Assalammualaikum..
Semalam aku tengok dan belajar melalui video tutorial mengenai untuk membuat Form menggunakan CSS(Cascading Style Sheets) *kalau tak silap ejaan macam tu kot.
Agak susah pada permulaannya, tapi lama-lama belajar senang je. Alhamdulillah. Jadi apa aku nak buat semalam, cuba buat lagi sekali semalam sambung ke pagi tadi dah SIAP !!
Yeay !
Sampaikan aku takde idea nak taruk nama siapa? Aku letak nama Maria Elena. I admired her so much. Suka baca blog dia. Hahaha. Saja je letak. Just entertain myself. Tak nak asyik stress hadap ni.
Coding aku ni tak seberapa la. Aku reti buat yg simple aje. Tak pro lagi dalam programming ,beginner baru. Teheee.. :)
p/s: gotta to go,got class at 2pm. :D
Monday, April 29, 2013
Thursday, April 25, 2013
Evolusi
Assalammualaikum. (kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayang) *ala-ala kak Maria Elena
Aku dah lama tak update, kadang-kadang nak update tapi takde masa. Masa tidak mengizinkan. Aku final exam bulan 6. Dan nak tunggu bulan 6 tu,macam-macam dugaan yang datang. Sedih.
Bila jadi student final year even Diploma je baru,tapi aku rasa stress dia sampai ke otak? Apa tu. Fikiran aku agak serabut sikit. Untuk mengelakkan aku berfikir terus berfikir sampai aku sakit kepala. Aku layan lagu. Lagu yang boleh buat aku buat pergerakan kepala. Rentak dia yang best.
Salah satu lagu yang aku suka dengar di bawah ini:
Ni pun kawan aku bagi lagu ni. Sebab kami suka tukar-tukar link bila chat. Bila aku cakap kt dia, lagu ni best. Dia cakap ada movie dia. Perghh..lagi aku excited nak tengok. Haha. Dan Rabu hari tu, aku dah tengok melayan perasaan sorang-sorang. Cerita dia komedi best la juga.
Aku suka dengar lagu bila stress. At least dapat kurangkan kekecewaan di jiwa aku ni. Hahaha. Perasaan nak marah tu jadi rentak lagu. Okay ini menipu je.
p/s: okay aku malas nak tulis lagi. takde idea. :D
Have a nice day peeps.
Thursday, April 11, 2013
Mood malas
Assalammualaikum..
Tetiba aku takde mood nak buat kerja malam ni. Serius takde. Aku rasa malas. Aku rasa give up utk teruskan hidup hari esok. Sedih. -_-
Tetiba aku takde mood nak buat kerja malam ni. Serius takde. Aku rasa malas. Aku rasa give up utk teruskan hidup hari esok. Sedih. -_-
Wednesday, April 3, 2013
Life is tough.
Assalammualaikum.
Alhamdulillah aku masih kuat untuk menjalani kehidupan di sini. Jumaat ni dah boleh pulang ke Melaka. Tak sabar rasanya.
Minggu ni agak busy. Aku pula menyibukkan diri untuk mengelakkan jadi stress. Aku tahu hidup ini ada manis dan pahit. Tapi sebagai hamba Allah, aku redha dan sentiasa tabah untuk menghadapinya. :D
Entahlah jadi STUDENT FINAL YEAR banyak benda kena buat. First,aku kena handle Projek Tahun Akhir dimana projek ini akan menyelamatkan aku untuk grad Diploma nanti. Second, aku kena handle cari tempat praktikal. Dan alhamdulillah dah hampir selesai. Dah dapat tawaran kt Melaka. Third, isu berkaitan assignment kelas..kerja bergroup dan macam-macam.
Aku rasa macam quite bit trouble bila buat kerja bergroup sebabnya ada members yang okay ada yang tak. Bila kita berhadapan yang tak tu susah nak katalah sebab kalau dorang tak punctual, tak bagi commitment bagus aku dah mula penat. Tapi kadang-kadang aku pun sama. Hahaha. Masing-masing ada kelemahan sendiri. Biasanya, aku akan cuba buat orang puas hati dengan kerja aku.
Walaupun aku banyak dugaan, aku cuba jadi positif. Aku anggap kerja yang aku sedang buat ini adalah seronok. Bila lagi aku nak rasa beban kerja masa belajarkan? Masa ini aku kena hadapi dengan senyuman.
Peranan kawan rapat sangat membantu. Macam sekarang aku rapat dengan Ain. Sem sebelum ni aku tak rapat pun dengan dia. Tetiba sem ni jadi rapat. Bila aku ada masalah aku cerita kat dia, dia bagi pendapat. Dia sangat memahami perasaan aku tengah berkecamuk ke apa?
Seriously, bila aku sedang dilanda masalah kawanlah tempat aku mengadu. Even dorang tak boleh nak selesaikan konflik aku, dorang dengar masalah aku pun dah cukup berbaloi. Bila masa susah ni, kawan yang sentiasa berdamping susah senang dengan kita adalah kawan yang baik. Jujur aku cakap. Ada je kawan masa kita susah, muka pun tak nampak. Biasalah tu manusia.
Lagi satu, aku dapat perkongsian dari seorang Lecturer perempuan muda yang dah ada PHD. Betapa hebatnya dia. Muda-muda dah ada PhD. Bangga aku dapat borak dengan dia semalam.
Dia cakap "jangan stress, rileks je. Buat cara awak,jangan ikut orang. Nak pandai belajar sendiri. Masa zaman saya takde pun orang tolong, saya belajar guna Google je."
Dia dapat buat Phd kt United Kingdom sebab degree dia grad first class. Ya Allah bestnya. Aku nak jadi macam tu juga. Kalau Allah izinkan, aku nak sambung sampai PhD. Aku nak belajar puas-puas..nak bagi mak abah hidup senang lenang. Amin.
p/s: yang baik itu dari Allah, yang buruk itu dari aku.
Alhamdulillah aku masih kuat untuk menjalani kehidupan di sini. Jumaat ni dah boleh pulang ke Melaka. Tak sabar rasanya.
Minggu ni agak busy. Aku pula menyibukkan diri untuk mengelakkan jadi stress. Aku tahu hidup ini ada manis dan pahit. Tapi sebagai hamba Allah, aku redha dan sentiasa tabah untuk menghadapinya. :D
Entahlah jadi STUDENT FINAL YEAR banyak benda kena buat. First,aku kena handle Projek Tahun Akhir dimana projek ini akan menyelamatkan aku untuk grad Diploma nanti. Second, aku kena handle cari tempat praktikal. Dan alhamdulillah dah hampir selesai. Dah dapat tawaran kt Melaka. Third, isu berkaitan assignment kelas..kerja bergroup dan macam-macam.
Aku rasa macam quite bit trouble bila buat kerja bergroup sebabnya ada members yang okay ada yang tak. Bila kita berhadapan yang tak tu susah nak katalah sebab kalau dorang tak punctual, tak bagi commitment bagus aku dah mula penat. Tapi kadang-kadang aku pun sama. Hahaha. Masing-masing ada kelemahan sendiri. Biasanya, aku akan cuba buat orang puas hati dengan kerja aku.
Walaupun aku banyak dugaan, aku cuba jadi positif. Aku anggap kerja yang aku sedang buat ini adalah seronok. Bila lagi aku nak rasa beban kerja masa belajarkan? Masa ini aku kena hadapi dengan senyuman.
"We can go the extra mile, while carving a smile" - Ameen Misran
Seriously, bila aku sedang dilanda masalah kawanlah tempat aku mengadu. Even dorang tak boleh nak selesaikan konflik aku, dorang dengar masalah aku pun dah cukup berbaloi. Bila masa susah ni, kawan yang sentiasa berdamping susah senang dengan kita adalah kawan yang baik. Jujur aku cakap. Ada je kawan masa kita susah, muka pun tak nampak. Biasalah tu manusia.
Lagi satu, aku dapat perkongsian dari seorang Lecturer perempuan muda yang dah ada PHD. Betapa hebatnya dia. Muda-muda dah ada PhD. Bangga aku dapat borak dengan dia semalam.
Dia cakap "jangan stress, rileks je. Buat cara awak,jangan ikut orang. Nak pandai belajar sendiri. Masa zaman saya takde pun orang tolong, saya belajar guna Google je."
Dia dapat buat Phd kt United Kingdom sebab degree dia grad first class. Ya Allah bestnya. Aku nak jadi macam tu juga. Kalau Allah izinkan, aku nak sambung sampai PhD. Aku nak belajar puas-puas..nak bagi mak abah hidup senang lenang. Amin.
p/s: yang baik itu dari Allah, yang buruk itu dari aku.
Thursday, March 28, 2013
Syukur ya Allah
Assalammualaikum..
Masa tengah sibuk-sibuk buat kerja. Tetiba handphone cikai aku berbunyi. Mata memandang paparan skrin handset nombor yang tidak dikenali call aku. Hati sudah pelik nombor dari Melaka. *berdebar.
Lalu aku angkat;

Aku : hello
Panggilan dari melaka: Hello Assammualaikum..boleh saya bercakap dengan Cik Amirah Husna binti Abu?
Aku: iye, saya bercakap.
Panggilan dari melaka: Kami dari Melaka %$#%^&* ingin menawarkan penempatan praktikal. Kami ingin tanya sama ada awak ada terima mana-mana tawaran ke sebelum ini?
Aku: *melompat-lompat suka ! Err..ini Melaka &$$%^*@$ kan?
Panggilan dari Melaka: ye.
Aku: hmm..saya terima. sebab saya pun takde terima sebarangan feedback dari company lain.
Panggilan dari melaka: Okay, sure ? sure sure sure?
Aku: yela..sure.. *pelik kejap? Ke aku salah cakap tadi?tapi betullah aku terima.
Panggilan dari melaka: kalau macam tu, kami perlu buat follow up dengan pihak Universiti Cik.
Aku: okay.
Panggilan dari melaka: okay terima kasih. As'slm.
Aku masih ragu-ragu dengan pertanyaan dia "sure sure sure?" sedangkan aku dah jawab aku "Terima". Aduii..akak jangan buat saya risau la. Nasib baik suara akak yang call, takde la segan sangat. Hahaha.
Apa-apa pun aku bersyukur sebab resume aku diperkenankan oleh company tu. Alhamdulillah.. Terima kasih ya Allah kau permudahkan urusan aku. Semangat aku membara ! Hahahaha.
Moga-moga akak tu faham apa aku cakap tadi. Risau aku kalau-kalau dia salah dengar. :)
p/s : tak sabar tunggu Jumaat depan !
Monday, March 25, 2013
PWTC.
Assalammualaikum w.b.t
Pada Rabu yang lepas jatuh pada 20/3/2013. Kelas ICT aku pergi buat lawatan di PWTC Kuala Lumpur. Pameran bernama Infosecurity World Exhibition & Conference 2013. Aku rasa macam malas nak pergi sebab pergi hari Rabu, esok Khamis ada kelas. Penat le.
Tanpa membuat persiapan apa-apa. 5.30am dah kena berkumpul. Orang lain sedang dibuai mimpi, aku dah terpacak kat bus stop UMP. Awesome.
Sepanjang dalam bus, aku tidur. Takde la sepanjang, orang lain boleh tidur tapi mata aku tak nak lelap. Bila pergi lawatan ni kan, teringat zaman sekolah dulu. Cikgu bawa dan setiap perhentian cikgu akan bagitahu berapa lama boleh rehat blabla TETAPI lawatan ni kami boleh turun sesuka hati. Lecturer pun macam kisah tak kisah nak turun pergi tandas ke?
Macam takde keselamatan kami ni. Kitaorg nak makan apa, kena cari sendiri. Sedih bukan? Tapi bestlah juga takde la macam kambing kena berkumpul satu tempat. Lecturer pun takde briefing pasal lawatan sebab dalam kelas dia dah terangkan segalanya.
Aku, Amirah Anuar , Pirasannah & Afifah.
Over lighting pula muka aku. *abaikan !
Ini pose mengada-ngada. HAHA!
Tujuan kami datang sini adalah untuk survey company mana yang bersesuai untuk projek Seminar kitaorang. Tapi kebanyakan company kat sini semua hebat-hebat belaka. Bukan setakat dalam Malaysia je, tapi India dan Singapura pun ada.
Benda yang aku tak boleh lupakan adalah tandas PWTC memang hebat sampai aku tak nak masuk. Sebab apa yang boleh aku katakan adalah macam tandas kat Singapura. Aku tak biasa tandas macam ni. Aku terkejut bila sampai masuk dan tengok. "what the???" -_-
So orang kampung macam aku memang tak boleh terima tandas macam itu. Maaf sangat. Hahahahaha.
Tapi aku sikit sedih sebab kawan aku ada praktikal kat PWTC aku lupa nak contact dia. Handphone lama aku hilang, dalam tu ada number dia. Bila dah balik aku bagitahu dia, rupanya dia still praktikal situ. Hahaha. Dia kata tempat dia praktikal dekat dengan tempat aku rehat petang tu. SEDIH.
Lama kot aku kat PWTC dari 10.30am hingga 4pm. Aku menganguk jela bila dah tengahari tu. Kan bagus aku jumpa kawan aku tu? Haiyaa, takpe takde rezeki. Nak buat macam mana. Redha je.
p/s : tak sabar Jumaat depan. MELAKA.
Friday, March 22, 2013
Makhluk Allah paling berharga.
Assalammualaikum wbt.
Salam Jumaat ! Yeay, alhamdulillah hari ni aku bersyukur kerana aku makin sihat berbanding sebelum ni. Aku selalu demam. Antibodi tak stabil. Hahahaha.
Tadi saja call nenek. Rindu rasanya tak dengar suara dia. Masa aku call ,dia tengah masak. Hahaha. Dia marah aku kacau dia. Comel nenek ni. Aku pun kadang-kadang busy, call tak tentu masa. Sesuka hati je call time aku suka or free.
Nenek cerita pasal kucing kat rumah aku. Sekarang aku ada 8 ekor kucing.
1. Seekor EMAK KUCING berusia 4tahun,
2. seekor kucing BETINA berusia 7 bulan,
3. seekor kucing JANTAN berusia setahun (tak silap aku)
4. empat ekor anak kucing + seekor anak kucing jumpa (Debab punya kucing). Hahaha.
Dulu aku pernah bela dalam 13 ekor anak kucing tapi kebanyakan mereka mati akibat sakit. Masa tu kerja aku asyik kebumikan kucing jela. Nak buang sayang, kucing pun macam manusia. Aku tanam mereka di kawasan rumah je. Dan rumah aku pun dah jadi tanah kubur kucing. Hahaha.
Aku pernah tanam kucing mati hampir selang tiga hari mati seekor dan lepas tiga hari mati seekor lagi. Sedih aku masa tu, kucing asyik mati. Nak bawa pergi klinik, waktu cuti. Aku terpaksa relakan dia pergi.
Nenek cerita kucing aku buat hal kat rumah berak merata-rata. Aku dengar pun nak tergelak je. Pelik betul, masa aku ada kat rumah kucing aku takde buat hal macam tu. Bila aku takde, menjadi pula perangai mereka.
Dulu aku memang tak suka kucing. Entah macam mana bila dah lama-lama bela kucing rasa sayang pula. Kadang-kadang ada kucing yang nakal suka gaduh dengan kucing lain. Macam kucing A ni kucing tua dah lama bela, bila dapat ahli baru (kucing lain) aku bela. Kucing A gaduh bercekau-cekau , sampai terberak-berak kucing tu kena buli. Aku pernah rotan kucing A sebab buli kucing lain.
Tapi kadang-kadang aku rasa berdosa rotan kucing. Tapi aku niat nak ajar kucing tu supaya hormat kucing lain. Rasa sayang kat semua kucing aku. Walaupun mereka kena marah dengan family aku , aku tetap pertahankan kucing aku. Aku jarang nak marah kucing, melainkan kalau tahap kemarahan aku dah maximum. Aku cukup pantang kalau adik-adik aku mempermainkan kucing aku macam boneka. Memang aku marah terutama adik lelaki aku suka buat aku naik angin.
Kebanyakan kucing yang aku bela dulu, dengar cakap aku. Mesti orang pelik macam mana kucing nak dengar cakap sedangkan kucing takde otak? Tapi aku faham bahasa kucing. Biarlah orang nak kata aku gila cakap dengan kucing. Kucing inilah pembawa rezeki pada keluarga aku.
Pernah dulu kucing aku bernama COCO usia 4 tahun, masa aku nak pergi sekolah aku naik bas. So kena keluar rumah jalan ke bustop. Dia ikut aku sampai pagar. Kadang-kadang terpaksa nenek aku panggil COCO balik. Hahaha. Kalau balik sekolah pula, aku turun bas. Si COCO berlari datang jemput aku kat pintu pagar. Kalau aku dah penat, dia mengeow pun aku tak layan. Kadang-kadang je aku belai dia.
Kalau adik aku balik sekolah, dia pergi juga kat adik aku. Tapi adik aku lagi tak layan dia. Sejak aku dah habis sekolah, COCO dah tak buat tabiat menjemput tuan dia kat pagar. Mungkin dia kenal bau aku. Or dia dah give up tuan dia tak layan dia.
Bela kucing ni seronok. Kalau kita stress tengok gelagat kucing ni boleh terhibur. Kucing aku nama GEBU suka sangat main. Main sendiri. Boleh dikatakan HYPERAKTIF. Nampak benang ke tali laju ke kejar. Dia pendiam tak banyak songel. Senang nak jaga dia. Bila bagi makan, dia makan tak pernah nak minta makan.
Ingat lagi masa aku nak balik Pahang hari tu, GEBU menghilangkan diri. Mungkin sedih aku tinggalkan dia. Akak aku cakap dia buat muka sedih tengok je nasi depan dia, tak makan bila aku dah takde. Selalu malam-malam aku nak tidur, aku panggil Gebu masuk bilik tidur. Dia suka meleset dengan aku kalau aku tidur atas lantai.
Pernah sekali tu, aku tidur petang nak rehatkan badan. Bila sedar, tiga ekor kucing meleset kat aku. Join aku tidur. Hujung kaki dan kat lengan. Kadang-kadang nak gelak pun ada kucing ni manja dengan tuan dia. Nenek bising kucing tidur dengan aku sebab macam manjakan kucing tidur dalam rumah. Hahahaha.
Nak katakan aku ni boleh jadi doktor kucing sebab aku boleh kenal peragai kucing tetiba berubah selalunya sakit. Kalau sakit aku lebih suka bawa klinik haiwan. Kalau luka biasa, boleh rawat sendiri. Kalau demam ke? Aku bawa je klinik. Inject baru RM10. Tak mahal pun. Murah je.
Dulu aku ada kucing tak takut naik kereta tapi dia dah mati kena langgar kereta. Susah nak jumpa kucing berani naik kereta,selalunya kucing ni takut naik sebab kenderaan yang bergerak. Kalau GEBU aku pernah bawa pergi ambil adik aku kat sekolah. Kereta besar dia boleh merayau-rayau nak keluar. Tak suka naik kereta. Bila sampai sekolah, adik aku terkejut aku bawa GEBU. Yela, aku bosan drive alone. bawa GEBU ada peneman.
Pendapat aku, kucing ni binatang yang unik dan mereka juga pembawa rezeki. Walaupun hidup mereka hanya minta makanan pada manusia, mereka juga mendoakan supaya tuan memberi mereka makan tu dimurahkan rezeki. Kucing juga peka dengan bunyi halus macam ular ke? Binatang lain ke? Itu kelebihan pendengaran mereka. Bersyukur Allah kurniakan kucing di muka bumi ni. Dia melindungi kita disamping kita bela dia.
p/s : aku tulis panjang, tapi orang peduli ke?

Saturday, March 16, 2013
A short conversation
Assalammualaikum..
Tadi aku online lepas settle solat apa semua, barulah aku dapat online dengan tenang. Dari pagi hingga petang kelas Softskills. Oh sangat bosan !.
Slot pagi aku tidur. Slot kedua lepas tu best sikit. Hahaha. Hilang mengantuk.
Sangat penat aku rasa macam tak terdaya je. Lepas kelas aku gatal pergi joging. Penat bertambah penat.
Tetiba online Debab call guna Skype. Macam biasa dia suka tanya "Kaklang bila nak balik??"
Aku rasa nak berjuta kali aku cakap awal bulan 4, aku balik le. Letih menjawab soalan dia. Bila berjauhan dia rindu, bila dekat bergaduh.
Masa webcam, dapat aku melihat rumah aku yang aku rindui sejak bulan 2 aku tinggalkan. Termasuklah orang-orang yang tinggal dalam rumah tu aku rindu. Debab tunjuk lauk nenek masak sedangkan masa tu aku tak makan cuma makan roti je. Malas nak beli makanan berat.
Meneguk air liur jela aku masa tu.
Selalu webcam aku tanya kucing kesayangan hamba iaitu Gebu. Hihi. Rindu kat dia. Dan hasilnya aku dapat ni.
Gebu dicekik oleh Debab. Aku nak tengok Gebu je sebenarnya, tapi yang dua ekor tu menyibuk. Takpela, adik-adik kesayangan juga. :')
Aku harap Allah swt memudahkan urusan aku sebelum cuti mid sem tiba. Aku homesick aku perlukan masakan nenek. Ahaks ! Aku perlukan kenikmatan di rumah untuk seminggu itu. Itu saja aku pinta.
Sesungguhnya aku masih mampu bertahan , aku akan terus berjuang demi segulung Diploma.
p/s : letih + homesick + lagha.

Friday, March 15, 2013
Focus bila buat sesuatu.
Assalammualaikum..
Sebenarnya tadi aku dah login blog, bila dah buka aku lupa nak tulis apa? -_-?
Then belek-belek MukaBuku dapat idea. Login balik blog.
Aku ni selalu leka bila buka MukaBuku. Tak tahu kenapalah? Buka MukaBuku nak cek status je. Tapi aku melalut buat benda lain. Aku tak post apa-apa tapi aku menglagha. hebat? Aku sendiri tak tahu apa aku luangkan masa begitu lama.
Dari magrib sampai Isyak online. sepatutnya aku buat kerja aku online. Kadang-kadang nak je buang akaun MukaBuku aku. Tapi nanti susah pula nak tahu perkembangan semasa.
Kalau kat rumah, aku jarang berkepit dengan laptop. Kat sini 24jam aku berkepit. Why? Kat sini aku rasa bosan sangat. Laptop jela medium hiburan aku sambil buat kerja. Dapat dengar lagu, radio , youtube lagu dan macam-macam.
Kat rumah heaven gila ! TV besaqq gedabakk uww.. Tak nak lepas remote woo. Bila dah lama sangat tak pegang remote Astro ,aku nak on pun tak reti. Sampai mesej akak macam mana nak tekan TV ni? -_-. Betapa kunonya aku kekok tak pegang remote tu.
Kalau nak tukar channel Astro. Aku tanya akak aku, "weh channel apa yang HBO tu??".
Aku mudah lupa. Kadang-kadang nak bawa kereta pun aku kekok. Kereta auto senang, kalau dapat manual aku kena buat imaginasi dulu. Macam mana dulu aku belajar bawa kereta. Hahahaha. Kesian aku.
Tu kat rumah jadi bahan gelak. Selalu kekok nak buat sesuatu. Apa barang aku letak kat rumah? mesti aku tanya nenek mana aku letak barang tu. Neneklah yang selalu ingat sebab dia tahu aku dah amanahkan dia jaga barang aku. :D
p/s : esok Softskills. oh bosan gila.
Sebenarnya tadi aku dah login blog, bila dah buka aku lupa nak tulis apa? -_-?
Then belek-belek MukaBuku dapat idea. Login balik blog.
Dari magrib sampai Isyak online. sepatutnya aku buat kerja aku online. Kadang-kadang nak je buang akaun MukaBuku aku. Tapi nanti susah pula nak tahu perkembangan semasa.
Kalau kat rumah, aku jarang berkepit dengan laptop. Kat sini 24jam aku berkepit. Why? Kat sini aku rasa bosan sangat. Laptop jela medium hiburan aku sambil buat kerja. Dapat dengar lagu, radio , youtube lagu dan macam-macam.
Kat rumah heaven gila ! TV besaqq gedabakk uww.. Tak nak lepas remote woo. Bila dah lama sangat tak pegang remote Astro ,aku nak on pun tak reti. Sampai mesej akak macam mana nak tekan TV ni? -_-. Betapa kunonya aku kekok tak pegang remote tu.
Kalau nak tukar channel Astro. Aku tanya akak aku, "weh channel apa yang HBO tu??".
Aku mudah lupa. Kadang-kadang nak bawa kereta pun aku kekok. Kereta auto senang, kalau dapat manual aku kena buat imaginasi dulu. Macam mana dulu aku belajar bawa kereta. Hahahaha. Kesian aku.
Tu kat rumah jadi bahan gelak. Selalu kekok nak buat sesuatu. Apa barang aku letak kat rumah? mesti aku tanya nenek mana aku letak barang tu. Neneklah yang selalu ingat sebab dia tahu aku dah amanahkan dia jaga barang aku. :D
p/s : esok Softskills. oh bosan gila.
Wednesday, March 13, 2013
Realiti hidup.
Assalammualaikum..
Aku rasa macam tak sabar nak habiskan diploma. Aku sem akhir, tapi sayang ada PTA (Projek Tahun Akhir). Kesian, kena develop website. Uollss..
Takde apa nak dibanggakan sebab aku rasa macam nak semput sem ni. banyak tekanan fizikal dan mental. Ya Allah !
Aku bukan nak bangga dengan pengalaman aku berada di negeri orang. Banyak kisah duka aku tengah lalui. Aku ingin kongsi. Mana tahu ia boleh menyedarkan kita daripada melakukan kesilapan.
Aku pernah rasa sakit hati disebabkan orang lain.
Aku pernah menangis sebab orang berkata tentang aku.
kerana :
1. KAWAN
Kalau kita ada kawan baik. Please jangan baik sangat dengan depa. Kadang-kadang kawan baik boleh buat kita rasa sakit hati. Ye, dia bukan kawan yang baik. Bagi aku, takde istillah kawan baik dalam dunia. Sebab aku dah pernah rasa ditikam belakang.Aku lebih selesa berkawan dengan orang secara sederhana, tak keterlaluan. Takde over macam kalau pergi mana-mana nak bersama je, nak group sama je. Ohoii bosan !!
Kalau buat satu projek or assignment, dapat group dengan Si Joyah ni. Si Joyah ni pemalas dan suka menggantungkan diri kat orang lain. Semua benda dia tak tahu nak buat. Kau rasa sakit hati tak? Semua benda kau nak buat sedang Si Joyah ni cakap tak tahu nak buat. Last-last rasa menyesal segroup dengan Si Joyah.
2. PINJAM BARANG
Masa dalam kelas, waktu kuliah dah nak habis. tetiba kertas attendance sampai. Si Joyah nak sign tapi pencil box dalam beg sudah. Kau punya pen ada atas meja. Dengan selamba si Joyah ambil pen kau ,dia sign dulu. Rasa nak marah je kan? Pastu kalau jenis aku akan cakap "Memang pen tu untuk kau pun". Si Joyah terasa. Tak pun kadang-kadang kita tengah sedap buat latihan Calculus. Member depan kau ambil pemadam kau ,sambil ambil sambil cakap pinjam. Yang kau tetiba nak guna pemadam, tengok pemadam kau hilang. Kesabaran kau teruji masa tu. Kata pinjam, tak reti nak pulangkan secepat yang mungkin.
Lagi satu peel manusia suka pinjam barang orang contoh macam payung. Masa tu hujan, dia nak pergi kelas takde payung..pinjam orang punya. entah macam mana Allah nak uji hari tu, payung kau didapati rosak. Kau nampak payung kau kat rak kasut dia. Dia tak bagitahu hal sebenar. Pendek kata, haram tak ganti yang baru.
Sabar jela dapat kawan macam tu.
3. MULUT TEMPAYAN
Kalau dapat kawan baik, memang best. Kawan bertahun-tahun, tapi tak serasi bila dah lama sangat berkawan. Kalau dapat kawan yang cakap lepas. Kutuk cara kau berpakaian dan tak pandai berhias.. Aku pernah rasa. Hm..sentaplah juga masa tu. Macam hina sangat baju aku masa tu. Asalkan aku selesa menutup aurat okaylah. Kawan baik aku pernah kutuk aku tak pandai nak bergaya. Okay aku sangat sentap masa tu.
Tak pun, kalau keluar dengan dia pakai kereta mak dia. Kau kena sponsor duit minyak dengan cara dia MINTA bukan rela hati kau nak bagi. Terkilan rasa hati ni ibarat menumpang kereta orang.
4. AMBIL KESEMPATAN
Masa musim nak final exam, kau memang rajin gila study and buat soalan final lepas DAN DAN jumpa lecturer. Jumpa lecturer masa study week sangat afdal kerana manalah tahu rezeki kau dapat hint. Aku pernah !! Hahahaha.Bila Si Polan ni dapat tahu kau buat soalan tu, dia pun nak tengok jawapan. Nak pula kau dah double check dengan lecturer tu. Sah dapat jalan kerja yang betul. Si Polan ambil kesempatan tiru jawapan kau. Sedangkan kau berposak selesaikan soalan tu sorang diri. Dia senang-senang minta jawapan kau. Rasa tidak adilkan?
5. PELAWA
Kalau waktu lapar, member kau mesej ajak turun teman pergi makan. Sebelum tu,dia ajak makan restoren yang agak jauh. Jalan kaki pun boleh berpeluh, mengalahkan kebulur gila masa tu. Bila kau dah turun, Si Polan mesej kawan dia yang lain try ajak dia restoren tu. Si Polan nak sangat pergi makan situ. Sedangkan kau tak nak sebab jauh. Tak lama lepas tu, Si Polan cakap tak jadi nak makan situ nak makan restoren. Tapi dia dah ajak orang lain sedangkan kau dah berdiri depan mata dia masa tu. Terkilan. Tapi apakan daya, tanpa Si Polan sedar dia dah sakitkan hati kawan dia. Masa tu dah tak guna nak minta maaf sebab tahap marah dah maximum.
konklusinya, bagi aku kawan baik adalah semua orang yang kita jumpa, berselisih, cakap dalam kelas. Memang kita tak boleh nak menilai seseorang tu dari cara dia layan kita, kepandaian dia dan macam-macamlah. Berkawan kawan juga jangan sampai diri sendiri merana. Berhati-hatiah dalam berkawan ni.
Buat pilihan yang bijak dalam berkawan bukan dalam beli barang je okay?
p/s: aku mengambil masa yang lama untuk menaip. Fuyoihh !!
Saturday, March 9, 2013
A friendship ended.
Assalammualaikum..
The story begin with...stalker people that you admired for a long time.
Aku tak tahu kenapa jari aku pantas menaip nama kau di search for people.
Mungkin aku rindu.
Aku cuba cari sesuatu di wall kau.
Tapi sayang, post aku cari itu kini tiada.
Mungkin kau padam.
Aku pasrah.
Mungkin kau sudah melupakan aku.
Ya betul !
Hampir dua tahun, kita putus hubungan persahabatan.
Kau lenyap di minda aku. Aku lupakan kau.
Sebab aku sudah tidak mampu menunggu kau lagi.
Perit hati ini menanggung derita.
Terima kasih kerana lupakan aku.
Kau sahabat yang pernah aku miliki dulu, sekarang tiada lagi.
Sekian.

Friday, March 8, 2013
Sahabat
Asssalammualaikum..
Kau sahabat,
Mengapa kau pentingkan diri?
kenapa kau perlu terasa atas perbuatan kau?
Pernahkah kau fikir kau telah melupakan aku sedemikian rupa.
Kau biarkan aku keseorangan, terumbang-ambing, terkial-kial.
Kau abaikan aku sebagai sahabat kau.
Adakah itu dikatakan nilai persahabatan?
Kau cari aku bila perlu
Kau cari aku bila rindu
Cakap kau je betul, cakap aku salah.
Nak ikut telujuk kau saja.
Aku saja kena jaga perasaan kau.
Aku saja yang sering dituding jari.
Aku saja dipersalahkan.
Persahabatan ini sia-sia saja kita jalinkan selama ini.
Maaf aku kasar bahasa.
Pernah kau endahkan aku?
Pernahkah kau fikir apa aku rasa?

Malas
Assalammualaikum.
Malas itu sikap manusia macam aku.
Kadang-kadang malas itu mudah menghantui diri.
Malas itu sikap syaitoonn. *orang cakap .
Aku rasa aku malas bila tengok kawan depan tidur.
Sedangkan aku menghadap laptop.
Kerja nak buat terus rasa nak cancelkan buat.
baru buka document, taip sikit dah menguap.
Apa ini orang, malas gila.
Macam mana nak berjaya kalau asyik tangguh kerja?
Kalau dah malas, otak pun malas nak fikir.
Astafirulllah al azim, hebat kuasa malas aku tu.
Menaip sambil menguap memang best.
Jom cari makanan dalam locker !!
p/s : kalau ada nescafe dah lama aku minum. -_-
Friday, March 1, 2013
Demam kuat makan.
Assalammualaikum.
Pagi tadi aku dah pergi klinik.
Dapat doktor Myammar. *perghh aku lemah betul.
Bukan apa, doktor tu macam lembut je bila bercakap.
Doktor tanya sakit apa? Aku jawab.
Dia tanya nak MC tak? Aku jawab 'tak perlu'.
Sebab hari Jumaat aku takde kelas langsung.
Tapi doktor tetap tulis MC untuk aku.
Hati aku berbisik doktor ni tak faham bahasa agaknya.
Biarlah.
Hari ni juga aku rasa tak dapat rasa nikmat makan.
Deria rasa aku tak berfungsi akibat selsema.
Tapi hari ni aku makan macam-macam.
Petang- Nasi ayam
Malam- Maggi kari
Banyakkan?
Aku pun pelik kenapa nafsu makan aku kuat sangat.
Well, aku kalau nak makan something aku akan penuhi permintaan aku.
Kalau aku mengidam pun, aku rasa nak makan..aku beli.
Kadang-kadang aku rasa macam risau pula, aku makan banyak dalam satu hari.
*Jangan jadi macam aku ye.
Thursday, February 28, 2013
Sabar itu pukulan pertama
Assalamualaikum w.b.t..
Hari ini aku demam. Sedih je dapat demam sebab jauh dengan keluarga. Dulu aku demam, neneklah orang pertama aku mengadu. Macam biasa ayat dia akan suruh makan ubat. Bila kat sini aku rasa serba serbi susah.
Ubat demam aku ada 6biji saja. Aku lupa nak beli lagi masa cuti sem hari tu. Aku rasa macam takde kesan makan ubat tu. Demam aku bertambah worst adalah. Haip !
Sem lepas aku demam panas. Aku tak tahu kenapa aku demam macam tu teruk sekali? Badan aku rasa panas ya amat, tapi aku masih boleh bangun pergi jalan kaki pergi klinik. Aku tak nak susahkan siapa-siapa cuma aku perlukan someone teman aku pergi klinik kampus.
Masa sampai klinik aku rasa badan aku lemah je, sementara menunggu giliran doktor panggil aku duduk kat kerusi disediakan. Tak lama tu nombor giliran aku tiba. Aku pun masuk bilik doktor. Doktor cek suhu aku menggunakan alat cucuk kat telinga aku. Doktor pelik.
Doktor : Panasnya badan awak. Awak datang naik apa?
Aku : jalan kaki.
Doktor : Dengan siapa? Larat ke awak jalan kaki datang klinik?
Aku : roommate. Nak buat macam mana? Terpaksa jalan kaki. Lagipun dah biasa dah jalan kaki.
Doktor : Hmm. Habis balik awak jalan kaki juga? Nak saya hantarkan?
Aku : Ehh..takpela doktor saya boleh jalan kaki. *ayat baik, masa tu aku ingatkan dia hantar.
Doktor : Badan awak panas ni. Dah sudah ambil ubat nanti awak tunggu pintu belakang okay?
Aku : Em okay.
Bila dah sudah ambil ubat, aku pun pergi tunggu kat kerusi belakang. Lama juga menunggu sebab aku takut doktor tu nak habiskan waktu kerja dia je. Hati aku tak sedap.
Tak lama tu, sorang lelaki berpangkat "ENCIK" la senang aku bahasakan dia. Tanya aku dengan kawan aku. "Awak duduk C13 ke?"
Aku pun cakap " ye". Dia kata tunggu kejap ye. Masa tu aku meletakkan kepala kat sofa. Aku rasa lemah tak terdaya nak jalan. Kalau takde roommate aku masa tu, confirm mengalir air mata aku sorang-sorang pergi klinik. Sedih betul rasa hati aku nanti.
Masa balik tu ENCIK tu hantar naik ambulans seyhh !! Aku terkejut beruk kot. Tak pernah aku naik ambulans. Sedangkan aku demam panas je, ambulans yang hantar aku depan blok. Malu aku nak turun masa tu. Roommate aku dah gelakkan aku. Kurang hasam !
Itulah kenangan kelakar dalam sejarah hidup aku masa kat Universiti. Bila dah sampai bilik, cerita (mesej) kat mak. Mak gelakkan aku juga. Hampeh je.
Andai kata demam aku malam ni tak kebah, esok bertambah teruk aku kena pergi klinik la nampaknya. Nak buat macam manakan? Terpaksa. Hidup berdikari.
p/s : suara dah mula sengau. Tekak mula sakit. Erghh !!
Tuesday, February 19, 2013
Makanan masa hidup membujang.
Assalammualaikum.
Makanan itu penting dalam kehidupan seharian kita. Kalau tak makan macam mana nak dapat tenaga? Oleh itu makan itu penting. Tapi makan kena pilih makanan yang berkhasiat.
Ada orang kata kalau makanan yang dimasak di rumah lebih berkhasiat dari beli kedai makanan. Oleh itu, rajin-rajinlah bawa bekal ke sekolah, tempat kerja dan macam-macam.
Tapi aku ni kadang-kadang nafsu makan kemain, tak ingat dunia main bedal je makan ayam la, burger, spagetti dll. Memang makan tak ingat orang sebelah.
Tapi since duduk kampus, aku makin sedar bahawa belanja aku sehari mencecah RM10. Kalau makanan untuk lunch dalam RM4.00 la berlaukkan ayam dan sayur @ ikan keli @ telur dadar saja. Kalau dinner pula, dulu aku rajin beli nasi goreng dah siap. Tapi lama-lama aku muak dah makan tu.
Kalau hari-hari RM10 boleh kopak duit bapa aku. *ayat kasar. Seminggu dah nak dekat RM50. Abah pun mengeluh aku asyik minta duit belanja. Hahaha.
So masa hari tu shopping beli dengan adik bongsu aku. Aku nak beli biskut tapi tak tahu nak pilih sebab aku takut aku tak makan je sebabkan tak sedap. Tapi bila nampak biskut ni menarik perhatian aku. Aku try ambil pek 6 bungkus.
Ternyata biskut ni sedap. Cicah dengan air susu lagi sedap. Nak pula ada rasa masam-masam sikit sebab epal tu. Berkhasiat la juga. Tak salah kalau mencubakan?
So lepas ni kalau shopping aku nak buru biskut ni. Hahaha. Aku nak beli buat stok beberapa bulan nanti.
Makan malam aku kalau boleh nak makan ringan je macam biskut,roti dan susu je. Dari situ aku boleh save sikit duit belanja. Selamat duit Abah nanti. hehehe.
p/s : Kalau dah online, homework tolak tepi. haish !

Monday, February 18, 2013
Semester akhir boleh jadi sawan
Assalammualaikum..
Alhamdulillah hari ni adalah hari pertama aku start kuliah untuk semester 4. Dan hari ini juga aku dapat baucer buku 1 Malaysia. Syukur pada Allah.
Jadual aku sem ni tak padat sangat tapi comel-comel je. Kelas aku pun paling lambat habis pukul 4pm. Best la juga. Ringan beban aku. Hati pun senang.
macam kat bawah ni :
Tapi jadual tak padat tapi ada Projek Tahun Akhir (PTA) paling digeruni oleh student Sains komputer. Sebab kalau pass projek ni, bebaslah kau dari Diploma.
Kebiasaannya kalau awal sem ni, mood aku malas-malas sikit sebab sebulan cuti rasa nak cuti lagi. Bangun pagi macam takde feeling nak pergi kelas. Tengok jam rasa nak sambung tidur balik. Kalaulah aku boleh lambatkan masa.
Bila hari pertama kuliah dah dapat assignments , aku rasa memang lecturer ni kejam betul !! Tapi nasib baik dia kata " Lepas ni susah nak buat kelas, saya selalu outstation".
Terukir senyum lebar selebar macam dapat durian runtuh.
Semalam hari paling bosan, asyik hadap laptop je ha. Macam takde aktiviti lainkan? Memang pun. Aku rasa macam nak je balik rumah kalau rumah sebelah U aku ni. Bosan gila sebab takde benda yang boleh dibuat melainkan layan Facebook sampai bengkak mata, lenguh bahu , senget leher dan dll.
p/s: Dear PTPTN, i really need you right now. :')
Saturday, February 16, 2013
Begin a new semester.
Assalammualaikum..
Alhamdulillah aku dah selamat tiba di UMP pukul 3pm. Rasa macam tak percaya aku dah ditinggalkan oleh mak, abah, nenek dan Jiha tadi. Macam cepat je masa berlalu. Sedih. :'(
Masa pantas berlalu pergi hingga aku dah semester 4 iaitu semester terakhir aku. Kalau dulu masa first time datang UMP, bila family nak gerak balik..air mata aku berjujuran mengalir di pipi. Hati aku jauh dengan family. Bayangkan 19 tahun aku duduk dengan mereka, kini aku belajar berdikari di negeri orang.
Aku rasa lain sangat bila makan sorang-sorang, baju kena lipat, duit belanja kena guna sebaik mungkin dan macam-macam lagi. Aku rasa dulu macam aku ni masih budak yang tak reti menguruskan diri sendiri masih perlukan bantuan family. Tapi sekarang alhamdulillah aku dah pandai berdikari sendiri, pengalaman belajar di negeri orang menjadikan aku semakin matang.
Takpelah bila lagi aku dapat rasa belajar jauh-jauh kalau tak dari sekarangkan? Ini namanya peluang, aku tak nak sia-siakan.
Selesai mengemas barang aku tadi, barulah sekarang aku dapat update kejap. Tunggu roommate tak sampai-sampai lagi. Sedih lagi.
Masa mak dan abah nak balik. Aku dapat rasakan mak peluk aku erat. Dalam hati berfikir kenapa ye mak peluk aku erat? Nenek macam biasa nasihat aku jangan keluar malam-malam bahaya. Aku akur jela masa tu. Sedih la juga masa tu, tapi Allah je tahu aku tahan sedih aku bila abah gerakkan kereta lalu pergi.
Bila kereta berlalu pergi, hati aku tetiba rindu pada orang-orang yang ada dalam kereta itu. Ya Allah, kuatnya perasaan aku ni. Sekejap je dah rindu. Takpe bulan 4 nanti aku balik. :')
Hampir sebulan duduk rumah, aku suka main-main dengan kucing ini. Dia baik dan suka bermain apa saja yang dia nampak atas lantai, boleh jadi barang mainan dia.
nama dia GEBU. Aku sayang dia, semoga Allah memberikan dia kesihatan yang baik dan panjang umur.
p/s: Semoga family aku selamat sampai rumah. Aminn.
Monday, February 11, 2013
Cuti yang bosan
Assalammualaikum.
Okay aku dah lama tak update. Since habis final untuk semester 3,aku layan cuti kt rumah. Sabtu ni dah nak balik Pahang balik. Rasa macam sekejap je nikmat Allah bagi kat aku. Aku busy duduk rumah sampai tak sempat nak update. Ada masa ingat nak update,tapi tetiba dah lupa lepas tu. Pelupa betul.
Aku rasa nikmat duduk rumah lebih seronok dari duduk kampus. Yelaa, duduk rumah nak makan apa aje,senang dapat. Kalau kampus, kena tunggu purse masyukk baru dapat beli. Hehehe. Lagipun, aku duduk rumah rasa macam bebas. Tak perlu nak berebut bilik air. Malam sebelum nak tidur boleh borak dengan nenek sambil peluk bantal kesayangan. Tapi lepas ni, aku takkan dapat rasa nikmat macam tu dah. Sedih bukan?
Since aku masuk universiti, aku sedar yang masa aku banyak habiskan di kampus berbanding kat rumah. Kalau dulu, masa cuti sekolah heaven duduk rumah tapi sekarang cuti sabtu ahad hadap muka roommate jela. Hahaha. Tapi aku rasa bersyukur sebab aku telah hampir setahun lebih belajar kat Pahang. Berjauhan dengan keluarga bukan perkara yang mudah untuk aku hadapi masa dulu.
Sedih gila bila masa makan aku,makan sorang-sorang. Masa tidur aku, peluk dan pandang bantal sendiri. Semuanya berubah sekelip mata. Bila dah lama-lama barulah aku sedar bahawa itu semua pengalaman. Walaupun aku bersedih,berdepan dengan masalah stress belajar, mak juga aku call mengadu masalah.
Kalau cuti aku suka gosip dengan nenek lepas sarapan. Nenek pendengar setia aku. Apa-apa masalah aku, dia dengar. Kalau boleh nak je bawa nenek balik Pahang. Hahaha. Itu sebab cuti aku banyak spent masa kat rumah je. Sebab saat itulah aku akan rindu masa berjauhan. Bila lagi aku dapat buat saat tu, makin lama aku berumur. Sekarang dah 20an. Sekejap jee aku dah 20an then 30an dan seterusnya.
Saat paling bermakna waktu aku tengah belajar ni. Sangat bahagia bila Allah bagi aku peluang ini. Aku bersyukur sebab nenek masih panjang umur hingga sekarang. Terima kasih ya Allah.
p/s: mood nak balik Pahang malas. erghhh !!!
Tuesday, January 8, 2013
1 more left
Assalammualaikum..
Alhamdulillah, hari ni selesai paper Data Structure and Algorithm. Paper tu sangat awesome. Aku study soalan final sem dulu-dulu takde pun nak sebijik yang sama. Sedih je. Nak nangis je hadap soalan susah-susah. Tapi nak buat macam mana. Kenalah jawab juga.
Dalam banyak-banyak paper, paper kali ini aku keluar awal. Awal setengah jam je pun. Hahaha. Aku dah tak larat nak tunggu sampai habis masa. Perut sudah lapar dan mengantuk. Apa soalan yang aku harapkan keluar, tadi tak keluar. Lecturer pula tak bagi hint, macam tak bagi student lulus je.
Tapi apa-apa pun aku bersyukur pada Allah dikurniakan kesihatan yang baik sepanjang minggu peperiksaan. Sabtu ni aku akan balik Melaka. Mak dan Abah datang jemput. Sangat gembira bila abah boleh datang jemput. Lagipun exam aku habis Jumaat,so boleh suruh dorang ambil. Hahaha. Jimat masa aku kalau duduk dalam bas, so bored. Dahlah sorang-sorang, tidur jela kerja aku.
Bila last paper ni,aku rasa malas gila nak STUDY. Nafsu malas dah datang dah !. Tapi mak pesan study untuk exam. Hihi. Tak sabar nak tunggu mak abah datang Sabtu ni. :')
p/s: terima kasih ya Allah.

Subscribe to:
Posts (Atom)