Friday, February 24, 2012

Bila rindu menjelma.

Sekarang aku agak busy sebab banyak perkara yang perlu aku settlekan. Tadi masa tengah jalan-jalan,tetiba dapat panggilan dari nombor mak. Aku hairan. Bila angkat rupa-rupanya adik bongsu aku call. Cakap suruh on laptop nak webcam. TERHARUU !!! Sebab dia rindu aku tapi tak nak mengaku. Dia cakap main-main je hari tu.


Seriusly, sangat bangga sebab dia ingat aku. Terharu la sebab tak sangka dia rindu aku walaupun dia selalu buat dajal dengan
aku. Aku malas nak layan perangai budak-budak ini. So sweet.. !!



nota jiwa : aku rindukan family aku tapi aku terpaksa pendamkan. Aku perlu tabah.

Saturday, February 18, 2012

wordless Sabtu

Sudah seminggu aku duduk di sini. Ada masa aku bosan,aku layan Facebook jela. Kadang-kadnag dengar lagu. Sampai nak lebam telinga aku pakai earphone. Petang nanti aku nak pi bandar jalan-jalan. Lagipun aku nak beli barang keperluan aku je.


Semester kali ni aku bawa 7 subjek. 5 subjek kos aku, 2 subjek universiti. Subjek kos aku semua susah. Gara-gara komputer,semuanya killer-killer. Tiap kali masuk kelas, lecture aku cakap "subjek ini berat dan susah". Perghh ! Confirm la aku terpinga-pinga dalam kelas bila lecture mengajar.


Semestinya aku kurang arif benda-benda mengenai komputer ini. Aku takde basic Komputer pun. Sebab memang aku tak minat. Tapi bila dapat tawaran ni,baru aku menjinakkan diri dalam komputer. Sikit-sikit boleh la kalau nk suruh repair komputer memang tidak laa. Hahaha.


nota jiwa : hiraukan orang sekeliling.

Saturday, February 11, 2012

Pahang.

kira-kira pukul 4.00pm tadi aku dengan parents + nenek selamat sampai di kampus aku. Perjalanan kira-kira 3jam lebih. Itu pun banyak dugaan duduk dalam kereta. Masa sampai je,aku perasan seorang roommate aku sama-sama sampai dengan aku. So aku pun puas hatilah,malam ni bukan tidur sorang-sorang.


Masa nak naik tu,aku rasa macam malas je nak angkut barang-barang aku tingkat 3. Banyak kot barang aku tu. Tak terdaya aku. Nasib baik mak dengan nenek tolong. Cepat sikit. Bila separuh barang dah selamat bawa bilik,aku dengan mak turun balik angkat lagi. Bila semuanya dah selesai,barulah mak dengan nenek dapat rehat sekejap.


Lepas mak dan nenek seusai solat,aku pun siap-siap nak hantar dorang ke bawah dan balik. Abah bagi duit belanja. Aku salam mereka semua. Mak cium aku. Terharu. Tiap kali aku nak balik Pahang,mesti mak buat camtu. Sebelum ni jarang. Bila dah sudah mak, air mata aku merenek perlahan-lahan. Tapi aku tahan masa tu.


Lepas dah sudah,abah pun cakap nak gerak balik dan "jangan nangis pula !". Last-last aku nangis sebab sedih mereka tinggalkan aku. Lagi-lagi bila tengok muka nenek,lagi aku sedih. Aku rasa macam tak dapat nak tahan. Terus lepaskan nangis tu. Aku abaikan orang lalu sebelah aku. Aku rasa cuti sebulan macam sekejap je. Tapi apa boleh buat, aku harus teruskan perjuangan aku di sini.


nota jiwa : dah mula rindu mereka.

Thursday, February 9, 2012

Final Result.

Finally,semalam petang aku boleh check result. Dari pukul 12pm sampai 3pm,aku check tak boleh. Server UMP busy. Sabar jela aku. Aku check tu pun sebab kawan aku dah text aku tanya aku dapat berapa? Masa itu aku belum check lagi. Lepas tu,terus aku capai laptop online.


Alhamdulillah result aku lulus semua. Walaupun tak capai target aku impikan tapi melepasi garisan maut. HAHA. At least, aku senyum lega dapat result tu. Berbaloi dengan usaha aku selama ni. Amin. Aku redha. Sem 2 ni aku kena perbaiki lagi kelemahan aku.


nota jiwa : aku percaya Allah itu maha adil

Wednesday, January 25, 2012

two weeks left.

Okay,cuti aku berbaki lebih kurang 2minggu sahaja. Aku takde buat pape pun,selain menunggu duit ptptn masuk. Sebab aku nak beli barang sebelum balik sana. Jenis aku suka prepare barang siap-siap,sampai sana aku tak perlu risau nak pergi bandar. :D


Hari demi hari,aku menghitung hari untuk mengetahui result aku. YA Allah,aku dah usahakan yang terbaik. Aku serahkan segalanya kepada Allah. Mudah-mudahan dapat result yang memuaskan. Amin.


Now,printer aku buat hal. Hopefullly dapat memulihkannya sebelum dibawa balik ke Pahang. Huh! Start bulan 2,aku akan start sem 2. oomaaiiiderrrr,aku macam tak percaya aku nak masuk sem 2. really?? Oouch,sukar untuk aku percayai. Sepanjang hidup aku di UMP,aku sudah lali dengan jatuh dan bangun dalam mengecapi kejayaan. Aku dah puas dengan perangai manusia. Biarlah mata aku ini yang melihat,hati yang terasa.


Mungkin yang baik dari Allah,yang buruk dari aku. Lagipun , aku hanyalah manusia biasa. Aku mampu melakukan yang terbaik untuk memajukan diri aku. Aku bukan anak orang kaya,pandai dan boleh dapat result bagus-bagus. Aku sedang belajar hidup susah dahulu. Aku percaya setiap kesusahan yang aku lalui,Allah akan berikan kesenangan suatu hari nanti.


nota jiwa : hidup itu indah jika kita hargai setiap saat berlalu.

Sunday, January 15, 2012

Home sweet home.

Okay, lebih kurang nak seminggu aku duduk rumah. Alhamdulillah,akhirnya selesai tugas aku menghadap final exam. Rasa bersyukur sebab ringan beban aku. 10.01.2012 aku bertolak balik Melaka menaiki bas.


Baru sekarang aku dapat update blog sebab kesibukan tahap menggila. Well,lepas habis jawab paper aku kena kemas barang-barang penting untuk disimpan. Sebab cuti sem sebulan. Kena make sure bilik selamat untuk ditinggalkan. Malam nak balik esoknya tu,aku tak boleh tidur. Dua malam sudah aku tak boleh tidur. Tak tahu kenapa?


Okay,sepanjang minggu exam. Aku rasa macam err...tension la juga. Kadang-kadang kita dah study satu perkara tu,then bila exam betul kita buat silly step. Aku macam erk..!! Takpelah,aku dah berusaha. Now,aku tawakal dan berdoa kepada Allah. Mudah-mudahan dapat result memuaskan.


Disamping itu,ada perkara pahit yang aku takkan lupakan sampai bila-bila. Aku tahu benda tu salah tapi aku malas nak nasihat orang sebab bukan orang nak dengar. Aku cakap sekali je. Maksudnya,aku nasihatkan sekali je. Terpulang kat orang tu nak dengar or tidak? Meniru itu adalah dosa.
Lu fikir la sendiri.


Walaupun aku dah pernah alami situasi macam tu. Aku pernah juga buat macam tu MENIRU dan hasilnya AWESOME. Tapi akhirnya, aku bangga dengan result tanpa berusaha???. Useless gila weh. Aku insaf tak nak buat lagi. Sebabnya aku rasa cukuplah aku tipu parents aku kalau dapat result cemerlang tanpa berusaha. Tak berkat la senang.


Aku tahu aku slow learner but at least I try to beat the weakness ! Aku belajar dari kesilapan. Normal la manusia tak pernah bersyukur dengan nikmat Allah bagi. Sampai ambil jalan singkat nak meniru dalam exam. Pleaselah,kalau kita boleh bangga dapat result cemerlang,suatu hari nanti kita akan dapat balasannya balik.


Terpulang dekat diri orang tu sendiri,kalau rasa nak masa depan yang cerah..kenalah usaha keras dari sekarang. Aku telah banyak lalui macam-macam keadaan yang telah diciptakan oleh manusia yang riak dan takbur. Nak dapat pointer highest must put extra effort to get it.


nota jiwa : mood aku berubah-ubah nak update macam malas gila.





Thursday, January 12, 2012

Pendek & ringkas.

bosan duduk rumah. Kalau ada kat Pahang,heboh nak balik. Bila ada kat Melaka,nak balik sana pula. Haish !

Tuesday, December 27, 2011

It's all about human behavior.

First story:
Cerita aku ini pasal printer. Kebiasaaannya orang macam aku yang ada printer selalu jadi mangsa. Sebabnya? Orang nak tumpang print. Pada awalnya,aku tak kisah orang nak print..tapi kadang-kadang menganggu masa aku. Tak kira masa aku rehat lepas balik kelas or nak study.


Pernah sekali tu,aku baru je habis kelas. Dan macam biasa aku mandi,solat dan basuh baju then tidur. Sebelum aku basuh baju, tetiba kawan datang nak print. Seriusly,masa tu aku penat sangat.. Kepala aku sakit. Aku nak tidur. Hak aku lah kan nak buat apa? Tapi kawan tu bagi impression yang annoying. Aku cakap baik-baik kot masa tu.


Ya Allah,aku rasa sakit hati masa tu. Bila aku masuk bilik,roommate aku cakap dia cari aku dari tadi tapi masa tu aku ada kelas. Aku boleh buat apa? Dah masa kelas aku padat. Senang cerita,masing-masing beli printer sendiri. Tak payah ganggu masa orang lain. Dan hormati keputusan orang lain.



Second story:
Bila dah nak final,baru terkial-kial cari nota hitu hini. Ini namanya last minute action. Aku kurang berkenan perangai camni. Come on la,dah besarkan? Spent time wisely with studies. Aku pun cari nota,minta lecture. Paling senang,aku print out nota tu. Senang nak baca. Tak perlu selalu nak on laptop.


Kenapa aku boleh belajar hidup susah demi mencari nota mengapa tidak orang lain? Kadang-kadang bergantung pada diri sendiri. Nak berjaya perlu berusaha keraskan? Aku tak kisah nak share ilmu dengan orang. Tapi dalam keadaan nak nazak nak final ini..hurmm..fikir-fikirkanlah..


nota jiwa : sakit mata aku wooiiii...

Kuatkan hati aku.


Aku rasa macam tak percaya minggu depan nak final. Aku cuba berjinak-jinak dengan buku tapi ternyata aku lebih suka baca sekejap. Aku perlukan hint apa yang keluar untuk satu subjek ini. Sebab nak harapkan aku baca satu buku yang tebal gedabak tu !! Memang hampeh laa.. Setahun pun tak khatam.


Aku rasa macam nak jadi Dena Bahrin je. She's cool girl. But aku rasa diri aku banyak kekurangan lagi. Aku perlu isikan kekurangan itu. Kadang-kadang aku rasa perangai malas aku makin berleluasa. Aku makin liat nak bangun pagi sebab kelas dah takde. So aku rasa kalau malam tu aku tidur,esok tak de benda penting nak kejar? So tidur jela.


Dan pagi tadi,aku update gambar kat muka buku. Dan aku tak sangka,mak aku komen post aku kenapa aku letak gambar tersebut? Aku rasa terharu sangat sebab mak yang komen. Mak bagi kata-kata semangat walaupun berjauhan. Yeahh! Adik-beradik aku semua ada kat rumah kecuali aku sorang. Dan aku sedih tahun ni,sambut tahun baru sendirian.


Sepanjang life aku kat sini. Aku rasa bangga sebab boleh continued life without family aside. Family is everything to me. Aku bersyukur sebab parents aku still alive. Alhamdulillah. Even aku dengar cerita dari seorang sahabat aku,yang sahabat dia dah kehilangan bapa beberapa hari yang lalu.



Setiap kali aku nak ambil test,aku mesti mesej mak supaya doakan aku. Aku start buat sejak aku belajar kat sini. Bagi aku,ambil berkat. Kawan aku ada cakap, "kita tengok gambar parents kita pun dah dapat pahala". Setiap kali nak jawab test, aku ingat mak dan abah. Mereka adalah supporter saya paling hebat !


nota jiwa : Ya Allah,berikan aku kekuatan dan permudahkan urusanku.





Saturday, December 24, 2011

Study Week make me crazy.



Ya Allah , aku harus hindari perangai malas. HARUS! Sebab aku perlu focuskan study. Even short sem aku dapat pointer cun ! Sem 1 aku nak lagi cun,biar kasi parents aku senyum lebar. That's my promises.Walaupun ada beberapa subjek aku kurang minat tapi sekarang aku dalam proses menjinakkan diri nak study subjek tu. NOTHING IMPOSSIBLE.


Dua hari lepas, aku sakit pening kepala. Tak pernah aku pening teruk macam tu. Aku call mak pagi tu, sebab aku tak larat sangat nak pergi kelas. Nasib baik pagi tu kelas satu je dan hari last kelas. Tapi aku kuatkan semangat aku nak bangun dan bersiap pergi kelas. Sebelum pergi kelas,aku sarapan roti. Tapi lepas tu aku mual.


Ternyata pada hari tu, Allah nak uji aku. Aku rasa down gila sebab sakit macam ni jauh dari keluarga. Kawan-kawan ada yang ke kelas. Aku tak nak susahkan kawan-kawan aku. Malam tu pula,aku ada final test. Lagi hebat la kepala otak aku nak study petang tu.


nota jiwa : bila aku nak study ini,asyik layan lagu.


Monday, December 19, 2011

admire her

*gambar kabur SORRY !


lepas Magrib aku nak cari something kt Google. Namun hati aku terdetik nak cari blog Dena. Finally, aku jumpa. Bangga ! Aku kenal dia since aku tengok video dia semalam. Pasal dia macam mana dia boleh tunang? Awesome gila ! I'm proud of her. Lepas tu,aku dok usha-usha blog dia. Baca post dia yang lalu.


Seriusly,dia gadis yang cool !. but still as muslimah. Walaupun perwatakan dia yang gila-gila (about her kat blog dia). Memang aku bangga dengan dia sebab dia terima jodoh pilihan keluarga dia. Baca post dia pasal malam lepas buat solat istikarah, lagi aku terharu sebab keesokkan harinya dia cakap kat mak dia..dia setuju terima lelaki tu. Mak dia hug dia and cried. Ya Allah,if aku ada kat tempat dia. Aku rasa aku pun boleh nangis.


nota jiwa : yang baik dari Allah. Kita manusia mampu merancang,Allah yang menentukan.

Stress much


Aku dah berusaha apa yang aku mampu buat. Aku redha.

Aku tak nak ungkit apa-apa. Aku tahu hati aku betul-betul sakit. Aku pendamkan.
Aku hampir nak menitiskan air mata. Tapi aku tahan.
Aku hampir rasa nak down, tapi aku kuatkan semangat aku.
Aku perlukan mak tersayang disisi,namun aku tak mampu nak meluahkan kepadanya. Aku tahu aku akan menangis.
Aku tahu aku tak bijak macam orang lain,sekurang-kurang aku cuba.

#Baru aku tahu,betapa susahnya nak berjaya kalau tak ada usaha yang tinggi dan tak pernah putus asa. Teringat kat abah.


Ya Allah,permudahkanlah urusanku dan tabahkan hatiku.


nota jiwa : i need my mom.

Friday, December 16, 2011

Hari paling aku malas nak bangun.

Jumaat-Aku kelas start pukul 10am. Start lambat so lepas subuh..aku sambung pelayaranku ke London. HAHA. Last-last aku terlajak..tak sedarkan diri sampai 9.41am aku terjaga. Hamek kau ! Membuta lagi. Bangun lambat. Takde siapa kejutkan aku.


Dah lah pagi tadi jawab kuiz. Aku baca lain,lain yang keluar. Memang senget !!. Takpe..aku redha je.. Btw,assignment aku menimbun. Aku tak start buat lagi. Teruk! Busy sangat dengan kerja lain sampai aku abaikan kerja paling utama. Ya Allah,permudahkanlah urusan aku nak dekat final ini. Aminn.


nota jiwa : yess,he's mine.

Wednesday, December 14, 2011

wordless Wednesday

Sekarang aku selalu busy. Next week,aku ada Final Test. Dahlah subjek tu susah..tapi aku kena belajar juga. Takpelah bersusah sekarang. Aku juga tak sempat nak balas blogwalking. Sorry guys ! Kalau aku free,aku drop kat blog korang okay?


Lagi berapa minggu je aku nak dekat Final. Ya Allah,sungguh ku tak percaya. Malam ini ada kelas ganti lagi sekali. Yeah! sangat lah geram..tapi nak tuntut ilmu.. Aku harus berkorban masa.


nota jiwa : miss him. <3

Tuesday, December 13, 2011

Busybody.

Suka hati aku lah nak online pakai apa? Tak perlu nak dengki dengan aku. Hak aku,aku punya suka okay ! Kau memang annoying gila ! Tak perlu buat baik dengan aku untuk dapat ilmu aku,kalau dalam hati kau tak ikhlas. Aku tak suka kawan macam tu. Pleaselah,aku dah fet up benda ini semua. Aku penat.


Ya Allah,permudahkanlah urusanku...


nota jiwa : hate this part !

Sunday, December 11, 2011

Jadual Final sudah keluar

Yeah !! Jadual yang aku tunggu sudah keluar. Memang dah lama aku tahu jadual exam tu. Haha. and jadual tu ada save dalam pendrive aku. Sekarang aku rasa macam malas nak study sebab?? bila sekali aku buat kerja,aku tak dapat selesaikan. Aku frust. Itu aku.


Lagi satu,kelas Programming aku selalu BATAL. Dah confirm la aku banyak benda tak belajar lagi. Kelas lain dah belajar lebih, kelas aku jauh ketinggalan. Geram. Dahlah,dalam kelas lecture ajar benda BASIC..kalau dapat lab sheets buat yang advance punya. Sabar jela.


Aku memang suka kalau kelas batal. Nak pula kalau lecture yang garang. Lagi aku suka. Tapi lecture garang,tak pernah skip kelas. Sentiasa ada kelas. Kalau kelas batal,pasti ada kelas ganti. Sebabnya,kelas tu subjek susah. Kalau kelas habis awal,aku suka. Sebab aku sudah stress,aku perlukan rehat + perut lapar.


Aku selalu mengantuk dalam kelas. Nak pula,kalau malam tu aku tidur lewat. Esok gerenti aku terlentok-lentok dalam kelas. Selalunya,kalau aku terlelap hanya untuk seketika je. Tak pun,aku dengar lagu Mp3. Sebab tu Mp3 aku sangat berguna ! Haha. Ke mana saja aku pergi, always be with me.


nota jiwa : aku perlu study dari sekarang.



Saturday, December 10, 2011

Annoying Much.

Kadang- kadang aku boleh sabar dengan perangai manusia ini. Tapi kalau dah buat perangai melampau tuh. Memang patutlah aku bengang. Seriusly,aku tak tahu kenapa manusia zaman sekarang mulut manis-manis. Bukanlah aku nak kutuk tapi aku sendiri terasa kalau apa orang tu cakap? Nak pula kalau sindir menyindir? Pfftt!


Fine,kalau tak suka aku. Ignore je aku okay? Tak perlu nak berdendam dengan aku ke apa? Sebab aku jenis tak suka nak berdendam dengan orang lain. Kalau kau tegur aku ada masa tertentu je,baik tak payah tegur langsung. Aku pun tak kisah takde kawan macam kau. Aku ini ada perasaan. Mungkin bagi kau mulut kau tu cakap lepas..tak semua orang boleh terima apa kau cakap?


Fikirlah sikit..kau ada akal. Gunakan akal kau sebaik mungkin sebelum orang lain sakit hati dengan perangai kau. Aku memang terasa apa orang buat kat aku. Tapi aku diamkan diri. Takpelah, orang nak buat kita. Nak buat macam manakan? Redha jela. Semoga Allah merahmati mereka. Amin.


nota jiwa : aku kena minatkan Computer Architecture and Organization. Kenapa ramai cakap susah? Sebab dia KILLER SUBJECT !.. Aku cuba fahamkan !!



Friday, December 9, 2011

My feeling.


Aku tak tahu kenapa manusia zaman sekarang talam dua muka. Ada masa baik dengan aku,ada masa tidak? Fine,kalau tak suka aku. Takpe. Aku lebih selesa bersendirian.


Sekarang,aku memang cepat stress. Sebabnya dah nak dekat final. So aku busy dengan assignment segala bagai. Aku kena manage masa aku sebaik yang mungkin. But kadang-kadang aku lemah..aku tak kuat nak hadapi stress. Aku akan mula menangis.


Pernah aku pendam perasaan aku tu,sampaikan rasa nak je jerit panggil mak aku kat Melaka. Aku tak boleh tahan. Aku bengang gila masa tu. Aku tak tahu apa jenis manusia yang buat dajal dengan aku tu. Huh !


Kadang-kadang bila kita nak berjaya,ada je penghalang yang datang. Bila kita berusaha,ada je orang memintas jalan kita. sesungguhnya Allah nak menguji aku,aku redha. Aku mampu teruskan perjalanan hidup aku ini.


nota jiwa : kat FACEBOOK pun boleh bergaduh dengan adik aku yang sengal tu.

Saturday, December 3, 2011

saturday

Aku cuti sem nanti balik naik bas. Sedih. Sebab parents aku kerja. Mereka datang hari Ahad angkut barang-barang. Isnin (9.1.2012) aku habis exam lebih kurang tengahari. Tak tahu nak balik petang tu atau tak? Depents pada jadual aku. Aku nak join jadi Fasilitator. Tapi aku tak tahu kat siapa aku harus cakap?

Kalau ada rezeki balas mesej Miss tu,ada lah tu. Insyaallah.


Hari ini,aku bosan sebab roommate aku semua hang out tengok wayang tapi aku tak ikut. Sebab poket aku dah kering. Aku belanja ikut kemampuan aku je. Nak shopping,tengok wayang gila bagai takde lah. Aku tak nak susahkan parents aku. Biarlah kawan aku nak cakap aku ini tak bergaul ke apa? Memang aku mengaku aku jenis macam tak bergaul tapi kalau dah duit takde,nak buat macam mana? Aku bukan anak Raja ke Sultan? Aku dari keluarga yang sederhana.


Sekarang aku takde mood nak study !!! *grr


nota jiwa : terlalu bosan.

Friday, December 2, 2011

FINAL sudah malii !!


Dah bulan DISEMBER aku still cenggini. Dah nak dekat study week. I'm still liked dulu. Aku jenis susah nak move on study hard sebab environment sangat la tidak sesuai untuk aku study dalam keadaan aman. Aku sedih giler sebab dorang tak faham keadaan aku. Aku tak tahu nak cakap apa?


Sometimes i feel so down. Aku rasa hina sangat aku tak macam SPM dulu. Dulu aku rajin stay late sampai pagi nak study punya pasal. Bila sekarang aku selalu fikir which one the best way I can solve my problems?


Bila aku berjauhan dengan family. Aku dapat rasakan aku boleh muhasabah diri sendiri. Walaupun fikiran aku buntu nak selesaikan masalah dengan assignment banyak,projek dan segala bagai?? Aku cuba yang terbaik untuk buat yang terbaik. Aku tahu aku boleh buat. Aku nak berjaya dengan berdiri diatas kaki sendiri. *betul ke ayat aku ini?


Setiap tugasan yang aku dapat, aku cuba buat sebaik mungkin. Walaupun aku takde basic COMPUTER aku cuba sampai lebam. Aku percaya Allah sentiasa berada di sisi kita. Sesusah mana pun tugasan itu, insyaallah aku akan selesaikannya.


nota jiwa : Don't judge book by its cover.