HAHA..


Tadi aku mencuci mata dengan melihat blog orang dan melihat video orang kahwin. Hari ini aku rajin sikit nk blogjalan. Selalu malas. Tengok video orang kahwin,terasa macam nak kahwin lah pulak?? *eishh,gatal sekejap!. Bestnya tengok orang kahwin,pakai baju lawa-lawa,majlis tersergah indah...wow !! Itu hanya perasaan aku semata-mata. HAHA. No komen bab kahwin.


Nota jiwa : aku agak cerewet sikit bab kebersihan. OMGGG!! aku kena sabar banyak-banyak.

Friday, June 17, 2011

Homesick. grrr!!!

seriusly,aku rasa rindu giler rumahku..
jadi orang Pahang lebih kurang 2 minggu lebih kot..??
rasa rindu dah lama tak makan makanan masakan nenek tersayang.


btw,aku sedang mencuri meng-online di makmal komputer.. Al maklum la,aku tak de lappy sendiri. best,masuk kelas sambil online. *jangan ikut mcm aku..



nota hati : kehidupan ini sangat mencabar.
tapi aku rasa kekok dah lama tak update.

Friday, May 27, 2011

Wordless Friday.

Hari Jumaat lah paling aku malas. Pagi tadi pula hujan lebat giler !!! Petir sambung menyambung,kilat memancar-mancar..dll.. Aku bangun tidur terus rebah tidur balik kerana terlalu lena..untuk aku sambung tugasan aku...dengan cuaca sejuk nyaman. HAHA.



Petang aku hang out dengan kawan-kawan tersay
ang iaitu Zati & Naziah. Pertemuan kami untuk kali terakhir sebelum kami berpisah. Antara kami semua dapat sambung jauh nun hujung peta,PERLIS,PAHANG dan last sekali KUALA LUMPUR. Takpelah,masing-masing sambung belajar je.


Mood : jangan mudah putus asa.

Wednesday, May 25, 2011

1st experience

1st time aku tengok wayang tahu ! Rasa macam seram sejuk bila duduk dalam wayang tuh. Al maklum laa,1st time la katakan? Lepas SPM dapat menjejakkan kaki ke wayang tuh. Dulu dok dengar cerita mak angah story mory kata best kalau tengok wayang ! Aku pula masih sekolah macam mana nak pergi der? Sekolah diutamakan dahulu. *masa form5,2011.


Masa tengok tu,ingatkan nak tengok "NUR KASIH THE MOVIE" tapi abang aku pula tak nak ikut masuk nanti. Nak tengok "FAST & FURIOUS 5 "? Tak
de pada hari tu. Tengok la "PIRATES OF CARRIBEAN" je. Dalam hati nk sangat tengok "NUR KASIH THE MOVIE". Ramai cakap best la apa laa.. HAHA.. Takpelah. Aku tak kisah.




mood : mengira detik,masa,waktu,saat,jam,minit dll untuk pergi...

Friday, May 20, 2011

Pening.

Rindu nak update !! *straight to the point jelah!!


Petang tadi aku,Angah & Mak pergi BIMB (bank Is
lam) der.. Mak suruh aku tulis borang nak bayar yuran pengajian aku. Aku punyalah bengap tak tahu pape tulis jela apa yang disuruh. Tetiba sampai je dalam borang suruh tulis nombor MATRIK aku. *kesalahan pertama aku kat sini !. Time ini aku tak perasan borang suruh 'PASTIKAN JE' nombor MATRIK aku ada dalam slip pembayaran tu nanti.


Datang ler GUARD BIMB tu. Konon-konon nak tolong selesaikan masalah aku. Last-last aku perhatikan dia pown tak tahu. Tapi pura-pura tahu. Geram aku. Lepas selesai tulis slip pembayaran. Guard bagi nombor giliran 1001. Wo
w! aku ingat lagi. HAHA. Bila turn aku,akak kat kaunter tu kenal aku. Aku pown senyum kat dia.


Bila dia buat,mak terangkan masalah pasal nak kena tulis nombor MATRIK kat slip pembayaran tu nanti. Akak tu pown dah nak confius. Last-last
dia cuba tolong bacakan untuk aku. Wow ! baiknya dia. Baguslah orang macam tu. Rupa-rupanya kena PASTIKAN je nombor matrik aku ada tentera kat slip pembayaran je. Adus,guard tu lah masuk campur jadi ape je...Lagi mengeruhkan keadaan derrr..!!!


Bila dah sudah,tetiba Angah datang kat aku. Akak k
at kaunter tu macam terkejut. "eehhh!! kembar ke?????!!! ". Aku buat muka mengeluh sebab dah banyak kali orang kata kami kembar. Tapi aku senyum je. Mak gelak dan jelaskan kat akak tu kami selang setahun je. HAHA. Barulah akak tu percaya.



Mungkin kami nampak seperti kembar sebab ketinggian aku dengan Angah lebih kurang sama je. Aku nak gelak je bila orang kata kami kembar. Peh-liss laa..aku adik Angah akak. Beza setahun je. Dulu masa kecik-kecik boleh la pakai baju sama kaler,fesyen,bentuk,corak & dll. Tapi sekarang bila dah dewasa kami berbeza citarasa. Terutama aku ! HAHA.


mood : pening kepala sejak buat x-ray semalam.

Monday, May 16, 2011

Haruskah.




kenapa aku perlu bersedih pada orang yang dah tak sayang aku.
aku akui sekarang aku mendiamkan diri dan terus menyepi.


mungkin takdir aku untuk berpisah dengan kawan-kawan aku.

Sunday, May 15, 2011

New friend & new relationship.


yeay !!! akhirnya jumpa juga kawan-kawan baru !!


masa mula-mula dapat tawaran. Aku punyalah SEMANGAT cari kengkawan kat dunia siber ini *FACEBOOK. Masa mula-mula cari tak dapat. Cari punya cari,last-last jumpa PAGE UMP. Aku pown like laa. Berapa hari kemudian,tak ada sebarangan respons walaupun aku dah tinggalkan komen. Selang seminggu kemudian,barulah ada orang meng-gomen wall aku buat tu. Alhamdulillah..dapat jumpa kawan-kawan baru. Setakat ini baru ada TIGA orang yang sama kos dengan aku.



Rabu minggu depan 18.05.2011 aku last kerja. Walaupun macam sedih dan berat hati nak berhenti tapi aku relakan jua. Aku akan tinggalkan semua orang yang aku kenal,tegur,berkenalan ? *err..maybe. Dan juga orang-orang yang aku sayang..aku akan tinggalkan. Aku akan berpisah dengan mereka semua 31 Mei 2011 nanti. bye bye guys.


mood : terasa malas nak berfikir untuk listkan barang nak beli.