Friday, March 11, 2011

busy lah sangat;

Macam tak percaya je dah nak cuti. Kalau dulu time sekolah,aku paling tak suka cuti sebab nak pulak form 5 banyak kelas tambahan der. Sampaikan aku kena skip tuisyen la ape la. Tapi sekarang bila dah kerja,cuti dah TAK ADA makna sebab cuti is cuti,kerja tetap kerja. Tapi lagi lesen P motor aku tak buat lagi. Aku malas betul nak ambil cuti sebab nanti potong gaji. Baru nak dapat gaji masyuk2 kena ambil cuti. HAiyaahhh!


Tetiba malam tadi aku terdetik 'kalau aku jadi cikgu oke tak?'. Actually,aku risau kalau nanti aku pilih kos then bila nak kerja tak ada. Aku risau itu je. Kelebihan jadi cikgu ini best,senang nak cuti. Kalau hujung tahun boleh relax2. Macam parents aku. Mak suruh aku try tapi hati aku entah ke mana? Aku bukan tak nak tapi aku sendiri tak tahu masa depan aku macam mana. Aku risau pasal result aku ha? Ada kata 23hb laa,24hb laa.. Pening2.


Kadang2 aku tak faham dengan orang. Kenapa mesti nak tunjuk pasal pakwe kau? Saja nak suruh aku jeles ke? tapi bila lama2 dia buat post mengenai pakwe,busan la orang baca. Dan aku kalau buka page orang ada pula lagu? Alahai lemah betul aku,kadang2 lambat loading. Mulalah aku bengang malas nk tunggu lama2. Sorry ! Blog aku dah berubah sejak aku dapat ilham dari sorang blogger ini. HAHA. Belajar dari kesilapan. Itu je mampu aku cakap.


Nota jiwa : aku tak ada mood nak update lawo2. Sebab aku tengah tonton tv3.



2 comments:

Phoebe Mcguire said...

result confirm 23 march nie sayang :)

Mira_Idora said...

sure ke?
HAHA.
yerla,mcm2 tarikh dengar. Tak tahu mana satu betul.