Monday, February 28, 2011

Mood aku berubah-rubah.


*saje tepek gambar budak comel ini. HAHA!



Bila dah dapat gaji,tak tahu nak buat ape? Bila belum dapat gaji,dah fikir nak beli macam2. *syaitan menghasut aku. HAHA!
Bulan 2 tak best ! Sebab aku kerja 20 hari itu tolak 3 hari aku CUTI !. Aku tak tahu lagi bila nak berhenti sebab aku rasa SERONOK bekerja. Bila busu cakap pasal result ! Aku jadi gila sekejap. Terjerit2 macam kanak2 ribena. Nasib baik busu sangat memahami kerenah aku yang sengal ini.


Tolong jangan ingatkan aku result SPM ! Aku berdebar macam nak tercabut jantung ha. Aku sangat2 takutttt derr.. Berapalah aku dapat? Ke mana hala tuju aku akan pergi nanti? Kalau aku tercampak ke negeri utara macam mana? Alah,aku rindduuuuu nenek aku nanti !. Aku dah bayangkan macam mana hidup akak aku kat UiTM. Inikan aku? Bulan puasa bagi akak aku paling sengsara ah nak dapatkan makanan buka puasa. Ahhh..aku takut.. Aku tak kuat nak hadapi walaupun air muka aku nampak brutel tapi hati aku lembik kot?


Kalau pasal duit. Perghh..dulu nak pergi mana-mana,abahkan ada? Tapi bila dah masuk ke alam sambung belajar. Pergghh..kena JIMAT CERMAT. Aku dah tengok abang aku ha,pakai duit banyak walaupun ada motor sendiri still membebankan keluarga. Orang kata,sambung belajar nanti banyak pakai duit. Ye ! aku nak nafikan !


Aku takut weyy.. !! Agaknya,kalau aku dah pegang slip result aku nanti,dah bertambah beban parents aku. Aku dapat rasakan keperitan mereka. Aku terharu. Kalau result aku itu akan buat parents aku bahagia,aku syukur. *itu je aku mampu tulis,hidup akan datang aku tak tahu.


Ramai kata result keluar 14/3/2011. Aku buat dek je. Kalau orang sebut2 tarikh tu,aku relakss jee.. Padahal,dalam hati bagai nak pecah hati aku dup dap dup dap. Sumpah,aku sangat takut! Apalah perasaan abang dan akak aku dulu ambil result? Aku tak dapat tengok time akak aku sebab time tu sekolah,time abang aku je aku dapat tengok. Tapi abang aku macam tak ada perasaan. Heish!


Dan turn aku adalah tahun ini ! Bulan 3,tunggu aku ha!


nota jiwa : aku kecewa,tapi aku hanya mampu senyum dalam hati tuhan saja yang tahu.

2 comments: