Monday, February 7, 2011

Teringat zaman kanak2.


Bila tengok budak tadika menangis tadi. Tetiba aku teringat masa aku kecik2 dulu. Aku kuat menangis. Satu kenangan yang aku ingat sampai sekarang iaitu masa aku tadika JAIM..aku datang awal pagi. Orang lain belum sampai,aku dah terpacak depan pintu pagar. Ustazah2 pown belum datang. Haish !


Pernah satu hari ini,entah apa angin aku. Tetiba menangis melalak kat kantin sekolah mak aku. Sekolah mak aku dekat giler dengan tadika aku. So,aku nak balik ke terus masuk pintu pagar kecik pergi cari mak aku. HAHA. Anak cikgulah katakan. Sesuka hati je nk buat apa. Bila aku dah start menangis,makcik2 kantin tu suruh budak2 panggil mak aku. Mana ler tahu aku ada masalah ke..??...


Bila mak datang,ingatkan nak pujuk aku. Tapi lagi dia marah aku ada laa.. Terus menangis lagi. Last2 mak order air TEH AIS. Air favourite aku dari dulu hingga sekarang. Bila dapat habuan,aku terus diam. HAHA. Aku nangis sebab merajuk konon dengan mak aku sebab marah aku. Yerla,time tu aku anak bongsu. Tapi sekarang dah jadi anak ketiga. Jauh hoh..!!..


Tapi bila aku dah dewasa,aku menangis tiada siapa kisah dah. Alah,dah besar gajah..pandai2 laa nak hidup. Tapi ada setengah orang menangis bagi tahu pakwee oo...??.. Itu perempuan yang ada pakwee.. Wa tak ada pakwe. Kadang2 perempuan nangis sebab hati mereka terluka,kecewa dan jeles kot ? Tapi orang kata perempuan kalau menangis,habis satu kotak tisu. HAHA. Lelaki pulak ? Entah laaa...


Lelaki ini susah nak tengok diaorang nangis. Seriusly,aku tak pernah tengok lelaki menangis. Tapi kalau lelaki sayang giler kt sorang minah niw. Perghh..sanggup menangis sebab kecewa kena putuskan hubungan. HAHA. Oke,fakta sebab kawan aku (lelaki) sedang mengalami. Diaorang tak menangis depan orang sekeliling tapi cuba la tengok kat FB dia. Dia buat wall mengenai perempuan yang dia sayang. So,lelaki pown menangis dalam hati tapi tak nak tunjuk. CONTROL MACHO beb !


Alah,lelaki dan perempuan sama je. Allah ciptakan kita manusia sama. Ada perasaan untuk menangis,gembira,seronok dan macam2 la. Cuma kita sendiri yang membezakan perasaan kita sendiri untuk menangis or tak?.



No comments: