Wednesday, August 17, 2016

Ujian dari Allah swt

Assalammualaikum

Allah makin dah nak habis cuti, banyak betul benda nak kena settlekan. Yela cuti duduk rumah, bukan aku goyang kaki je. Aku tolong nenek uruskan kerja rumah. Kalau time mood rajin, aku handle semua. Tapi kadang-kadang aku curi tulang sikit. hahaha


Time siang sibuk settlekan rumah. Time tengah malam, baru dapat buat kerja aku. Cuti ni Supervisor dah minta proposal. Haishh ! Nak pula Proposal Defend diawalkan ke minggu kedua nanti. Matilanak !! 


So buat masa ni, aku banyak spent masa kat rumah je. Aku kurang nak keluar rumah sebab entahlah takde hal nak buat, lepak rumah jela. Btw, aku cuti ni mmg duit takde weh. Harapkan duit mak abah jela. Nak kerja, kesiankan nenek pula. Adoi. Nanti dia sorang-sorang kat rumah. 

Awal bulan Sept, aku dah nak start semester baru. Semoga Allah swt permudahkan. Aku malas nak taip panjang, ini stop kejap sebab takde idea nak menulis proposal. Hahaha.

Wednesday, August 3, 2016

Cuti tiada makna

Assalammualaikum.

Tetiba aku rasa macam "Serius cuti aku baki sebulan je? Macam tak best je duduk rumah saje". Ye cuti ni aku tak kerja pun sebab aku kesiankan nenek (belah mak) , dia pun nampak je sihat tapi kadang-kadang mengadu sakit pinggang la, sakit itu ini. Aku mengenangkan dia sorang kt rumah buat kerja rumah.

Tapi benda paling sedihlah, apabila orang dapat gaji beli itu ini . aku hanya mampu pandang jela. Nak beli pun tak ada duit. Rasa macam segan nak minta duit parents tapi entahlah. Dilemma betul duduk rumah ni. Banyak benda aku fikirkan. Hmmm.


Thursday, July 21, 2016

Al fatihah

Assalammualaikum.

Pada Ramadhan yang ke-19, aku dapat berita kematian nenek belah ayah sudah pergi menghadap ilahi. Masa tu, aku baru sehari selepas selesai exam. Exam Khamis pagi tu, petang tu dalam lepas zuhur aku gerak balik Melaka. Pada asalnya , aku plan nak balik Jumaat pagi tapi rasa macam nak gerak jugalah Khamis tu.

Esoknya (Jumaat) bangun sahur tetiba Angah call aku. Aku terkejut lepas angah bagitahu pasal Nek Mah (nenek belah ayah) dah meninggal. Dah lama dia menderita sakit ,akhirnya raya tahun yg ketiga dia pergi buat selamanya. 

Nek Mah pergi dalam keadaan tenang , jatuh pula pada hari Jumaat dalam bulan Ramadhan. Semoga Nek Mah di tempatkan di kalangan orang-orang beriman.

Aku tak berapa rapat dengan arwah Nek Mah. Tapi untuk mengingati hari dia pergi, aku tulis dalam blog ni. Yela ingatan aku ni bukan ingat semua perkara. blog ni pun dah macam diari jugalah. 

Sunday, July 17, 2016

Ujian dari Allah swt

Assalammualaikum wbt.

Sesungguhnya dalam setiap kesusahan pasti ada kesenangan selepasnya. 

Terima kasih ya Allah. Mungkin tiada rezeki aku sekarang untuk dapat keputusan yang cemerlang. InsyaAllah suatu hari kelak nanti. 

Aku hampir nak berputus asa lepas cek result tapi tidak mengapa tiada rezeki kali ni. Allah maha adil. Sabar itu penting. Aku redha atas segalanya. 

Takpe ada masa lagi nak baiki, ada masa nak bangkit. Allah swt bagi aku banyak masa cuma aku tak sedar je. 

Hidup ini ibarat roda,ada masa kita kat atas dan ada masa kita kat bawah. Sabar itu kan indah. 

Tuesday, May 3, 2016

Review Jusz Spray untuk kucing kesayangan

Assalammualaikum.

Alhamdulillah baru aku ada masa nak buka blog untuk update. Sejak kebelakangan ni, aku sibuk sikit dengan jadual padat gila ! So dalam seminggu, aku rileks pada hari Khamis je. Jumaat Sabtu penuh dengan Training.



Sebenarnya aku nak share pasal salah satu tips penjagaan kucing. Memandangkan rumah aku banyak kucing sebab aku pencinta kucing. Nak jaga kucing ni kena la jaga diorg macam kita jaga diri kita. Bukan setakat bela untuk belai main teman kita or apa ye?

Aku guna Jusz Spray ini. Dulu aku tengok kat instagram Johanandhiscat. JS (Jusz Spray) ni bagus untuk kucing. Sebabnya adalah kalau malas nak mandikan kucing just spray je benda kt kucing. Kalau orang malas nak mandi kucing or sibuk tak ada masa nak mandikan kucing, di galakkan guna benda ni.
(maaf gambar dari cik google)

Dulu aku ragu-ragu juga nak beli sebab benda ni susah nak dapat. Tapi selamatlah kawan aku buka Petshop, dia ada jual benda ni. Nama kedai dia MJ Garden Petshop (klik link untuk tahu location kedai).  Tapi kedai ni dekat Melaka, siapa orang Melaka boleh lah datang singgah. Harga pun berpatutan. 

Aku dah beli JS ni utk botol yang KETIGA okay? Alhamdulillah dulu kucing aku bulu tak cantik, sejak sembur JS ni bulu diorg cantik. Yang pastinya bila nampak botol JS je, semua lari tak nak kena sembur. Hahaha.

(ni budak 3ekor suka sepahkan bilik. Si Dora, Dori & Doraemon)


Okaylah pakai JS ni. kalau dulu anak kucing aku yang baru lahir, mesti tak hidup lama dapat hidup dalam 2-3 bulan je. Maybe faktor jangkitan kucing orang buang yang datang kt rumah aku. Sejak pakai JS kucing 3ekor dalam gambar ni panjang umur & aktif menyepahkan rumah. Hahaha. Serius hyperaktif sangat. Kesan JS la kot. Hehehe.

JS ini sangat berguna okay. Highly recommended untuk pembela kucing. Tak rugi beli. And kena hati-hati waktu beli JS. Ada yang tak ori. Kawan aku cakap kalau tak ori tu ejaan dia "JUST SPRAY" dan ianya dijual dengan harga murah. Ejaan sebenar "JUSZ SPRAY" seperti gambar di atas.

Sekian.

Saturday, February 6, 2016

Rezeki milik Allah swt

Assalammualaikum.

Teringat masa zaman sekolah dulu. Aku bukanlah budak pandai. Masa sekolah rendah, aku start darjah 1 dengan kelas Amanah. Lepas tu ,pernah lah di pelawa untuk masuk kelas Siddiq di mana kelas ni kira kelas pandai. Kelas Amanah tu sederhana, kelas Fatanah sederhana giler !. Hahaha.


Kalau nak masuk kelas 1 Siddiq, dulu ada ujian apa entah? Kalau lulus ujian tu, baru layak masuk kelas tu. End up, of courselah aku tak PASS. hahaha. Sebab aku memang tak pandai. Sampailah darjah 4, aku naik kelas masuk kelas 4 Siddiq sebab dapat top 3 dalam kelas. Itu rezeki jer.


And yes, masa zaman sekolah rendah aku susah nak membaca. Bahasa Inggeris pun teruk giler ! Tak pandai membaca. tapi aku syukur, mak ayah aku cikgu Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris. Hehehe. Teruk jugalah kena rotan masa kecik sebab lembap nak lancar membaca. 


Dan satu lagi kelemahan aku masa zaman sekolah subjek Matematik ! Serius aku benci kena hafal Sifir. Sampai sekarang aku tak pandai hafal semua Sifir. Sampaikan cikgu Matematik tu dah tak tahu nak ajar aku macam mana? Haha.

Habis sekolah rendah !


Masuk sekolah menengah aku problem lagi. Aku adalah orang yang selalu GAGAl subjek Maths sekolah menengah. Gred D & E tak larilah kalau Maths aku tu !. Sampaikan teacher Maths aku selalu giler cubit aku tiap kali kena buat soalan kt papan hitam. Sedih,tapi kena cubit aku tak nangis. Aku pendam je. Hehe


Start Form 3, ada sekali exam Maths aku boleh dapat lulus. Markah not bad dalam 60 lebih. teacher tu pun terkejut gila. Hahaha. Masa tu,aku ambil tuisyen Maths. Alhamdulillah start dari tuisyen tu banyak bantu aku belajar Maths. Aku ingat lagi teacher cakap "orang yang selalu fail, boleh lulus kali ni. Saya terkejut !!"


Bila dah Form 4, kena hadap Add Maths pulak ! Subjek KEDUA aku benci !. Hahaha. Sampai lah Form 5, Add Maths aku selalu D  or E. Cikgu yang ajar tu serius bosan dan tak faham. End up, ambil tuisyen juga. Alhamdulilllah SPM dapat C+. Hehehe.


Habis sekolah menengah ! YAYY !


Result SPM aku biasa je, aku dapat 1A dan yang lain banyak B dan C. Agak sedihlah tapi takde rezeki. Ingatkan aku ni tak layak masuk U. Sekali dapat masuk UMP (Universiti Malaysia Pahang) untuk buat diploma. Serius jauh gila ! Dari Melaka ke Pahang. Fuuhhh !!


Dalam tempoh 2tahun setengah, habis diploma. Last pointer aku 2.67 jer masa tu. rendah je. Tapi alhamdulillah aku lulus semua,takde kena repeat. Ada kawan-kawan aku repeat subjek dan kena extend. Mostly yang repeat, diorang dapat naikkan pointer.


Masa diploma pun, aku rasa aku macam loser je sebab kekok sikit bab belajar ,study group & nak biasakan suasana tempat baru. Aku pula tak pernah duduk asrama. Hahaha. 


Bila nak apply Ijazah, orang cakap "Dengan pointer aku ciput ni, jangan haraplah kau dapat sambung !". Well, Allah swt maha adil. Pedih juga bila orang cakap macam tu. Tapi rezeki Allah swt kan luas? Kenapa nak dengar cakap orang? Dia tentukan masa depan kita ke? Hmmmmm.


Aku dapat sambung UTHM (Universiti Tun Hussein Onn Malaysia). Bila ijazah, baru aku ada kesedaran diri nak belajar sungguh-sungguh !. Alhamdulillah until now, dah Tahun 2..pointer maintain 3.00 dan ke atas. Takpelah, DEKAN tu tak penting. Kalau tak dapat, tak mati pun. Janji pointer 3 ke atas. 


Kalau ada rezeki dapat DEKAN tu, alhamdulillah lah. Tapi satu je aku pegang, MASA DEPAN KITA, KITA SENDIRI YANG CORAKKAN. Pedulilah orang nak cakap apa? Kalau kau salah ambil kos untuk apply degree, bukan diorang yang sponsor kau belajar kan? Sir aku pernah cakap " Tak semestinya kos yang awk ambil skrg, time apply kerja awk dapat bidang yang sama". 


Jangan target dekan tiap sem, senang nak apply kerja. No such things. Orang tak pandang pointer kau waktu apply kerja, dia akan tanya "awak expert bahagian apa?". Ini berdasarkan pengalaman kawan aku. Kita belajar ni, kena belajar pengalaman baru...bukan time nak final exam baru nak pulun study sebab target nak A. Salah cara tu. Peringatan untuk diri sendiri juga ni !. Hehehe. 


BUKAN SENANG NAK JADI SENANG. Thanks. 

p/s : maafkan sy ter-emosi pula! Haha

Thursday, January 21, 2016

USAHA

Assalammualaikum.

Usaha,
Kadang kala kita bersungguh berusaha bersungguh untuk dapatkan keputusan cemerlang. 
Pointer kau tinggi melangit macam mana sekali pun, masa apply kerja orang tak pandang.
Allah swt tak janji pointer bagus untuk jadi cemerlang.
Kalau nak pointer baik, usahakan sebaik mungkin.
Kita manusia hanya mampu merancang, Allah swt yang menentukan.

Percayalah, andai kita gagal harini..suatu hari nanti kita akan berjaya.
Jangan putus asa berdoa pada Allah swt ya. 

Sunday, August 16, 2015

Kucing "patah pinggang"

Assalammualaikum.


Minggu lepas hari Rabu, aku gerak balik Melaka. Sepatutnya aku tak nak balik sebab ada kerja kena selesaikan. Tapi akak aku cakap kucing aku sakit, macam patah tulang. Aku pun risau sebab tak pernah bela kucing dapat penyakit macam tu. 


Nak tak nak,aku tiada pilihan. Aku terpaksa balik selama TIGA hari untuk jaga kucing aku. Aku bertolak Rabu petang dalam pukul 6.30pm. Lambat gerak sebab habis kelas pun lambat. Sebab aku dah aim esok pagi (Khamis) nak pergi Klinik Vet. Alhamdulillah selamat sampai rumah pukul 9pm gitu. Aku drive sorg je. 1st time drive malam. Huh!


Keesokkan harinya,aku bawa kucing aku pergi Klinik Vet kerajaan. Kucing aku tu umur 2 tahun,jantan pula. Keadaan dia tak boleh nak berdiri. Kalau nak jalan mesti dia tumbang jatuh. 


Doctor cek semua badan dia, semua okay. Mungkin saraf dia problem. Punca dia sakit kami taktahu sebab aku takde kat rumah,aku kat Johor. Harapkan akak aku jela yang jaga kucing aku. Kucing jantan pula suka merayau. Tapi nasib baik kucing jantan aku ni merayau dalam kawasan rumah je. 


Doctor cakap saraf kt pinggul dia. Bila dah macam tu, segala pergerakan dia terbatas even nak kencing or berak..kena bawa. Doctor bagi suntikan kalsium, vitamin dengan keradangan (kot ada urat dia tersimpul). 


Memang dugaan jugalah nak jaga kucing aku ni. Nenek cakap kalau saraf kt pinggul orang panggil "patah pinggang". Kesian sangat tengok kucing aku. Nak makan or minum kena suap. Mengeow pun takde. Dia banyak diam dengan tidur. 


Aku ada bagi ubat beli kat kedai kawan aku,MJ Garden Petshop. Ubat tu nama dia Transfer Factor tapi untuk haiwan punya dos kecik sikit. Sebelum ni ,aku bagi kat kucing aku sakit mata..alhamdulillah makin baik. Harga dia mahal sikit 5biji RM16. So aku try kt kucing aku patah pinggang ni tapi kena kerap bagi. Maybe makan masa nak sembuh.


Nasib baik kucing aku walaupun sakit, dia selera nak makan cuma makan dia memilih sikit. Kalau bagi nasi gaul dengan ikan goreng, dia tak nak makan. So aku bagi makan Wet food je. Kena suap pakai sudu. Sebab keadaan dia terbaring je masa nak suapkan. Sedih jugalah tengok dia.



Nama dia , Abam. Umur 2 tahun,jantan.


Mencabar juga nak jaga kucing sakit ni. Nak pula sakit yg serius macam ni. Aku alaskan bantal leher tu untuk sokong kepala dia. Lagipun, dia ni kalau sihat memang manja sikit dengan aku. Bagi susu pun guna syringe. Kalau bagi air suam, hampeh dia tak nak minum. 



Bila dia sakit ni, semua benda kena alert. Perkembangan dia tiap hari aku jaga. Macam haritu ada sekali je dia berak. Kencing tu tiap hari. Tu bermakna organ dalaman dia okay. So aku tak perlu risau sangatlah. Bila dah inject haritu, tangan dia dua belah tak gerak sangat. Kaki je berfungsi kalau nak gerak. 


Nasib baik dia ni kalau nak kencing or berak, dia bagi petanda macam gelisah semacam. Orang cakap maybe kucing aku kena langgar kereta. Allah tak tahu la nak cakap macam mana. Sabar jela mampu. Bila tengok muka dia, sayup tengok macam menahan sakit. Hmm. Semoga cepat sembuh Abam.

Tuesday, August 4, 2015

Brake pads rosak.

Assalammualaikum.


Ini cerita pasal kereta pula. Semalam sepatutnya aku nak gerak balik tapi aku saja nak gerak lepas Zuhur. Biar nenek dapat masak lauk untuk aku bawa bekal. Hehehe. Dah tu, pagi semalam nenek pesan suruh beli serai kat pasar. 


Aku pergi naik kereta. Pergi dengan adik lelaki aku yg demam kononnya dapat MC tak pergi sekolah. Masa aku bawa awal-awal tu aku perasan satu bunyi ni. Aku diamkan. Bila nak selekoh masuk simpang pasar. Bunyi tu ada lagi.


Aku ni biasalah perempuan kan kurang sikit arif benda-benda gitu. Aku cakap kat adik aku tayar pancit kot. Bila sampai rumah ,cek semua tayar okay je. Okay dah pelik. Aku serius risau sebab lepas Zuhur nak balik Johor balik. Nak settlekan bunyi tu dari mana sebelum balik.


Call abang aku hampeh dia kat luar. Dia suruh kawan dia datang rumah untuk cek kereta Myvi. Btw,kereta Myvi mak aku tu dah berusia 9 tahun. No wonder la yer barang kena banyak tukar. Cuma kali ni aku tak tahu sakit apa pula menimpa.


Bila kawan abang aku datang, dia pandang gitu Myvi. Dia pekerja kedai tayar. Dia minta aku bawa pergi kedai dia sebab cek kat kedai ada alat dia senang sikit katanya. Terpaksa aku pergi walhal pagi tu aku ada urusan lain nak settlekan. 


Sampai kedai, dia passkan kat bos dia. Bos dia tanya aku bunyi macam mana. Masalahnya aku ni malu nak cakap sebab derang semua kenal ayah aku. Hahaha. Dah derang gelakkan aku. Siot gila bro. Haha sabar jela. Dia test drive. Sebab aku cakap bunyi tu terhasil bila bawa je. Bunyi macam tayar pancit. Hahaha lagilah derang gelakkan aku.


Banyak kali bos dia test drive, buka tayar apa semua. Sekali cek brake pads tayar kanan (tayar depan) dah rosak. Maknanya, memang betul bunyi tu dari tayar kanan. Cuma aku tak reti nak ceritakan macam mana bunyi dia. hahaha.


Jujurlah aku bab kereta memang fail. Setakat suruh tukar minyak hitam kat kedai,aku tahu le. Aku tahu sikit-sikit je pasal kereta. Kalau tang kat tayar ke apa memang FAIL ! Haha. Bila dah macam tu,kena tukar baru. Aku kena RM60 saja untuk kedua belah tayar depan. Fuhh selamat murah.




Sumber dari Google


Sumber dari Google



Kebetulan aku bawa duit lebih masa tu. Selamat. Dulu pernah kawan aku cerita suami dia tukar brake pads 4 tayar nak dekat RM1k+. Aku terkejut jugalah. Tapi kereta suami dia Honda Civic. Maybelah kereta Myvi mak aku ni cap murah dah. Hehehe.


Bila dah tukar lega sikit aku nak drive balik Johor. Yela drive sorang. Risau kalau apa-apa berlaku. Baru-baru sebelum ni temperature Myvi naik mendadak bila drive lama. Aku jugalah yg kena. Alahai dugaan. Nasib selamat pergi dan balik. Hehe. So ini semua pengalaman Lebih kurang dalam DUA tahun lagi aku kena jaga kereta tu sebab aku akan guna sepanjang tempoh pengajian kt Johor. Tak mampu nak beli kereta baru. :D



P/s: as perempuan kita kena tahu sikit-sikit pasal kereta. Aku ni jenis alert bunyi pelik yang sebelum ni takde. Hehehe 

Wednesday, July 29, 2015

Raya 2015

Assalammualaikum.

Alhamdulillah tahun ni masih diberi peluang untuk beraya dengan keluarga. *cewah ayat macam dah kahwin je aku ni? Haha. Tidak,alhamdulillah Allah swt masih bagi aku peluang untuk sambut raya. Masih ada umur untuk bertemu Syawal selepas Ramadhan. 


Tahun ni tak best sikit raya sebab aku ada short sem kat U. Agak sedihlah orang lain cuti TIGA bulan. Aku cuti DUA minggu je. Sedih tapi takpe pengalaman. Selepas cuti DUA minggu ,aku balik UTHM dah. Alhamdulillah tahun ni dapat beraya dengan kawan-kawan sekolah.


Walaupun ada yang plan last minute tapi okaylah. Itu pun sepupu aku beriya nak pergi beraya. Hahaha. Maklumlah dia dah nak belayar,takut nanti rindu nikmat beraya. 


Alhamdulillah tahun kedua datang beraya rumah Teacher Maslina (baju biru). Geng beraya sekolah rendah.





Alhamdulillah dapat pergi beraya rumah Zati. Kawan sekolah menengah.


Tahun ni aku tak banyak baju raya. So tiap kali nak pergi beraya,aku paling bermasalah nak pakai baju apa? Sebabnya tahun ni sepasang je baju kurung utk raya. Kalau banyak baju kurung pun bukan aku rajin nak pakai. Hahaha. Dah penuh beg bagasi dengan baju kurung je.


Btw,sekejap je masa berlalu. Bila jumpa kawan-kawan lama, rasa macam "bapak tinggi kau sekarang !". Mostly the guys, masing-masing tinggi macam galah dah. Hahaha. Masa zaman sekolah dulu,semua pendek-pendek je. Sekarang dah terbalik !.



p/s : maybe 10 tahun akan datang,beraya bawa anak masing-masing. HAHAHA !

Thursday, July 9, 2015

Done semester 2

Assalammualaikum.

Aku rasa macam baru semalam aku habis final exam untuk semester 2. Ye, macam baru semalam je. Tiba hari ni result tidak rasmi dah keluar. Allah nak tak nak,cek jugalah. sebab kawan dah mesej result dah boleh cek. 


Berat hati ni nak cek sebenarnya sebab aku redha betul apa jua keputusan aku dapat. Bila dah cek semua, alhamdulillah. Syukur tak terkata. Terima kasih Allah swt permudahkan urusan aku.


Cumanya, ada dua subjek tu. Masa exam, tak gap langsung. So peluang untuk aku skor,mcm tipis sikit. Sebab selang sehari je exam seterusnya. Penat jugalah. tapi takpe, usahalah mana aku mampu. Kira semester ni kali pertama aku exam full untuk satu semester. Agak mencabar jugalah bila bulan puasa ni. Tapi takpe pengalaman baru.



Wednesday, June 17, 2015

Cabaran masa final exam.

Assalammualaikum.


Hari ni selesai exam yang kedua. So next exam ada TIGA paper lagi. Okay, final masa bulan puasa. Alhamdulillah. Masa final exam ni, kadang-kadang banyak cabaran kita hadapi. Cabaran tu kadang-kadang menguji iman dan kesabaran kita.



Cabaran 1:
Selalu kawan akan tanya "Eh kau dah study Statistic tak? Aku dah study tapi tak faham chapter last.". Kau pun rasa serba salah nak cakap, yela kita belum start study. Kawan dah tanya. Mesti kita rasa macam cemburu sebab orang dah study tapi kita belum lagi.

The moral is : kita doakan kebahagiaan kawan kita. Kita buat cara kita. Study ni jangan paksa-paksa,kena rileks dan sabar. Niat "aku study demi Allah swt". Insyallah Allah swt permudahkan.



Cabaran 2:
Bila satu exam ni, lecturer kau bagi hint. Bila kau study soalan past sem, ada beberapa soalan kena dengan hint lecturer bagi. Kau pun pulun study soalan tu. Bila kau bagitahu kawan kau pasal soalan past sem tu lebih kurang dengan hint. Kawan kau cakap " Kau percaya 100% soalan tu weh?"
Kau diam dalam hati kata "tak salah aku berusaha then tawakal jela keluar ke tak belakang cerita".
Habis jawab final, kawan kau yang tadi cakap " eh kau dapat jawab tak soalan case study tu?".
Kau pun balas " oh dapat,dia sama macam soalan past sem." 
Kawan kau pun speechless. 

The moral is : Mungkin kawan kau jenis boleh hafal satu buku,kau pula jenis suka study soalan past sem. Siapa sangka,soalan past sem banyak keluar soalan final baru ni. Kau lah manusia paling bahagia dalam dewan exam. Haha.



Cabaran 3 :
Kau seorang yang rajin buat soalan past sem dan jumpa lecturer. Bila kau jumpa lecturer, kau semak jawapan past sem dengan lecturer. Okay, it's a good effort !. Lepas tu,masa berjalan nak balik bilik kau terserempak dengan kawan. Of course kawan kau tanya "Kau dari mana weh?". 
Sah-sahlah kau jawab dari fakulti. Pastu kawan kau pun tanya macam-macam dan dia dapat tahu kau dah semak jawapan past sem. 

Selang berapa hari, dia Whatsapp kau tanya "Weh berapa eh jawapan soalan 1 yg kau semak dengan Madam?"
Kau reply dengan bagi jawapan. Lepas tu,kawan kau tanya "Weh boleh tak aku nak datang bilik,nak tengok jalan kira dia macam mana?"

Kau nampak tak permainan kawan kau kat situ? Dah bagi jari, nak tapak kaki. Hahaha. Kawan macam ni kena hati-hati sikit. Tetiba musim final, dia rapat dengan kita. Haa..ada la muslihat dia. Kalau muslihat baik,takpe. Kalau sebaliknya? Hehe. 

The moral is : Hati-hati dengan kawan. Kadang-kadang dari tak rapat,boleh jadi rapat. Habis final, dia blah.. Huish, agak kurang asam disitu. 



Cabaran 4 :
Esok kau exam pagi,kau siap-siap tidur awal sebab nak bangun awal esoknya. Tetiba roommate kau sorang ni balik dari study group dengan kawan dia. Dia masuk bilik riuh rendah dia bercakap, sampaikan kau tengah tidur pun boleh dengar apa dia cakap sepatah-sepatah. Borak dia makin rancak dan kau makin tak boleh tidur.

Kau rasa macam nak meletup malam tu,kena sabar dengan kerenah roommate kau. Tapi fikir esok exam,malas nak sentap-sentap. So just tunggu sampai depan semua tidur. Akhirnya, kau boleh tidur dengan tenang.

The moral is : Sebenarnya, agak sedihlah kat sini, roommate kau tak hormat kau yang kau exam esok pagi. Depan takde exam takpela. Sabar jela. Kalau nak senang, kau doalah hantu datang masa depa borak. Haha gurau !



Cabaran 5 :
Time kau tengah study,tetiba roommate sebelah gelak terkekek-kekek tengok movie. Kau tengah focus ni boleh hilang mood nak study. Nak pula roommate kau hantu K-pop. Hampir tiap malam lepas magrib, benda tu berlaku. Kau pun fed up. Sabar jela.

The moral is : Ambil alternatif belajar sebelum masuk waktu subuh. Masa tu takde siapa kacau kau study. Roommate kau semua tidur mati. Pastu, lepas exam kau habis. Kau pulun pula gelak tengok movie. Hahaha. Biar roommate kau terasa bahangnya !  



Ini semua berdasarkan pengalaman aku. Time final banyak menguji kesabaran kita. selain tu, uji usaha kerajinan kita untuk study juga. Kalau tak final, aku pun tak rajin duduk kat meja je untuk study. Haha. tapi kita kena pandai menyelesaikan masalah cabaran tu. Kadang-kadang bila waktu kita diuji,ada hikmah kenapa Allah swt kita. Bersabarlah selagi mampu okay?


p/s : masa untuk study pulak ! 

Monday, June 8, 2015

Minggu study week

Assalammualaikum


Haaa...sekejap je aku dah nak final tapi itu pun tak sedar diri lagi. Semester ni aku balik Melaka selama 5 hari,kononnya release tension. Duduk kat kolej tak tenang. Banyak benda menyerabutkan aku. Stress mak enon !


Bila balik faham-faham jela memang susah sikit nak study. Banyak kekangan dengan kucing la. Pastu aku ni simpan angan-angan nak masak spagetti carbonara aka kuah putih. sayangnya,orang kat rumah semua suka kuah bolognese (merah) aku. Alahai..sedih


Tapi aku tetap masak dua-dua kuah tu sebab nak rasa kuah putih punya pasal. Nak pula masa tu semua orang ada balik rumah so rasa macam meriah sikit nanti. Haha. Aku rindu nak masak je sebenarnya. 


Part tak boleh blah,abang aku ni jenis sapu je aku masak apa even kurang sedap. Orang lain tak makan,dia boleh makan je. kira jenis bedal jer. Haha. Bila dah masak,semua makan bertambah-tambah. Alhamdulillah. Aku pun tak tahu macam mana boleh reti masak kuah spagetti. 



1st time try buat spagetti Carbonara. aku punya kurang cheese je. Haha. Serius berlemak gila carbonara ni. Adei,sekali je kot aku masak ni.


Bila aku masak,aku rasa seronok sebab tengok semua family aku happy dapat makan masakan aku. Yela kalau nak makan luar, mahal baik masak jer kat rumah. Cumanya part tak best,puasa kali ni aku banyak puasa kat U aku. sob sob sob. Aku ada short sem kat sini. Hmm.


p/s : study time !

Friday, May 8, 2015

Labor Day 1 Mei 2015 yang lalu.

Assalammualaikum.

Hmm dah lama aku tak buka diary ni. Rindu? Tak tetiba ada mood rajin nak tulis. Ada baguihnya tulis kat sini, bila aku dah melangkah alam perkahwinan ke alam pekerjaan ke? boleh lah aku cekidaot blog ni. Segala cerita ada. Aku bukan Blogger famous,aku hanya manusia biasa.


Pagi tu abah dapat panggilan dari kakak dia menyampaikan berita bahawa anak perempuan dia accident kt tol Pagoh. Dan dikejarkan ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar. So alang-alang aku cuti,aku pun berhasrat nak ikut abah dan mak pergi hospital tu. Tapi aku suruh abah gerak lepas solat Jumaat. At least, ada chance aku nak masak dulu. Hahaha. Masak untuk lauk tengahari je.


So lepas solat Jumaat, kami gerak. Aku bawa bekal earphone sebab tahu abah buka radio Klasik Nasional dia. Aku tak suka. Selalu mogok bila naik kereta dengan abah. Hahaha. Kebetulan aku bawa Modul Mandarin aku untuk prektis Oral Test nanti. 


Sepanjang perjalanan mak dan abah khusyuk berborak tapi aku dengar mp3 Mandarin. Aku prektis sebut ayat-ayat Mandarin. Abah pandang aku sekali imbas. Aku buat tak tahu je. Tetiba abah memecahkan sunyi dalam kereta sebab anak perempuan dia sikit pun tak menyampuk bila ibu bapa tengah bercakap. Barangkali, abah hairan sikap aku sejak sambung ijazah. 


Perbualan anak beranaks.
Abah  : Kau ada test ke mira?
Aku : aah, oral test Mandarin je. kenapa?
Abah : Tak ada apa,saja tanya. 


Aku tahu abah hairan sikit sikap aku. Dia tahu anak-anak dia susah nak pegang buku masa dalam kereta walaupun dia sering mengingatkan kami adik-beranak untuk mewujudkan minat membaca. *cewahh ayat !


Tapi perubahan itu datangnya dari diri aku sendiri. Aku buat keputusan untuk ambil Mandarin Tahap 2 untuk semester 2 ni. Sebab aku minat nak mempelajari Bahasa Mandarin. Mana tahu rezeki aku dapat pergi program mobiliti ke China ke? hehe. Insyaallah kalau ada peluang. 


So aku struggle untuk dapatkan keputusan yang cemerlang untuk Mandarin 2 ni. Insyaallah. Aku yakin aku boleh pergi. Abah gembira tengok result Semester 1 aku. Alhamdulillah aku semakin lama semakin meningkat berbanding zaman Diploma. 


p/s : Baca buku Catatan Matlutfi sampai tertidur, bangun tidur sedar-sedar aku dah khatam baca buku tu. Mimpikah aku??

Friday, April 17, 2015

Movie Insurgent


Rabu lepas sempena cuti Melaka,aku pergi menonton wayang. Sebenarnya hasrat aku dah lama aku simpan. So Rabu lepas aku dapat tengok. Tengok dengan adik dan sepupu aku. Mula-mula tak plan nak tengok wayang. Bila fikirkan balik, apalah salahnya kalau tengokkkan?



So tiket waktu tu memang orang beratur panjang sebab waktu cuti kan? Kalau Fast Furious 7 lagi ramai orang nak tengok tapi aku dah tengok online je. So aku pilih cerita Insurgent ni. 


Kalau nak senang atau nak cepat faham cerita ni,kena tengok Divergent. Divergent ni macam siri pertama dia, Insurgent siri kedua. Kalau tak silap aku,sebab ni pun akak aku cerita. Sebab Insurgent ni sambungan cerita Divergent je. 


Kalau Divergent pasal Tris (heroin) ,dia kena pilih nak masuk golongan apa? Sampaikan bila dia ni golongan Divergent orang dapat tahu,orang nak bunuh dia. Tapi dia diselamatkan oleh Hero dia (tak ingat nama pula). Haha. Maaf.


Insurgent pula pasal semua kebenaran terbongkar dalam cerita ni. Berakhirlah penderitaan Tris. Ramai orang yang dekat dengan dia mati. Bagi aku cerita ni bagus untuk ditonton. Untuk hilangkan stress sangat bagus la. Aku bagi 4 bintang daripada 5. 



Saturday, April 4, 2015

Gara-gara GST

Assalammualaikum.

Lega rasanya hari ni dapat buka blog. Sebenarnya,aku sibuk dengan test. TIGA test dalam masa seminggu. Sampailah aku kena demam sejak hari Test pertama iaitu test Statistic. Sob sob. Masa tu hujan lebat gila,test start pukul 5.30pm. Terpaksa aku redah hujan even pakai payung tetap kena tempias hujan okay?


Boleh je kalau nak tunggu bas,tapi bas lambat masuk. Budak makin ramai menunggu nak pergi dewan untuk jawab test. okay fullstop. Pendekkan cerita, petang tadi aku ni gatal nak makan aiskrim. Aim nak aiskrim vanila sebab orang cakap boleh kurangkan batuk. Yes,aku batuk sekarang. Semalam memang demam teruk sebab kurang rehat.


Aku beli aiskrim kat kafe je sebab itu je pilihan ada. Sekali aku berkenan aiskrim dalam bekas. Hmm harga dulu RM2.00 je tapi sejak GST dah jadi RM2.10. Tergaman aku dibuatnya Allah. 


Tak tergamak nak tanya makcik tu apehal harga macam ni? Sebab aku tak sihat dan batuk,aku tak larat nak cakap banyak dengan orang. So bayar jela. Dan aku rasa itu kali terakhir aku beli. 


Aku sangat pelik,makcik tu naikkan harga. Nampak sangat la kan nak kaut untung? Ye aku akur,topup pun kena cas GST. RM5.00 jadi RM5.30 (tak silap aku), kalau RM10.00 jadi RM10.60. Hmmmm.


Rasa macam semua benda ada GST. Dan aku jadi trauma nak berbelanja. Allahuakbar. Sabar jela mampukan? Aku harap peniaga di luar tidak mengambil kesempatan dengan adanya kuasa GST dengan menyeleweng ke arah yang tidak baik. Hopefully. 


p/s: nasib baik MYDIN takde kenakan GST. lepas ni shopping situ jela.

Saturday, March 28, 2015

Stress

Assalammualaikum.


Hampir sebulan aku tak update. Sebab aku lupa. Ini pun gara-gara stress tak boleh study sebab orang sebelah aku terkekek-kekek gelak tengok movie Korea. Aku study sambil online,dengar lagu,itu ini. Tak boleh focus. Sabar jela.


Ke memang time macam ini tak sesuai study? Hahaha. Wei minggu depan ,kau banyak Test mira. Dalam seminggu ada 3 test. Yee,masih sabar ye. Apa spesies aku ni? Suka study last minute lettew. Oh tidak,dari segi faktor kemalasan diri sendiri je. 


Aku prefer study time pukul 2-3am. Masa orang nyenyak tidur,aku study. Pernah dulu buat, menguap-guap aku dalam kelas keesokannya. Sabar jela. Nak belajar kena banyak berkorban. Biarlah susah sekarang,senang kemudian hari. Aku pun agak stress sebenarnya,bila orang sebelah aku gelak-gelak.


Tapi bila masa aku untuk tidur,dia pula baru nak start study. Aku nak tidur pula terganggu sebab aku sorang je ada kelas pagi esok. Depa semua kelas lambat. Takpe,sem ni je. Sem depan kau duduk rumah sewa ye mira ! Banyak dugaan aku masa belajar ni. Nasib baik masa ijazah ni okay sikit berbanding diploma.


Alah,sebenarnya itu semua terletak pada diri sendiri nak usaha macam mana. Yang penting kena ikhlas dalam buat sesuatu. Semuanya kerana Allah swt.


p/s : takde mood aih!

Wednesday, February 18, 2015

Kasih seorang Ibu.

Assalammualaikum..

Kita selalu dengar peribahasa "Seorang ibu mampu menjaga 10 orang anak,tapi 10 orang tak mampu jaga seorang ibu". Sedihkan tapi ada juga sesetengah orang buat. Biasalah la tu. Cakap di mulut je mampu,hakikatnya di hati cakap lain. 


Hari ni hidup aku agak serabut sikit bila nenek belah ayah aku kena masuk hospital. Dia sakit dah hampir dua tahun lumpuh selepas jatuh hingga sekarang macam orang koma. Dulu selalu la juga masuk hospital sebab saluran pernafasan dia masalah sikit. Lagipun faktor umur dia yang 80an menyebabkan sukar untuk sembuh.


Kali ni aku berada di rumah,dia masuk hospital. Selalunya dia masuk hospital masa aku takde kat rumah. Maksudnya aku tengah belajar. So time cuti jela aku balik rumah. Kebetulan cuti aku lagi berapa hari je tinggal. Aku dapat merasa nikmat melawat dia masa kat hospital. 


Bila ayah aku cakap apa doktor bagitahu. Kena terima hakikat andai kata nenek tak panjang umur. Allah sedih dan pilu aku dengar bila ayah aku ucapkan. Ayah aku nampak tenang bila bercakap tapi dalam hati dia Alllah je tahu. Nenek aku memang tak boleh nak sembuh cuma boleh memperlahankan sakit dia je. Ayah aku cakap "Saya tak nak bedah apa-apa sebab umur dia pun dah uzur,biarlah dia pergi dengan tenang". Lepas doktor cakap in case kalau kena bedah untuk kecemasan ke apa? *jangan salah faham pula.


Tapi yang menyedihkan, nenek aku tu takde orang nak jaga sebab makcik aku yg jaga tu sibuk untuk uruskan majlis kahwin anak dia minggu ini. Aku dan adik beradik lain faham. Tapi kalau korg fikir balik,anak-anak dia yang lain semua sibuk kerja. Kadang-kadang aku terkilan la juga. Kalau nenek aku masih sihat,mesti dia sedih takde sape nak jaga dia. 


Tapi aku hanya cucu tak mampu nak cakap apa. Biarlah Allah tentukan. Hati aku rasa tak sedap je lepas dengar apa ayah aku cakap. Memang ajal maut itu di tangan tuhan. Aku doakan supaya nenek panjang umur, andai kata nenek pergi suatu hari nanti biarlah nenek pergi dalam keadaan yang tenang. Semoga nenek di tempatkan di kalangan orang beriman.  

Monday, February 16, 2015

My habit.

Assalammualaikum... kekok kejap.


Ada masa aku bersemangat gile nak menaip. 10 minit lepas tu,malas hoii !!
Okay minggu ni aku tersangatlah sibuk sebab persiapan untuk balik ke kampus dan wedding cousins. Alahai. Nasib baiklah Johor bagi cuti extra sehari ! *tuah kali ini cuti.


Selalunya susah Johor nak bagi cuti or kampus aku yang tak nak bagi cuti? Hmm entah maybe kampus. Agak jela kan? Back to my story, actually nak cerita pasal habit aku atau dalam erti kata lain adalah tabiat. Tabiat yang aku suka buat dan sering lakukan hingga sesal akhirnya. Hahaha.


Benda yang selalu aku buat adalah membeli sesuatu barang tu dan kemudian atau lama kelamaan,aku TAK PAKAI DAH. Macam kasut boots. Aku beli online Instagram. Masa tu bersemangat waja nak beli juga kasut tu kaler BIRU. Sampaikan order aku delay DUA MINGGU atas sebab dan kesilapan penjual tu. Masa awal-awal je aku rajin pakai. Pernah sekali abang aku perli "Kau nak berkawad ke pakai kasut tu?" *okay sentap.


Mungkin aku ikut trend. Yeahh confirm ikut trend zaman sekarang. *lol apa spesies aku ni? Membazir namanyaaa. Hmm rasanya macam banyak jugalah barang aku beli mostly beli online pastu aku DAH TAK NAK PAKAI. Contoh macam pencuci muka dan spray muka kot? Aku beli emm mahal la juga. Sekali dapat botol dia alahai kecik cenonet je dik non !! Tak padan dengan harga je aku rasalah. Takpe. Masa awal-awal pakai, okaylah. Tapi bila aku skip seminggu,kembali asal muka aku. Ahhh...sama je. So aku malas nak pakai dah. Aku nak beli lagi tak cukup duit. Maklumlah student la katakan. 


So basically, aku banyak buang benda yang aku tak pakai tu. Mostly dah expired date so haruslah buang. Bila aku terkenangkan balik,banyak aku membazir duit beli benda yang tak penting. So dari sekarang,aku kena berfikir bijak dalam membeli sesuatu barang. Ini belum kahwin,rasanya mau pening suami melayan. Ehh,aku belum kahwin okay. *berangan je. Hahahahaha.


 Aku rasa menyesal pun ada la juga sebab aku tahu aku ni jenis takkan lekat lama dalam beli barang tu. Kalau berkenan barang tu,aku sanggup taburkan duit. Pastu sesal mendua. Hahaha. Yela,barang pakai sekali dua pastu masuk tong sampah. Jangan jadi macam aku. Kalau rasa banyak duit tu,takpela kau taburlah duit untuk beli satu barang tu. Pastu,kau menyesal macam aku. Hahaha. Aku bukan anak orang kaya dan susah. Sederhana je. Hehehe.



P/s: apesal rajin benau malam ni.

Wednesday, February 11, 2015

Pengalaman Muet Speaking.

Assalammualaikum.

4 Feb 2015 lalu,aku baru sahaja selesai Ujian Muet Speaking. Aku ambil untuk kali kedua sebab universiti aku nak bila bergraduat kena Band 3 Muet. Bukan sebab budget 2015 okay? Universiti aku dari azali nak Band 3. 


Masa ujian tu pula aku kena pukul 7.30am. Awal gile okay? Aku redha jela masa tu. Sebab masa diploma ambil dekat Universiti. Bila jadi calon persendirian,kena settlekan permohonan sendiri. Mula-mula agak sukar. Tapi segalanya mudah bila kita baca dan fahami cara-cara mohon dekat website MPM. Boleh cari sendiri nanti.


Aku gerak awal dari rumah memandang rumah aku dekat dengan KUIM,Kolej Universiti Islam Melaka. Lebih kurang pukul 7.00am macam tu. Sampai situ 7.15am. Aku drive kereta 20km/h je. Sebab malas nak cepat sampai,aku bukan tahu tempat or dewan muet tu. Serius aku benar-benar redha pagi tu. Hahaha


Bila sampai je,aku tanya pakcik Guard. Nampaknya dia pun tak tahu nama tempat tu. Yang aku terkilannya,pihak KUIM tak letak macam tanda arah atau papan "Peperiksaan Muet....." contohnya. Aku dah sasau mencari tempat dan Makcik Guard tu pula sebut nama fakulti dalam sebutan ringkas. Memang aku boleh agak apa dia cakap tu? *kecewa


Akhirnya pakcik Guard naik motor guide tunjuk jalan. Rupanya ada satu lagi kereta Viva lost mencari. Hahaha. Aku ingat aku sorang jer !.


Sampai je tempat tu, aku dah risau. Serius takde orang pun aku nampak. Takpe,aku cool kan diri. Sebab aku yakin examiners tak nampak batang hidung pun. Maksudnya tak sampai lagi. Tak lama tu,nampak ada beberapa orang budak nak ambil Muet. Tak lama tu, ada seorang pekerja KUIM suruh kitaorang tunggu dalam 1 bilik.


Masa menunggu tu,adalah 20minit tunggu. Aku pun hairan kenapa lama sangat. Dah 7.45am baru examiners datang bawa beg untuk keluarkan soalan Muet untuk sesi 7.30am. Lepas tu,sesi mendaftar nama macam kehadiran untuk jalani Ujian Speaking. Nombor giliran aku sepatutnya untuk kumpulan kedua. Memandangkan kumpulan 1 tu,seorang ahli tak datang maka aku terpaksa masuk. Examiners suruh. 


Tapi okay juga aku masuk kumpulan 1. Kalau aku stick kt kumpulan 2,aku akan jadi Candidate A. Hahaha. Selesai semua urusan,aku dan tiga orang candidate lain masuk ke bilik Muet. Aku jaid candidate D. Alhamdulillah. Soalan pagi tu takdela susah sangat. Bolehlah aku jawab. Lagipun,aku dah prepare study apa yang patut. Apa yg perlu aku baiki dalam Muet kedua aku ni. 


Aku banyak tengok Youtube. Taip je Muet Speaking. Macam-macam keluar. Aku ni jenis bukan suka membaca,tapi lebih suka menonton. Ikut cara masing-masing la. Masa Task A, aku macam blur betul ke point aku ni? Tak sure. Hahaha tawakal itu penting ! So ,masa bagi greetings pun aku cakap dua kali sebab macam tersasul yang mula-mula tu. Hahaha. aku rasa masa Task A tu,aku tak cukup masa nak cakap lagi. 


Sebab aku rasa aku boleh buat Muet kedua ni. Task B pula, sepatutnya aim aku nak start discussion tu tapi akak tu dah ambil dulu. Aku redha. Kalau boleh rebutkan peluang untuk startkan discussion tu supaya dapat markah. Tapi masa Task A, sepatutnya kita kena SALIN POINT candidate lain. Tapi group aku rileks je tak salin. Aku salin okay.


Mulanya,aku nak guna strategi aku nak balas kat candidate lain. Tapi tak dapat. Sebab candidate lain macam tak pandai nak gunakan team work dalam group tu. Sebab dorg semua 1st time ambil muet, aku je 2nd time ambil. Aim sebenar Speaking ni,dia nak tengok kita ni boleh berkomunikasi dengan ahli lain dan team work. Kalau kau dapat kawal dua-dua ni,insyaallah markah akan diperolehi. Jangan pentingkan diri masa Ujian Speaking.



Aku puas hati dalam group tu, aku boleh berkomunikasi dengan baik dengan ahli lain. Seronoklah. Even dorg macam nervous dan ada kekurangan sikit pada dorg. Tapi permulaan dorg pun okay. Not bad lah orang putih cakap. Cuma aku masa Speaking, ada silap sikit. Aku perasan macam terulang point yang sama. Haha. Idea dah buntu.



Pendapat aku,muet ni senang cuma kita je selalu cakap susah. Kalau kita dah prepare dari awal,insyallah boleh buat. Aku pun belajar dari kesilapan. Bukan senang nak jadi yang terbaik, ada perit getir kita kena hadapi.



P/s : cuti tak lama lagi nak habis dah. semester dua pula menjelma !