Saturday, March 12, 2011

Terlepas?Terkasar?Tersasau?


Aku garang tapi aku tak kuat nak lawan perasaan aku.


Sebenarnya aku tetiba rasa sedih bila nanti aku nak berhenti kerja. Bila nak berhenti,tak tahu lagi. Nak katakan orang kat kedai tu,macam family aku je. Rasa macam sayang sangat nak berpisah dengan orang baru kita nak rapat. Rasa sedih pown ada. Aku rasa aku bakal merindui kedai makan itu. Then,orang yang datang order makan macam Abg Minyak ! Oucchh,mesti aku rindu nak usik dia.


Macam2 orang aku telah kenal. Semuanya baik dengan aku. Walaupun mula2 aku kerja,aku pendiam tapi sekarang aku bukan lagi pendiam. Aku dah berubah. Biasalah tu. Aku selalu gurau kasar dengan nisa. *kawan baik aku. Sampaikan aku dah pandai cakap nogori dan kelate. Itu pown sikit je. Kelate itu aku main taram je cakap. HAHA!


Best tau kerja kat kedai makan. Sebab dapat makan free,minum free. Kalau ada makan lebih,boleh bawa balik. Untung giler !! Nak pulak,bos kenal aku. Lagi aku suka. Ramai orang cakap kerja kat kedai makan senang,tak payah pakai duit nak beli makanan kat tempat lain. Then,nanti dapat lah ilmu memasak. Aku sekarang tahu buat chicken chop je. Kalau masak benda bergoreng macam nasi goreng,aku rasa macam senang tapi aku malas nak belajar.


Kadang2 orang cakap makanan kat hotel sedap2. Ada orang cakap dorang pakai wain,kalau kat kedai aku kerja dorang pakai sos sotong dengan minyak bijan dan AJINOMOTO. Aku tak suka makan AJINOMOTO tapi apakan daya,makanan yang diperbuat dari benda itu sedap2 belaka! Itu berdasarkan pengalaman seorang tukang masak. Jangan nak salahkan aku? menuduh ke ape? Aku sekadar kongsi. Harap maklum.


nota jiwa : aku sangat malu insiden pagi tadi. Aduh ! menyesal tak sudah. HAHA!

2 comments:

syika kierana said...

ohhh,kedai che yang pakai PAK AJI rupanya..pautlah laki akak xblh lupa kdi tue,hahahhahaha

Mira_Idora said...

hahahaha..
alah,nak katakn semua kedai makan dan restoren pakai PAK AJI tu..

laki akk tu,kitaorg panggil ABG 'nasi goreng ayam'. *HAHA,sebab tak tahu nama dia ape..